Elakkan Minum Air Pada Tujuh Waktu Ini | Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa pula agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.
7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:
1. Sebaik saja bangun tidur.
- Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.
4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum juga, tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
5. Sewaktu tengah makan.
- Senang cerit, cuba elakkan makan berulang air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.
6. Sebelum atau sesudah makan.
- Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.
Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.
Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.
Selamat Mencuba!
(Sumber)
salam... minta penjelasan bagi setiap waktu yang diberikan... sebab ada di antara 7 waktu tersebut macam pelik sikit... tq
ReplyDelete