Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Keputusan Pahang vs Sarawak 19 Oktober 2013 - Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2013

on 19 October 2013

Keputusan Pahang vs Sarawak 19 Oktober 2013 - Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2013

Keputusan Pahang vs Sarawak 19 Oktober 2013 - Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2013 | Skuad Sarawak akan berkunjung ke Stadium Darul Aman pada malam ini bagi menentang pasukan tuan rumah, Pahang bagi perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia.

Perlawanan akan disiarkan secara langsung di RTM TV1 dan Astro Arena 801 mulai jam 8.40 malam. Selain itu, anda juga boleh menyaksikan perlawanan secara live streaming dengan klik tajuk pautan di bawah.

Berikut adalah keputusan semasa Separuh Akhir Pertama Watson Piala Malaysia - Pahang vs Sarawak 19 Oktober 2013 yang akan dikemaskini secara livescore sehingga perlawanan tamat. Anda juga boleh mengikuti keputusan semasa di [SINI].

Live Streaming Pahang vs Sarawak 19 Oktober 2013


Keputusan Pahang vs Sarawak 19 Oktober 2013
Separuh Akhir Pertama Watson Piala Malaysia 2013
Tuan Rumah
Skor
Pelawat
Status
Pahang
3 - 1
Sarawak
FT
Azamuddin Akil 29' (PAH) | Azamuddin Akil 33' (PAH) | Matias Conti 39' (PAH) | Shahrol 40' (SAR) | HT | - | FT

Video Highlight Pahang vs Sarawak 19 Oktober 2013

Kata-Kata Menarik Sempena Hari Guru 16 Mei

on 15 May 2013

Assalamualaikum,


16 Mei.


Sekali lagi tarikh keramat ini disambut oleh seluruh warga pendidik di seluruh negara. Telah tersurat dan tersirat bahawa tugas guru tugas mulia. Kita panjatkan kesyukuran kepada Ilahi Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Maka Berkuasa dan Maha Pencipta kerana memilih kita sebagai guru. Sesungguhnya guru mempunyai tanggungjawab yang:

berat, jika dianggap berat,
mudah, jika mengambil mudah
mulia, jika dilaksana dengan sepenuh jiwa raga dan Lillahita'ala.

Sesungguhnya, sama ada kita guru, murid atau bekas murid, hari inilah kita menyampaikan penghargaan yang khusus dan istimewa, lebih istimewa daripada ucapan penghargaan yang kita berikan setiap hari kepada guru kita atau bekas guru kita.

Kata-Kata Menarik Sempena Hari Guru 16 Mei

Untuk kali ini penulis ingin berkongsi ungkapan dan ucapan menarik sempena hari guru:

-- - -- - -- - -- - -- - -- - --

Sungguh cantik si bunga melati,
Tumbuhnya subur di tepi pulasan,
Guru mendidik seikhlas hati,
Bakti ditabur tak pinta balasan.

-- - -- - -- - -- - -- - -- - --

Guru...
Dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru...

-- - -- - -- - -- - -- - -- - --

Adakala ...
kita dicaci,
kita dimusuhi,
kita dimarahi,
kita tidak dihargai.
tapi ...
kita kan tetap tersenyum ... walaupun dalam pilu
kita kan tetap melangkah ... biarpun hampir rebah
kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar ... meskipun hati tercalar dan maruah tercabar.

-- - -- - -- - -- - -- - -- - --

Sacrifice is greater than love
character is greater than beauty
humanity is greater than wealth
BUT
nothing is greater than a teacher.

-- - -- - -- - -- - -- - -- - --

Meski menangis dalam tawa
meski senyum dalam duka
meski pahit bagai gula
sabarlah
redalah
kerana kita guru yang kental jiwa dan raga
mendidik anak bangsa
dulu, kini dan selamanya.

-- - -- - -- - -- - -- - -- - --

Banyak dapat bunga?
Tanda tugas guru mengharumkan dunia.
Dapat pen?
Tanda guru bijak melakar kata.
Dapat pemadam?
Tanda guru sentiasa membetulkan yang salah.
Dapat mesej?
Tanda guru sentiasa dalam ingatan.

-- - -- - -- - -- - -- - -- - --

Guru bagaikan NTV7 kerana 'ceria selalu'
Kekadang guru seakan TV3 kerana 'menjadi inspirasi hidupku'
Yang pasti guru juga seperti TV9 kerana 'dekat di hati'
dan yang paling penting guru umpama pakej ASTRO kerana ' macam-macam ada'

-- - -- - -- - -- - -- - -- - --

Mak cakap CIKGU macam MAGEE, makanan rutin 'time' susah,
Ayah cakap CIKGU macam D'SEEKERS, menakutkan...
Atuk cakap CIKGU macam ASTRO, macam-macam ada...
Tapi...saya cakap CIKGU macam L'OREAL kerana dirimu begitu berharga!
SELAMAT HARI GURU... Guru Pembina Negara Bangsa

-- - -- - -- - -- - -- - -- - --

Nakalnya kami memang sangat dikenali
Lari-lari panjat almari
semua budak pun kami buli
kerja sekolah semua kami tak peduli

Tapi bila hadirnya cikgu
Duduk diam tak bersuara, tak berlagu,
Tak jemu-jemu kongsikan ilmu
Itulah memori yang sangat kami rindu

-- - -- - -- - -- - -- - -- - --

Buat semua guru yang pernah saya kutip ilmu dari kalian, terima kasih yang tidak terhingga. Moga hidup kalian sentiasa dirahmati-Nya. Semoga 'amal' kita semua bernilai di sisi-Nya.

Jadilah seorang guru yang hadirnya diTUNGGU, hilang diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, tingkahlakunya diTIRU... SELAMAT HARI GURU.

Selamat Hari Guru buat semua para pendidik...Guru Pembina Negara Bangsa... "1Aspirasi 1Agenda". Terima kasih sekali lagi yang tak terhingga kepada bekas guru-guruku... Khidmat baktimu, jasamu dan ilmu yang kau titipkan kepadaku akan aku manfaatkan demi kebaikan semua...

Sekian, moga ada manfaat...

"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"

Video Penuh Maharaja Lawak Mega 2012 Final - Minggu 10

on 18 January 2013

Video Maharaja Lawak Mega 2012 Final - Minggu 10
Video Penuh Maharaja Lawak Mega 2012 Final - Minggu 10 | Saksikan video Maharaja Lawak Mega 2012 Final. Johan bagi MLM 2012 kali ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 disamping trofi.

Untuk persembahan malam ini ia bersiaran dari Dataran MBJB (Dataran Bandaraya) Johor Bharu dan bersiaran secara langsung dans erentak menerusi Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) jam 10 malam. Tema persemahan akhir untuk MLM 2012 bertemakan Muzikal dan free Style.

Kredit video: Facebook GuaTV Dot Com

Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part1 Jozan


Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part2 Shiro


Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi


Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part4 Jambu


Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part5 SayWho


Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part6 Jozan


Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part7 Shiro


Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part8 Boboi



Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part9 Jambu


Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part10 SayWho



Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part11 Keputusan Juara

Terkini! Gambar Dan Video Banjir Kilat Di Kuantan Pahang Disember 2012

on 25 December 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Terkini! Gambar Dan Video Banjir Kilat Di Kuantan Pahang Disember 2012 | Hujan yang turun pada awal pagi lebih daripada lima jam telah menyebabkan Kuantan dilanda salah satu daripada banjir terburuk dalam beberapa dekad ini dan menjadikan bandar ini mengelamai kesesakan jalan raya di jalan-jalan utama yang dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Pada hari Isnin lalu, lebih 300 penduduk dari beberapa kawasan di Bandar Kuantan terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat bantuan. Manakala, di sesetengah kawasan, kereta telah terkandas dan menyaksikan kesesakan lalu lintas yang serius di Kuantan.

Antara jalan yang ditenggelami banjir sehingga 3 petang Isnin adalah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.

Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, kebanyakan sistem perparitan yang sedia ada didapati terlalu sempit dan sudah usang menyebabkan ia tidak dapat menmpung air hujan sehingga ia melimpah dan mengakibatkan banjir kilat di sekitar pusat bandar.

Berikut laporan dari Bernama:

"Ketika saya terbang tadi (dengan helikopter) buat tinjauan, ia (banjir kilat) bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat atau sistem perparitan yang tersumbat.

"Tapi saya perhatikan banyak parit dan longkang yang terlampau sempit menyebabkan air tidak boleh nak keluar. Saya harap kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran dapat kaji semula sistem perparitan di sekitar kawasan dan perumahan di bandar Kuantan ini,"

Sementara itu, Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhamad Safian Ismail berkata setakat 5 petang, seramai 594 mangsa banjir di negeri ini telah ditempatkan di enam buah pusat pemindahan iaitu empat di Kuantan dan masing-masing sebuah di Pekan dan Rompin.

Di Kuantan, selain SK Galing, seramai 77 orang mangsa bvanjir ditempatkan di SK Cenderawasih, Sekolah Menengah Pandan (93 orang) dan Balai Raya Tanjung Lumpur (20 orang).

Manakala di Pekan, seramai 66 orang mangsa ditempatkan di SK Sungai Miang dan di daerah Rompin seramia 36 mangsa ditempatkan di Balai Raya Lintang.

Kemaskini Terkini: 25 Disember / 12.00 tengahhari

Hanya tinggal satu jalan sahaja yang ditutup untuk kesemua jenis kenderaan iaitu di KM 29 Jalan Sungai Lembing - Kuantan

Menurut laporan dari Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebanyak 12 pusat pemindahan yang masih beroperasi iaitu 10 di Kuantan dan masing-masing satu di Rompin dan Pekan. Manakal seramai 1806 mangsa banjir yang ditempatkan dipusat-pusat pemindahan.

Kemaskini Terkini : 26 Disember 2012 / 12.00 tengahari

Jumlah jalan yang ditutup kini meningkat kepada tujuh batang jalan iaitu:

  • Jambatan Sungai Charu Ke Sungai Lembing
  • KM 28, Sg. Charu Jln Sg. Lembing
  • KM 16, Sg. Riau, Sg. Lembing
  • Jambatan Besi Sg. Oak Kuala Tahan
  • Jalan Kg. Terisik dan Kg. Belebar
  • KM 18, Jalan Kuantan By Pass Selepas Balai Bomba Gebeng
  • Jambatan Kuala Kenau, Sungai Lembing
Bilangan mangsa banjir di Pahang semakin meningkat iaitu sebanyak 3,196 mangsa.

Mangsa Banjir di Pahang


Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012:

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Gambar Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012

Saksikan juga Video Banjir Kilat di Kuantan Disember 2012:

Prank Hantu Dalam Lif Yang Kejam

on 29 November 2012

Prank Hantu Dalam Lif Yang Kejam

Alahai, kesian admin tengok makcik dan pakcik tu kena prank dalam lif. Habis semuanya ketakutan, ada yang sampai nangis dibuatnya. Prank yang terakhir tu paling admin kesian tengok sehingga berlarian keluar pak cik tu ketakutan... Kamu tengok sendirilah...

Ayu Videl Klon Najwa Latif Di Indonesia

on 9 November 2012

Ayu Videl Klon Najwa Latif Di Indonesia | Betulkah kita nie mempunyai tujuh kembar yang seiras dengan kita di dunia? Kalau betul kena cari nie tapi tak tahulah dekat mana nak cari erk.

Ayu Videl Klon Najwa Latif Di Indonesia

Tapi admin bukan nak cakap muka seiras dengan admin tapi pasal klon Najwa Latif. Kalau tengok muka memang tak sama dan tak seiras langsung. Namun dari segi gaya memang hampir sama iaitu bertudung dan bermain gitar.

Jom lihat mereka berdua nie menyanyikan lagu yang sama. Eh, lupa pula nak bagi tahu siapa gerangan si gadis itu, dia boleh dikenali sebagai Ayu Videl.


Video Cikgu Tampar Murid 120 Kali Dalam Masa 30 Minit

on 25 October 2012

Video Cikgu Tampar Murid 120 Kali Dalam Masa 30 Minit

Video Cikgu Tampar Murid 120 Kali Dalam Masa 30 Minit | Tugas adalah untuk mendidik. Tetapi mendidik dengan kesabaran, bukan dengan kemarahan. Namun isu ini bukanlah mahu menuduh semua guru itu jahat, akan tetapi ingin menunjukkan kepada dunia tentang perilaku seorang guru kejam di Beijing. Guru prasekolah ini didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali. Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi. Boleh tonton video di bawah.


Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi.

Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit – cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.

Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.
“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya.
Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama.
“Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya.
Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.

Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu dipecat dari sekolah berkenaan.

Nota - Baguslah pihak sekolah sudah memecat jawatan guru wanita tersebut, jika tidak sudah pasti ramai yang menjadi mangsa penderaan. Tidak salah untuk mengajar anak murid beserta cubit ataupun rotan, akan tetapi berpada-padalah jangan sampai ia seolah-olah sengaja mahu membalas dendam.

Sumber asal: melayukini.net

Video Gol Kelantan vs ATM Final Piala Malaysia 20 Oktober 2012

on 21 October 2012

Video Gol Kelantan vs ATM Final Piala Malaysia 20 Oktober 2012 | Berikut adalah video gol perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan lawan ATM 20 Oktober 2012. 

Video Gol Kelantan vs ATM Final Piala Malaysia 20 Oktober 2012

Kelantan berjaya mencatatkan kemenangan 3-2 mengatasi ATM. Pertarungan sengit berlarutan sehingga ke masa tambahan dan Kelantan berjaya mempertahankan kelebihan jaringan untuk bergelar juara Piala Malaysia 2012. Gol Kelantan dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha (2 gol) dan Indra Putra. Manakala gol ATM dijaringkan oleh Rizal Zamree Yahya dan Marlon Alex James.






Sumber: ammboi

Keputusan Malaysia B21 vs Thailand B21 Piala Newspaper 19 Oktober 2012

on 19 October 2012

Keputusan Malaysia B21 vs Thailand B21 Piala Newspaper 19 Oktober 2012 | Berikut adalah keputusan perlawanan peringkat separuh akhir Piala VFF Newspaper di antara Malaysia U21 vs Thailand U21 di Pleiku Stadium yang bermula 4.30 petang waktu Malaysia. Difahamkan perlawnaan ini tiada live streaming di Astro Arena, RTM1 mahupun di Astro Ceria.


Untuk makluman anda semua, kami akan cuba mengemaskini perlawanan Malaysia U21 vs Thailand U21 19 Oktober 2012 secara livescore dari semasa ke semasa sehingga perlawanan tamat. Jangan lupa teruskan bersama kamiuntuk info terkini perlawanan.

Harimau Muda XI: Izham(GK), Shahrul Saad, Saarvindran, Irfan (C), Thamil, Adam, Kenny, Nazirul, Syahrul Azwari, Hazwan, Ariff Farhan

Harimau Muda Subs: Mohd Farhan, Nashriq, Syazuan Hazani, Mohd Raphi, Nurridzuan, Mohd Firdaus.

Ulasan perlawanan:

- MASA TAMAT: Harimau Muda 1-0 Thailand B21. Malaysia mara ke FINAL Piala Newspaper buat pertama kalinya. TAHNIAH!!


KEPUTUSAN MALAYSIA B21 VS THAILAND B21 
19 OKTOBER 2012
MALAYSIA B21
 FT
THAILAND B21
1
VS
0
Goal By:
- Syahrul Azwari 53'
Goal By:
-


*Perlawanan tamat

Video Jaringan Syahrul Azwari




9 Gambar Dan Video Banglo Runtuh Di Shah Alam

9 Gambar Dan Video Banglo Runtuh Di Shah Alam | Berikut adalah beberapa keping gambar dan video berkaitan dengan kes sebuah banglo yang sedang dalam ubah suai secara tiba-tiba runtuh di Shah Alam semalam. 

9 Gambar Dan Video Banglo Runtuh Di Shah Alam

Dalam kejadian tersebut seorang mangsa terbunuh manakala lima lagi cedera termasuk seorang parah akibat terputus kakinya. Kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian tersebut, Pengerusi SPR antara saksi terawal yang melihat kejadian dan menghubungi pasukan penyelamat.

9 Gambar Dan Video Banglo Runtuh Di Shah Alam

9 Gambar Dan Video Banglo Runtuh Di Shah Alam

9 Gambar Dan Video Banglo Runtuh Di Shah Alam

9 Gambar Dan Video Banglo Runtuh Di Shah Alam

9 Gambar Dan Video Banglo Runtuh Di Shah Alam

9 Gambar Dan Video Banglo Runtuh Di Shah Alam

9 Gambar Dan Video Banglo Runtuh Di Shah Alam




Sumber: forblogger

Video Gol Malaysia vs Hong Kong 16 Oktober 2012

on 16 October 2012

Video Gol Malaysia vs Hong Kong 16 Oktober 2012 | Perlawanan persahabatan antarabangsa, Malaysia vs Hong Kong yang berlangsung di Siu Sai Wan Sports Ground, Chai Wan, Hong Kong. Di sini kami berkongsi video gol malaysia vs Hong Kong 16 oktober 2012.

Video Gol Malaysia vs Hong Kong 16 Oktober 2012

Malaysia berjaya mengalahkan Hong Kong dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan keputusan 3 - 0. Gol Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali, Safiq Rahim dan Fakri Saarani. Saksikan video gol Malaysia vs Hong Kong 16 oktober 2012 di bawah:




Video Persembahan Wonder Girls Pakai Baju Kurung

Video Persembahan Wonder Girls Pakai Baju Kurung

Video Persembahan Wonder Girls Pakai Baju Kurung | Sebelum ini admin ada berkongsikan gambar Wonder Girls membuat kejutan kepada semua peminat yang hadir pada persembahan Konsert Wonder World Tour in Malaysia dengan memakai baju tradisional melayu baju kurung yang berlangsung pada 13 Oktober 2012 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Video Persembahan Wonder Girls Pakai Baju Kurung

Jadi hari ini admin nak kongsikan satu video persembahan mereka ketika memakai baju kurung dengan membawa lagu popular mereka berjudul Be My Baby. Jom tonton....

Video Gol Kelantan vs Selangor Separuh Akhir Kedua 12 Oktober 2012

on 12 October 2012

Video Gol Kelantan vs Selangor Separuh Akhir Kedua 12 Oktober 2012 | The Red Worrior berjaya mara ke peringkat Akhir Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Red Giant (Selangor) dengan jaringan 2-0 dalam saingan separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam.

Video Gol Kelantan vs Selangor Separuh Akhir Kedua 12 Oktober 2012

Ini telah membawa Kelantan ke final Piala Malaysia 2012 dengan aggregat 3-0 dan bakal bertemu pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas B.Sathianathan membawa skuad ATM itu ke final Piala Malaysia buat kali pertama selepas 46 tahun.

Ikuti sorotan jaringan gol perlawanan Mohammad Ghaddar dan Badri Radzi (Piya) di bawah:

Video Jaringan Mohammad Ghaddar


Video Jaringan Badri Radzi


Sumber video: enciknakal

(Video) Siri Episode Terakhir Kartun Doraemon Yang Menyedihkan

on 6 October 2012

(Video) Siri Episode Terakhir Kartun Doraemon Yang Menyedihkan | Sebagai orang yang meminati rancangan siri animasi Doraemon, pernahkah kita terfikir adakah Doraemon masih wujud di penghujung episode terakhir siri animasi ini? Jom tonton video ini..


Kebiasaannya kita hanya menonton siri animasi doraemon di televisyen dengan pelbagai kisah menarik. Tambahan pula, siri kartun ini turut didatangkan dengan komik yang telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Namun pernahkah kita terfikir bagaimanakah siri episod akhir yang mana Doraemon telah meninggalkan Nobita buat selama-lamanya. Boleh tonton video di atas.

(Video) Siri Episode Terakhir Kartun Doraemon Yang Menyedihkan

Doraemon adalah sebuah manga Jepun popular yang ditulis oleh Fujiko F. Fujio (nama asal Hiroshi Fujimoto) semenjak tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot yang berbentuk seekor kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon.

Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan – yang bakal terjadi di masa depan – yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita.

Cerita Doraemon julung kalinya muncul pada Januari 1970 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tent?mush (ladybird/kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.

Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah. Setiap Hari Sabtu akan terpacak di depan TV.

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved