Showing posts with label Info Sihat. Show all posts
Showing posts with label Info Sihat. Show all posts

Cara Negara China Melatih Tenteranya Untuk Berhenti Merokok

on 28 October 2012

Cara Negara China Melatih Tenteranya Untuk Berhenti Merokok

Cara Negara China Melatih Tenteranya Untuk Berhenti Merokok | Tentera China mempunyai peraturan tegas yang melarang para tenteranya merokok. Apabila ada tentera yang ditangkap merokok, pihak atasan tentera dengan segera akan menghukum mereka yang bersalah dalam apa yang disebut sebagai ‘operasi berhenti merokok’.

Mau tahu bagaimana caranya? Check it out…

1. Tentera yang ditangkap merokok akan disuruh merokok, tetapi dengan kuantiti yang banyak; 5 hingga 7 batang rokok sekaligus untuk sekali hisap

Cara Negara China Melatih Tenteranya Untuk Berhenti Merokok

Cara Negara China Melatih Tenteranya Untuk Berhenti Merokok

2. Kemudiannya mereka akan disuruh merokok sambil melakukan sit up yang tentu sahaja akan menyakitkan paru-paru. Proses ini dilakukan sehingga semua rokok habis dihisap.

Cara Negara China Melatih Tenteranya Untuk Berhenti Merokok

3. Sesudah melalui 2 hukuman berat tersebut, mereka akan diberi minum secawan ‘air tembakau’ yang tidak ubah seperti “Teh Hangat”. Minuman ini wajib dihabiskan.

Cara Negara China Melatih Tenteranya Untuk Berhenti Merokok

Cara Negara China Melatih Tenteranya Untuk Berhenti Merokok

Cara-cara diatas kelihatan mudah sahaja, tetapi kalau anda merasakan ianya belum cukup ekstrim, apakata anda sendiri yang mencubanya. Barulah anda tahu betapa berkesannya cara berhenti merokok yang dipraktikkan oleh pihak tentera di China.

sumber: beritaunik.net

Bahaya Jika Kerja Lebih Lapan Jam Sehari

on 23 September 2012

Bahaya Jika Kerja Lebih Lapan Jam Sehari | Assalamualaikum dan salam sejahtera, terdapat satu artikal penting yang ingin saya kongsikan kepada semua pembaca-pembaca di blog ini terutama sekali kepada yang bekerja. Tak salah kalau kita nak bekerja lebih masa untuk menambahkan lagi pendapatan tapi ingat terdapat risiko yang bakal dihadapai sekiranya berkerja lebih masa atau yang lebih tepat jika bekerja lebih dari lapan (8) jam sehari.


Sekiranya pada masa ini anda sering bekerja selama lebih lapan jam sehari, apa kata anda cuba ubah rutin tersebut kepada masa yang lebih pendek kerana kerja lebih masa dikaitkan dengan risiko mendapat sakit jantung.

Menurut para pengkaji, sesiapa yang bekerja dalam tempoh masa yang lama mempunyai risiko sebanyak 80 peratus (%) untuk mendapat masalah kardiovaskular itu.

Kajian yang disiarkan dalam American Journal of Epidemiology itu menjelaskan bahawa pekerja yang kerap mengabdikan diri di pejabat mudah diserang tekanan perasaan, darah tinggi dan amalan diet yang tidak terancang/tersusun.

Sakit Jantung

Perbuatan tersebut dikuatiri boleh mengakibatkan sakit jantung dan strok.

Kajian terkini oleh Institut Finlandia, Amerika Syarikat itu digabungkan dengan hasil terdahulu di mana mereka yang bekerja lebih daripada 11 jam sehari memiliki risiko sakit jantung sebanyak 67 peratus.

Jelas para pengkaji, keadaan itu berlaku akibat tekanan di tempat kerja yang menambahkan kandungan hormon kortisol. Selain itu, tempoh tersebut turut mengganggu jadual diet dan menghadkan aktiviti fizikal. - Kosmo Online

Tips Cantik Dan Menawan Seperti Wanita Arab

on 20 September 2012

Tips Cantik Dan Menawan Seperti Wanita Arab | Budaya dan kepercayaan membuat sebahagian besar wanita Arab tidak memperlihatkan kecantikan mereka. Tetapi jangan salah sangka, kecantikan para wanita Arab merupakan salah satu yang dianggap eksotik dari seluruh bangsa di dunia. Apa rahsia mereka? 


Menurut kajian yang dilakukan Clinique La Prairie di Switzerland, wanita Arab mempunyai kulit tersihat dan termuda berbanding wanita dari seluruh dunia. Nak tahu kenapa? mungkin ini antara sebabnya:-
  1. Kulit sihat sesuai tradisi berpakaian - wanita Arab berjaya melindungi kulit dari kerosakan. Mereka juga tidak memberi perhatian lebih pada proses pencoklatan kulit, kerana umumnya kulit wanita di kawasan ini berwarna kecoklatan. Bagi mereka, lebih baik tinggal dalam rumah ketika matahari bersinar terik berbanding melakukan aktiviti.
  2. Berpakaian sopan dan bertudung - Sebahagian besar wanita Arab menggunakan hijab dan tudung dengan alasan agama, sebahagian lagi kerana alasan budaya. Cara ni terbukti berkesan melindungi kulit dari kekeringan akibat hawa panas dan sinaran matahari.
  3. Penjagaan kulit datang dari kalangan ekonomi yang paling kaya di dunia - para wanita Arab merupakan pelanggan yang bijak dalam memilih kosmetik. Bagi mereka, kualiti produk rawatan sangat penting meskipun harus mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar. Wanita Arab tidak melindungi kecantikan kulit dengan prosedur seperti botox, laser, dan derma fillers.
  4. Makanan-makanan di dunia Arab cenderung diproses dari bahan-bahan segar berbanding sebahagian besar dunia barat. Peringkat wanita bekerja yang sedikit turut berpengaruh pada stress yang dialami wanita Arab. Umumnya wanita Arab menjalani kehidupan dengan lebih santai. mereka mempunyai banyak teman dan cuba makan dengan perlahan. Inilah faktor lain kerutan dan penuaan lebih lambat dirasakan oleh para wanita Arab.
Kalau kita fikirkan, memang senang saja mereka menjaga kesihatan kulit mereka, tak susah-susah macam sebahagian wanita di seluruh dunia terpaksa cucuk sana, cucuk sini untuk mengekalkan kecantikan. Sekian...

Sumber : Informasi

Bagaimana Untuk Merawat Bibir Yang Kering

on 8 September 2012

Bagaimana Untuk Merawat Bibir Yang Kering | Sekiranya cuaca kering ataupun kerap kali berada di kawasan yang sejuk, kita mungkin berdepan dengan masalah seperti bibir kering mahupun pecah. Ketahui apakah petua untuk masalah ini.

Bagaimana Untuk Merawat Bibir Yang Kering

Pernahkah kamu mengalami masalah bibir kering ataupun pecah? Bibir yang kering, kelihatan pecah-pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan keadaan cuaca panas ataupun udara kering contohnya kalau dah lama sangat berada dalam bilik berhawa dingin atau kawasan sejuk. Tetapi mungkin ada yang terlupa bahawa pemakaian gincu yang kurang sesuai juga boleh menyebabkan masalah bibir mengelupas! Sebabnya bahan kimia yang terkandung dalam gincu atau lipstik itu kemungkinan tidak sesuai dengan kulit kita.

Petua Merawat Bibir Pecah
  • Cuba sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.
Merawat Bibir Kering
  • Ambil beberapa kelopak bunga mawar dan rendamkan dalam susu segar selama1-2 jam. Selepas itu ambil air rendaman tersebut dan sapukan pada bibir yang kering. Kaedah ini di katakan bukan sahaja membantu melembabkan bibir yang kering malah boleh mencegah agar warna bibir yang merah bugar itu tidak hilang serinya.
Petua Melembabkan Bibir Kering
  • Cara ini memang baik dan bagus diamalkan. Caranya ialah oles susu pekat pada bibir. Waktu yang paling baik ialah pada waktu petang lebih kurang pukul 5 atau 6 petang dan biarkan ia sehingga pukul 7 atau 8 sebelum mandi. Amalan ini membantu membuang kulit kering yang mati dan melembutkan kulit kering.
Atau
  • Kalau tak suka pakai susu (takut kena gigit semut.. hehehe..) boleh guna cara ini pula. Gosok bibir itu dengan timun. Potong timun nipis-nipis dan tempek atau gosokkan pada bibir yang kering untuk merawatnya.
Atau
  • Satu cara yang dikatakan bagus ialah dengan menggosok gel lidah buaya. Petua ini memang lain sikit tapi ianya dikatakan boleh membantu menyembuhkan bibir yang kering dan pecah-pecah dalam masa yang singkat.
Note: Sebenarnya tidak ada masalah besar jika kita mengalami masalah bibir kering mahupun pecah. Namun demikian, jika kita mengalaminya ia akan timbul rasa sakit terutama apabila menikmati makanan pedas. Selain itu, kita akan berasa kurang selesa apabila berkomunikasi dengan orang lain.

Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini

on 21 August 2012

Elakkan Minum Air Pada Tujuh Waktu Ini | Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa pula agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini

7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:


1. Sebaik saja bangun tidur.
  • Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.

3. Selepas memakan buah-buahan.

4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum juga, tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).

5. Sewaktu tengah makan.
  • Senang cerit, cuba elakkan makan berulang air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
6. Sebelum atau sesudah makan.
  • Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.

7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.

Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.

Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.

Selamat Mencuba!

Risiko Meminum Teh Panas dan Teh Ais

Teh Panas

Teh Panas

Hasil kajian terkini oleh saintis Iran menyatakan meminum teh dalam keadaan masih panas melebihi suhu 70 darjah celcius boleh menyebabkan terjadinya penyakit Barah Kerongkong.

Mengikut sebuah kajian yang terlebih dahulu dilakukan dalam British Medical Journal telah dikemukakan minuman panas berpotensi menimbulkan tumor. Meminum teh panas dengan suhu di atas 70 darjah celcius sama dengan meningkatkan risiko barah kerongkong lapan kali ganda lebih besar untuk terjadi jika dibandingkan anda meminumnya dalam keadaan kurang panas iaitu di bawah 65 darjah celcius, demikian penjelasan penyelidik sepertimana dilaporkan oleh Reuters.

Bersama kumpulannya, Reza Malekzadeh dari Universiti Tehran telah melakukan kajian terhadap 300 orang yang didiagnosis menghidap penyakit barah kerongkong, sementara 571 orang yang lain dalam keadaan sihat. Mereka semua adalah berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, Iran Utara.

Malekzadeh menjadikan daerah ini sebagai sampel kajian kerana Golestan merupakan salah satu daerah yang mempunyai jumlah pesakit barah kerongkong tertinggi di dunia. Namun sebaliknya tahap kebiasaan merokok dan meminum alkohol di daerah ini sangat rendah. Yang perlu diketahui, hampir kesemua penduduknya gemar minum teh hitam secara rutin, sebanyak satu liter setiap hari.

Hasil kajiannya, orang² yang rutinnya meminum teh panas kurang daripada dua minit selepas dituangkan dengan tingkatan suhu yang melebihi 70 darjah celcius berisiko mencetuskan perkembangan barah kerongkong lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang terlebih dahulu menunggu sehingga empat minit atau lebih. Sebenarnya tidaklah ada keterangan yang konkrit seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun para penyelidik membuat kesimpulan luka akibat daripada kepanasan teh akan menyebabkan kerengsaan kerongkong yang sekaligus akan menyebabkan berlakunya simpton² barah.

Dibandingkan dengan meminum teh yang kurang kepanasannya yang mampu ditanggung oleh organ dalaman manusia atau teh suam kuku pada suhu 65 darjah Celsius atau kurang, meminum teh panas antara 66 dan 68 darjah Celsius memungkinkan untuk meningkatkan dua kali ganda risiko terjadinya barah kerongkong, dan meminum teh yang panas pada suhu 70 darjah Celsius atau lebih berpotensi besar untuk meningkatkan risiko tercetusnya penyakit barah sehingga lapan kali ganda.

Telah dicatatkan setiap tahun lebih daripada 500.000 orang di seluruh dunia meninggal dunia akibat penyakit barah kerongkong. Penyakit ini tumbuh subur terutamanya di daerah di Asia, Afrika, dan Amerika Selatan. Barah ini termasuk dalam kalangan penyakit barah pembunuh dengan rata-rata kesembuhannya adalah sekitar 12 hingga 31 peratus, itu pun memerlukan masa yang cukup panjang, sekitar 5 tahun.

“Keputusan kajian membuktikankan peningkatan kuat risiko OSCC yang berkaitan dengan meminum teh panas atau sangat panas,”. Oleh itu saintis menyarankan agar mesti menunggu beberapa minit terlebih dahulu sebelum meminum satu gelas teh yang baru ditapis dengan air yang mendidih.

Laporan itu juga memberi sokongan kepada pendapat bahawa kecederaan kerana hawa panas air yang melalui organ pemakanan manusia mungkin menjadi penyebab kepada barah “epithelium” walaupun bagaimana proses kepanasan mampu meningkatkan perkembangan tumor masih belum diketahui.

Daripada penelitian tersebut dapat disimpulkan bahawa pengambilan minuman dalam keadaan panas berbahaya bagi kesihatan anda. Apalagi jikalau ditambah dengan makanan yang panas pul. Lebih baik teh atau minuman lain diminum dalam keadaan yang kurang panas atau boleh kita katakan sebagai hangat tetapi tidak terlalu panas.

Bahaya Minum Teh Ais Bagi Kesihatan Ginjal

Teh Ais

Siapa di antara para pengunjung yang tidak menyukai minuman rakyat yang satu ini? Yah, Teh ais sepertinya begitu mudahnya kita temui di mana-mana gerai makanan, dari warung pinggir jalan sampai Restoran mewahpun semuanya menyediakan teh ais sebagai salah satu menu utama minumannya. Teh ais dengan bau dan rasa khasnya sudah menjadi darah daging dalam masyarakat kita meskipun dihiaskan dalam bentuk apa² sekalipun. Teh tetaplah Teh dan jika diberi ais, maka kesegarannyalah yang kita dapat nikmatinya. Apalagi di Bulan Puasa, menu pembuka sebelum makan besarpun sering didahului dengan minum teh ais .

Tapi tahukah anda, di sebalik kenikmatannya, teh ais menyimpan potensi yang berbahaya bagi kesihatan manusia. Penyelidikan di Loyola University Chicago Stritch School of Medicine telah mengungkapkan bahawa pengambilan teh ais secara berlebih meningkatkan risiko penyakit batu karang.

Sepertimana yang telah dilaporkan dari laman Times of India, teh ais mengandungi kepekatan tinggi oksalat, salah satu bahan kimia yang merupakan kunci untuk mencetuskan pembentukan batu karang. ”Bagi mereka yang mempunyai kecenderungan mengidapi penyakit batu karang, teh ais jelas menjadi minuman terburuk atau sebahagian daripada pantang larang minumannya,” kata Dr John Milner iaitu seorang pembantu profesor Jabatan Urologi.

Milner berkata, teh panas sebenarnya juga menyimpan kesan-kesan buruk yang sama. Hanya, kuantiti penyajian teh panas biasanya lebih kecil. Logiknya, orang meminum teh panas, kuantiti airnya tidaklah akan sebanyak meminum teh ais. Jarang orang yang mengambil teh panas apabila haus. Berbeza dengan teh ais, di mana ramai orang sanggup meminumnya lebih daripada segelas saat haus dan hawa panas.

Lelaki, wanita posmenopause dengan tingkatan estrogen yang rendah paling terdedah terhadap keburukan teh ais ini. Oleh itu, Milner menyarankan agar menggantikan pengambilan minuman itu dengan air putih, atau mencampurkannya dengan lemon. ”Lemon kaya engan kandungan citrates, yang boleh menghalang pertumbuhan batu karang dalam ginjal,” kata Milner.

Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk daripada mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam air seni, buah pinggang atau saluran pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan dikeluarkan daripada tubuh bersama urin (air kencing), tetapi dalam keadaan tertentu ia akan mengendap dan membatu di dalam saluran pundi kencing atau buah pinggang.

Pengkaji juga mengungkapkan sejumlah makanan lain yang berpotensi menyimpan kesan-kesan buruk apabila memakannya. Mereka menyebutkan antara lainnya: bayam, coklat, kacang-kacangan, garam, dan daging. Sebaiknya, ambillah teh ais dan makanan-makanan itu secara bersederhana demi kesihatan ginjal anda. Padukan pula dengan sumber makanan yang tinggi kalsiumnya yang dapat mereduksi oksalat. Dan, tentu sahaja perbanyakkanlah meminum air putih. (Sumber)

Matikan Lampu Ketika Tidur, Tinjauan Sains Dan Pesanan Rasulullah SAW

on 16 August 2012

Matikan Lampu Ketika Tidur, Tinjauan Sains Dan Pesanan Rasulullah SAW | Semakin malam semakin gelap tubuh kita akan merasa lelah dan mengantuk. Ini jelas wajar, sintesis dan sekresi hormon melatonin oleh kelenjar pineal meningkat seiring dengan semakinnya malam.

Matikan Lampu Ketika Tidur, Tinjauan Sains Dan Pesanan Rasulullah SAW

Hormon inilah yang menyebabkan kita menjadi mengantuk di malam hari. Fungsi dari rasa kantuk adalah sebagai isyarat positif tubuh agar segera mengistirahatkannya. Hormon yang mempengaruhi irama sirkadian ini kemudian akan menyesuaikan sehingga terjadi penyegerakan antara kitaran tidur dengan kitaran pergantian siang dan malam di alam sekitar.


Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:
"Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim)
Seorang biolog, Joan Roberts mencari rahsia setelah melakukan percubaan pada haiwan. Ketika haiwan tersebut diberi cahaya buatan pada malam hari, melantoninnya (salah satu hormon dalam sistem kekebalan yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat) menurun dan sistem kekebalan tubuhnya lemah.

Rupanya, cahaya Lampu - seperti juga TV - menyebabkan hormon menjadi sangat lelah. Keadaan malam yang gelap diam-diam bekerjasama dengan tubuh. Hanya dalam keadaan yang benar-benar gelap tubuh menghasilkan melantonin. Sebaliknya, tidur dengan lampu menyala di malam hari - sekecil apapun sinarnya menyebabkan Pengeluaran hormon melantonin terhenti.

Tidur yang berkualiti dalam erti bahawa dalam selang masa selama kita tidur, otak kita benar-benar dalam keadaan berehat. Sinar cahaya saat kita tidur menjadikan kualiti tidur kita kurang baik, ini kerana sinar tersebut masih berperanan sebagai perangsang stimulator kerja otak.

Secara ilmiah, cahaya yang ada dalam bilik tidur akan menembus sampai bahagian mata kita walaupun dalam keadaan terlelap, sinar tersebut akan memasuki bilik stimulator yang nantinya direspon oleh otak. Dengan kata lain walaupun mata kita terpejam, tetapi jika ada cahaya yang bersinar maka otak kita akan bekerja untuk bertindak balas atau mengartikan cahaya yang masuk tersebut.

Tidur yang berkualiti di malam hari merupakan usaha pengoptimuman dalam detoksifikasi untuk meneutralkan toksin yang mengontaminasi tubuh. Detoksifikasi tubuh, terjadi terutama pada hati, tercapai optimum saat tidur. Mekanisme tersebut berkaitan erat dengan diproduksinya antioksidan sebagai penetral toksin. Pada tidur yang berkualiti, detoksifikasi hati dapat berjalan optimum, khususnya dalam pembentukan asid amino glutathione sebagai antioksidan yang meneutralkan stres oksidatif dan radikal bebas.

Mencegah Kanser Payudara

Tidur malam dalam bilik yang gelap benar-benar bermanfaat buat tubuh. Ahli biologi Joan Robert mengatakan tubuh baru boleh menghasilkan hormon melatonin ketika tidak ada cahaya. Hormon ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu memerangi dan mencegah berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat.

Malangnya, hormon melatonin ini tidak akan muncul jika orang tidur malam hari dengan lampu menyala. Adanya cahaya atau sinar membuat pengeluaran hormon melatonin akan berhenti.

Dengan mematikan lampu ketika tidur malam hari, bukan hanya menjimatkan tenaga tetapi juga meningkatkan kesihatan tubuh. Maka itu tidur malam sambil nonton TV juga sangat tidak disyorkan.

Pengamal kesihatan yang lain, Lynne Eldridge MD yang juga penulis buku 'Avoiding Cancer One Day At A Time' juga menuliskan perempuan buta 80 peratus lebih kecil terkena risiko kanser payudara berbanding rata-rata perempuan lain. Diduga faktor hormon melatonin yang banyak ditubuhnya kerana penglihatan yang gelap membuatnya punya daya tahan tubuh yang lebih tinggi.

Pentingnya tidur malam hari dengan mematikan lampu baru-baru ini juga diteliti oleh para saintis dari Inggeris dan Israel. Penyelidik mendapati ketika cahaya dihidupkan pada malam hari, boleh menyebabkan ekspresi berlebihan dari sel-sel yang dikaitkan dengan pembentukan sel kanser.

Para saintis mendakwa jika seseorang terbangun di malam hari dan menyalakan lampu selama beberapa saat, maka boleh menyebabkan perubahan biologi yang mungkin mengarah ke kanser.

Jika pada penelitian sebelumnya tidur malam dengan lampu terang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara dan kanser prostat. Maka pada penelitian terbaru ini menunjukkan paparan jangka pendek juga boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser.

"Orang-orang yang bangun di malam hari disyorkan untuk tidak menyalakan lampu. Kami percaya bahawa setiap kali menyalakan cahaya buatan pada malam hari akan mempunyai kesan pada biologi tubuh, kerana ini adalah mekanisme yang sensitif," ujar Dr Rachel Ben-Sclomo dari University of Haifa.

Dr Rachel menambah bahawa ini adalah penemuan terbaru dan masih sebatas penelitian pendahuluan. Namun kini ia dan pasukan tengah menganalisa wilayah ini secara lebih terperinci. Keputusan ini juga telah dilaporkan dalam jurnal Cancer Genetics and Cytogenetics.

Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala berisiko mengidap leukemia.

Para saintis mendapati bahawa tubuh perlu suasana gelap dalam menghasilkan bahan kimia pelawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu toilet, begadang, mengembara melintas zon masa, lampu-lampu jalan boleh menghentikan pengeluaran zat melatonin.

Tubuh memerlukan zat kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan zat melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang mengetuai kajian tersebut mengatakan "Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit. Otak anda akan mengesan bahawa lampu menyala seharian dan pengeluaran zat melatonin menurun ".

Jumlah anak-anak pengidap leukimia naik menjadi dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda di bawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan kira-kira 100 orang meninggal.

Sebuah persidangan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa orang menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur dimalam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan pengeluaran melatonin di mana biasanya terjadi antara pukul 21.00 9 s / d pukul 20.00. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift yang mempunyai risiko terkena kanser payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah kepada melatonin mempunyai risiko yang lebih rendah menghidap kanser. Maka orang-orang tua disyorkan utk menggunakan bola lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan. (Sumber)

Awas! Menghisap Rokok Sebaik Berbuka Puasa Boleh Membawa Maut

on 27 July 2012

Awas! Menghisap Rokok Sebaik Berbuka Puasa Boleh Membawa Maut

Menghisap Rokok Sebaik Berbuka Puasa Boleh Membawa Maut | Selalunya perokok akan berhenti merokok pada bulan puasa tiba dan ini mungkin salah satu caranya untuk para perokok itu mengurangkan tabiat merokok. Tapi itu mungkin sukar dibendung bagi yang sudah etagih dengan merokok. Kalau boleh kurangkan dan berhentilah selama sebulan Ramadhan ini demi kesihatan anda juga. Mengikut kata pakar, tabiat menghisap rokok sebaik berbuka puasa boleh membawa maut.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya. Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.

Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas. 

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku. 

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol. Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. (Sumber: bHarian)

Bau Ketiak Lelaki Mampu Menghilangkan Stress Wanita !

on 19 July 2012

Assalamualaikum dan salam 1Dunia...

Bau Ketiak Lelaki Mampu Menghilangkan Stress Wanita !

Bau Ketiak Lelaki Mampu Menghilangkan Stress Wanita ! |Setengah dari kita memang alah kepada bau bauan. Busuk atau wangi bila dah alah memang boleh membuatkan kita rimas dan kurang selesa. Tambahan pula kepada pasangan yang dah berkahwin, yang hampir seharian tinggal bersama kalau si isteri atau si suami mempunyai bau badan memang boleh menghilangkan mood. Tapi tahukah anda sebenarnya bau ketiak lelaki boleh menghilangkan stress wanita? macam pelik pun ada juga dengan teori ini bukan. Apa-apa pun jom kita review info dekat bawa nie.

Beberapa tahun yang lalu, Bahagian Biologi Manusia di University Pensylvania telah melakukan satu kajian yang telah membuktikan bahawa peluh lelaki dapat membantu kaum wanita untuk menurunkan tekanan dan melancarkan perjalanan haid. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki.

Dalam uji kaji yang tersebut, bau semulajadi (peluh) itu kemudian disapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita,dan selain itu wangian ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.

Jadi untuk yang sudah berkahwin, bolehlah menjadikan mencium ketiak suami sebagai amalan seharian supaya boleh menghilangkan stress. Mungkin betul kajian dari University Pensylvania yang bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress. Manalah tau, mampu memperbaiki hubungan rumah tangga serta mengurangkan kes penceraian.
Note: adakah anda sanggup untuk berbuat demikian ? dengar macam kerja bodoh saja admin tengok. Sudikah kamu wahai wanita/isteri mencium bau peluh ketiak suami ? banyak lagi cara lain nak hilangkan stress…. dari cium bau ketiak… baik ambil wudhuk, baca Al-Quran ke, zikir ke, solat sunat ke… kembali pada Allah adalah jalan penyelesaian yang terbaik….

Mi Berlapis Dapat Menurunkan Berat Badan

on 7 June 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Mi Berlapis Dapat Menurunkan Berat Badan

Siapa yang tak kenal mee ? Kalau  pelajar IPT semua tahu dengan mee, sebab mereka dah lali dengan mee nie. Biasalah makanan harian dek kerana nak jimat gunakan duit PTPTN. Bukan mee sedaap, Indo mee atau mee Maggi tapi aku nak beritahu di sini pasal mi kuning kering. 

Saya ada terbaca artikal dalam beberapa buah akhbar online hari ini mengenai kejayaan sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta mi kuning kering yang boleh membantu penggunanya menurunkan berat badan.

Bagi membolehkan proses pembakaran lemak berjalan lancar, mi kuning kering atau mi berlapis diperkaya dengan zat kapsaicin

Nak tahu apa itu zat kapsaicin ? Kapsaicin adalah zat pedas aktif yang terkandung dalam tumbuhan seperti cili dan tidak ramai orang boleh mengambilnya begitu sahaja dalam kuantiti yang banyak.

Kalau di negara maju seperti di Amerika Syarikat kapsaicin lazimnya diambil dalam bentuk kapsul dan mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan pengguna kerana ia mengandungi bahan kimia di samping memerlukan perbelanjaan yang besar.

Dengan terciptanya mi berlapis, pengguna boleh menganbil kapsaicin tanpa iritasi atau kepedasan dalam mulut dan ianya merupakan produk pertama seumpamanya di dunia jika dibandingkan dengan mi biasa.

Untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, produk ini mungkin salah satu jalan penyelesaiannya kerana ianya boleh menurunkan berat badan sehingga 1 Kilogram seminggu jika diambil secara konsisten dengan kuantiti 50 gram sehari. Setiap 100gram mi mempunyai 17 miligram kapsaicin.

Jangan hairan kerana inovasi ini turut memenangi anugerah emas dalam International Invention and Technology Exhibition (ITEX) 2012 di Kuala Lumpur pada Mei lepas.

So, kalau ada sesiapa yang berminat dengan produk ini bolehlah nantikannya yang dijanka berada dalam pasaran tidak lama lagi dengan harga RM7 bagi setiap 100gram.

Kredit to: Harian Metro

p/s: Sekalung tahniah kepada ketua penyelidik, Prof Azhar Mat Easa dan para penyelidik USM kerana berjaya menghasilkan produk seperti ini. Rakyat Malaysia juga dapat menghasilkan produk yang bermutu dan berkhasiat. Berbanggalah kamu semua dengan produk buatan Malaysia !.

Sihat Di Pagi Hari Dengan Lemon Dan Air Suam

on 30 May 2012

Sihat Di Pagi Hari Dengan Lemon Dan Air SuamAssalamualaikum dan salam tengah hari semua, biasanya rutin seseorang itu dilihat amat penting untuk meneruskan kegiatan harian mereka sebelum pergi ke tempat kerja mahupun memulakan tugasan sebagai seorang pelajar.

Sarapan memang sangat penting buat semua tidak kiralah kamu seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun surirumah. Hal ini kerana, ianya dapat memberi kita tenaga untuk menjalani kegiatan harian tanpa rasa lesu dan tak bermaya. 

Kalau di Malaysia sendiri kita mungkin akan dilihat "wajah-wajah kecerian" si sang Nasi Lemak, Roti Canai dan juga Teh Tarik kerana kombinasi mereka yang mantap. Namun semua itu mungkin boleh mengundang penyakit apabila kita mengambil secara berlebihan.

Oleh yang demikian, kita mungkin boleh mengubah rutin harian untuk dengan lebih sihat dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan lemon untuk merasai kelainan dan kebaikan kombinasi tersebut. Kamu juga boleh menambah sedikit madu kalau kamu suka.

Banyak kebaikan yang boleh kita dapat dengan meminum secawan air suam bersama hirisan lemon, antaranya :-

1. Menambahkan tahan ketahanan dalam badan

  • Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja. 

2. Keseimbangan PH

  • Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri. 

3. Membantu masalah mengurangkan berat badan

  • Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang. 

4. Masalah penghadaman

  • Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda. 

5. Pembersihan air kencing

  • Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat. 

6. Kulit cerah dan bersih

  • Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan. 

7. Mengelakkan dehidrasi

  • Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.

Wajib Flos Setiap Hari

on 16 May 2012

Wajib Flos Setiap Hari
Membanteras plak adalah proses sepanjang hayat dalam penjagaan mulut sempurna.
TAHUKAH anda 54 peratus rakyat Malaysia tidak tahu apakah itu plak dan majoriti (sehingga 95 peratus) tidak menyangka plak adalah punca utama masalah gigi? Jadi, apakah plak?

Plak adalah selaput melekit tidak berwarna dan dihasilkan bakteria yang sentiasa terbentuk pada permukaan gigi. Air liur, makanan dan cecair bergabung menghasilkan selaput ini yang melekat pada gigi serta di antara permukaan gigi dan gusi.

Pembentukan plak boleh menyebabkan gigi kotor dan juga faktor utama penyakit gusi.

Membanteras plak adalah proses sepanjang hayat dalam penjagaan mulut sempurna. Plak juga mampu menyebabkan kaviti yang akan melemahkan gigi.

Plak mampu terbentuk pada gigi empat hingga 12 jam selepas memberus.

Justeru penting untuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan menggunakan flos setiap hari. Memberus gigi sahaja tidak mencukupi. Pastikan anda menggunakan flos setiap hari untuk membersihkan kawasan yang sukar dicapai terutamanya di celah-celah gigi bagi membanteras plak.

TartarTartar atau juga dikenali kalkulus, adalah selaput berkerak yang akan memerangkap kotoran dan menyebabkan gigi bertukar warna. Kalsium dan fosfat kemudian bergabung untuk membentuk kerak kristal pada gigi.

Kalsium fosfat ini kemudian akan mengeras dengan plak dan membentuk kalkulus. Terdapat bahan kimia tertentu dipanggil pirofosfat membantu mengurangkan pembentukan kalkulus dengan menghentikan pertumbuhan kristal pada permukaan gigi dan menghalang kristal baru daripada terbentuk.

Tartar membentuk ikatan kuat yang hanya mampu ditanggalkan oleh pengamal pergigian profesional.

Pembentukannya juga mungkin menyebabkan sukar untuk menanggalkan bakteria plak dan seterusnya meningkatkan potensi masalah besar pada masa depan.

Pencegahan Plak dan tartar tidak bertindak dengan cara yang sama kepada semua orang. Setiap individu berbeza terhadap cara mereka mendapat dan menentang jangkitan.

Untuk kebanyakan kita, selaput akan terbentuk dengan pantas apabila usia semakin meningkat. Ini bermakna, semakin kita tua, semakin kerap kita harus memantau kesihatan gigi kita.

Selain itu, kita perlu mengelakkan pembentukan plak dan tartar dengan mengubah cara kita menjaga kesihatan gigi.

Pertama, pilih berus gigi yang betul.

Misalnya, berus Oral-B Cross Action Pro-Health membantu menanggalkan sehingga 99 peratus plak dengan berus bersudut CrissCross.

Berus Power Tip pula membantu membersihkan kawasan yang sukar dicapai dan lembut pada enamel dan gusi.

Dengan penggunaan yang kerap, ia telah terbukti secara klinikal membantu menanggalkan lebih banyak plak berbanding berus gigi biasa dengan bantuan berus CrissCross yang bersudut pada 16 darjah bagi menentang plak.

Kedua, dengan membersihkan gigi secara profesional setiap enam bulan atau lebih kerap seperti yang disarankan doktor gigi.

Sekiranya anda tidak menanggalkan plak daripada gigi dengan menggunakan flos dan memberus gigi, anda meningkatkan risiko pembentukan kaviti.

Kaviti adalah lubang kecil yang terbentuk pada gigi yang reput akibat kurangnya penjagaan.

Sekiranya anda mempunyai gigi, tidak kira usia anda, kaviti mampu terbentuk.

Ia adalah masalah gigi yang sering ditemui di seluruh dunia. Namun, penjagaan gigi yang sempurna termasuk penggunaan flos yang betul dapat membantu menghalang pembentukan kaviti.

Sekiranya anda tidak menghiraukan kaviti untuk waktu yang panjang, ia akan menjadi lebih besar dan menyebabkan sakit gigi. Sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan tampalan dengan doktor gigi, kaviti akan membawa kepada jangkitan dan anda mungkin akan kehilangan gigi atau mendapat jangkitan yang teruk.

Mengawal Cegah kaviti dengan mengawal pembentukan plak melalui rutin memberus gigi dua kali sehari dan dengan menggunakan flos setiap hari.

Pilih berus gigi dan produk flos yang anda suka agar anda gemar menggunakannya setiap hari.

Jangan lupa menjadualkan pemeriksaan gigi dengan doktor gigi untuk pembersihan profesional dan mengenal pasti sebarang masalah sebelum menjadi serius. -UTUSAN

Kanta Lekap / Contact Lense Dan Hukum Memakainya Dalam Islam

on 11 February 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


Kanta lekap / contact lense biasanya digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah penglihatan dan malas nak gunakan cermin mata dan menjadikan kanta lekap sebagai jalan alternatif. Memakai kanta lekap ini memang tak salah kalau digunakan untuk kebaikan dan bukannya untuk tujuan berhias. Ini tidak, ramai umat islam sekarang menggunakan kanta lekap untuk mencantikkan lagi mata mereka seperti mata orang barat. hehehe... Kalau aku nak ulas lebih panjang lebar aku bukanlah orangnya kerana aku bukannya hebat sangat tentang hukum-hakam nie. So, kalau nak tahu hukum memakai kanta lekap nie, jom kita baca entry di bawah ini.

HARAM BILA...
HARUS BILA...


Soalan

Assalamualaikum ustadz., saya ingin bertanya, apakah hukum memakai kanta lekap atau contact lense ?

Jawapan

Waalaikumussalam. Boleh memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.

1. Tujuan perubatan – 

Iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. HUKUMNYA HARUS dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan – 

Iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;

a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj.

b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).

c) Tidak mengubah ciptaan Allah.

d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.

e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir.

f) Tidak berlebihan.

g) Tidak memudaratkan.

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan HARAM MEMAKAI CONTACT LENSE BERWARNA(yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).

Wassalam...

Semoga jawapan di atas dapat merungkai persoalan kita. Sekali lagi aku nak tekankan, memang tak salah memakai kanta lekap asalkan ianya tidak memudaratkan kesihatan kita.

Sekian terima kasih....


Tips Perawatan Hair Spa Di Rumah | Info Sihat

on 15 January 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Hujung rambut anda masih masih pecah-pecah dan kering ? Lantaran itu anda perlu melakukan hair spa agar rambut anda boleh kembali bernafas dan mendapat khasiat yang secukupnya. Jom kita kongsi tips perawatan hair spa di rumah dengan kos rendah dan mudah. 

terdapat beberapa benda yang boleh kita gunakan untuk memberikan tenaga kembali kepada rambut kita. Antaranya ialah :

Avokado + telur

  • Kandungan protein pada buah avokado dan telur boleh menjadikan rambut anda kelihatan berkilau, lembut dan halus. 
  • Cara untuk menghasilkan bahan-bahan ini ialah:
  1. Kisar campuran sebiji telur dengan 1/2 buah avokado.
  2. Sapukan pada kulit kepala dan rambut sambil diurut secara perlahan-lahan.
  3. Biarkan selama 20-30 minit.
  4. Kemudian basuh sehingga bersih menggunakan air sejuk dan diikuti dengan air suam.

Lidah buaya + minyak zaitun

  • Campuran dari dua bahan ini boleh menjadikan kulit kepala anda terasa segar dan helaian rambut menjadi lebih lembut.
  • Cara-cara membuat bahan-bahannya adalah seperti berikut :
  1. Dapatkan satu sudu teh minyak zaitun dan dua sudu teh lidah buaya yang telah dihancurkan.
  2. Masukkan ke dalam botol kemudian goncang sehingga larut.
  3. Anda boleh gunakan campuran ini sebagai pengganti syampu.

Sebelum saya mengakhiri entry kali ini ada tips yang saya nak kongsikan bersama. Harap tips yang ini dapat juga membantu anda semua. 

Untuk memiliki rambut wangi sepanjang masa, cuba campurkan beberapa titis minyak lavender di dalam semangkuk air berukuran kecil. Kemudian gosokkan campuran itu di kedua telapak tangan dan gosokkan ke helaian rambut menggunakan jari-jemari secara perlahan-lahan. Hasilnya pasti mengagumkan anda !...

Sekian...

*Nota Kaki Berbau* - Dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba tips di atas untuk mengelakkan anda daripada terjadi sesuatu yang tak didingini. Hhehehehe...

Tips & Info | Kacang Buncis Atasi Rambut Gugur | Info Sihat

on 13 January 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


Masalah keguguran rambut boleh menjejaskan penampilan kita di hadapan rakan-rakan dan orang ramai. Sehinggakan malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Masalah ini bukan sahaja terjadi kepada orang dewasa, para remaja juga ada menghadapi masalah yang sama. 

Kacang Buncis

Biasanya stress menjadi punca keguguran rambut anda. Tapi sebenarnya bukan setakat stress juga menjadi punca dan penyebabnya rambut anda mengalami keguguran, gangguan keseimbangan hormon juga boleh menjadi punca. Bukan itu saja, kesilapan sewaktu pemilihan perawatan rambut dan masalah kekurangan nutrisi adalah antara penyebab yang mengundang kepada masalah keguguran rambut. Sekiranya masalah utama keguguran rambut anda berpunca dari kekurangan zat makanan sudah tiba masanya untuk anda mengubah stail pemakanan anda. Jangan lupa juga untuk menyelitkan menu sayur buncis di dalam jadual pemakanan harian anda. Menurut pakar pemakanan, kacang buncis, daging ayam kampung, ikan dan biji-bijian termasuk dalam sumber protein rendah lemak yang sangat diperlukan untuk menjaga kesihatan rambut. 

So, bagi yang mengalami masalah rambut bolehlah mencuba tips ini. Walaupun ianya nampak macam biasa saja dan mungkin kita kurang mengambil tahu tapi apa salahnya kita mencuba seperti apa yang orang kata 'tak kenal maka tak cinta' dan 'belum cuba belum tahu, sudah cuba baru kau tahu' hahaha... Pepatah kedua itu aku buat sendiri jer.

Selamat mencuba !
 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved