Showing posts with label Olimpik. Show all posts
Showing posts with label Olimpik. Show all posts

Keputusan Bola Sepak Akhir Olimpik London 2012 | Brazil vs Mexico

on 11 August 2012

Keputusan Penuh Bola Sepak Akhir Olimpik London 2012 - Brazil vs Mexico | Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan Akhir Bola Sepak London 11 Ogos 2012. Sebelum itu perlawanan penentuan pingat gangsa dimenangi oleh pasukan Korea Selatan selepas mengalahkan Jepun 2-0 di Stadium Millenium.

Keputusan Bola Sepak Akhir Olimpik London 2012 | Brazil vs Mexico

Keputusan Terkini Perlawanan Bola Sepak Akhir olimpik London 2012


BRAZIL [1] vs [2] MEXICO

[Status perlawanan : FT]

[Keputusan akan diupdate dari semasa ke semasa]

Keputusan Penuh Perlawanan Penentuan Pingat Gangsa Bola Sepak Olimpik London 2012

KOREA SELATAN [2] vs [0] JAPAN

Pandelela Rinong Kutip Gangsa, Pingat Kedua Malaysia

on 10 August 2012

Pandelela Rinong Kutip Gangsa, Pingat Kedua Malaysia

Pandelela Rinong Kutip Gangsa, Pingat Kedua Malaysia | Atlet penerjun wanita Malaysia Pandelela Rinong berjaya memperolehi pingat gangsa selepas menduduki tempat ketiga dalam acara final 10m Platform Wanita Individu (Women’s 10m Platform) pada Sukan Olimpik 2012 di London. Pingat emas untuk Chen Roulin peserta dari China dan perak Brittany Broben peserta dari Australia.

Walaupun ketinggalan pada terjunan ketiga berada pada kedudukan ke-10 tetapi Pandelela Rinong anak kelahiran Sarawak berjaya bangkit pada 2 terjunan terakhir mengumpul mata keseluruhan 359.20 sekaligus mencipta sejarah atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat di Sukan Olimpik. Seorang lagi penerjun negara iaitu Bryan Nickson Lomas akan beraksi dalam acara 10m Platform Individu Lelaki pada hari Sabtu 11 Ogos 2012 bermula pukul 2.00 pagi waktu Malaysia.

Pandelela Rinong Kutip Gangsa, Pingat Kedua Malaysia

Ini menjadikan pingat yang kedua untuk kontinjen Malaysia selepas Datuk Lee Chong Wei memperolehi pingat perak dalam acara badminton perseorangan lelaki.

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Olimpik London Separuh Akhir

on 7 August 2012

Keputusan Penuh Perlawanan Bola Sepak Olimpik London - Separuh Akhir | Berikut merupakan Keputusan Penuh Perlawanan Separuh Akhir Bola Sepak Olimpik London 2012 yang berlangsung di stadium Wembley dan Old Trafford. Jadual perlawanan adalah berdasarkan waktu Malaysia. Jangan lupa teruskan bersama kami untuk info dan keputusan semasa dan terkini bola sepak Olimpik London yang dah masuk ke peringkat Separuh Akhir.


Keputusan Penuh Perlawanan Bola Sepak Olimpik London Separuh Akhir






Keputusan Penuh Perlawanan Bola Sepak Olimpik London Separuh Akhir


JAPAN [1] vs [3] MEXICO 
[Fulltime]

BRAZIL [3] vs [0] KOREA SELATAN
[Fulltime]


[Jadual Akhir Bola Sepak Olimpik London 2012]


Jadual Perlawanan Penentuan Pingat Gangsa Bola Sepak Olimpik London 2012

KOREA SELATAN [-] vs [-] JAPAN
[11 Ogos 2012 - 2.45 pagi - St. James Park]

Jadual Perlawanan Akhir Bola Sepak Olimpik London 2012

BRAZIL [-] vs [-] MEXICO
[11 Ogos 2012 - 10 malam - Wembley]

1,000 Menanti Kepulangan Dato' Lee Chong Wei Di KLIA

1,000 Menanti Kepulangan Dato' Lee Chong Wei Di KLIA | Meskipun gagal dalam misi membawa pulang Ems pertama negara di temasya Sukan Olimpik London, Lee Chong Wei tetap dianggap sebagai wira dan menerima pujian dan sokongan rakyat Malaysia.


1,000 Menanti Kepulangan Dato' Lee Chong Wei Di KLIA
Antara sebahagian daripada peminat yang menanti
kepulangan Dato' Lee Chong Wei di KLIA 
Lebih kurang 1,000 peminat setia menanti kepulangan pemain perseorangan negara, Dato' Lee Chong Wei, yang mengutip pingat Perak kedua dalam Sukan Olimpik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pagi tadi.

Rata-rata peminat yang turut serta adalah daripada pelbagai bangsa yang tidak sabar menanti ketibaan wira negara itu. Mereka menanti sejak dari pukul 6.30 pagi lagi di balai ketibaan KLIA.

Antara komen Camiella, 29, salah seorang peminat beliau (Lee Chong Wei):
"Saya tiba dari pagi lagi semata-mata mahu sambut Chong Wei. Saya ingin ucapkan terima kasih kepadanya kerana telah mengharumkan nama negara. Bagi saya, Chong Wei seorang pemain yang patut dibanggakan. Diala wira negara,"
Pada Ahad lepas, Chong Wei, yang turun sebagai pilihan utama kejohanan, membawa pulang perak setelah tewas 21-15, 10-21, 19-21 kepada jaguh China Lin Dan pada perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di Arena Wembley, London semalam. 

Keputusan itu mengulangi pencapaian di Beijing empat tahun lepas apabila beliau turut kecundang pada lawan yang sama.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut beliau diberi sambutan wira oleh peminatnya yang mengibarkan bendera dan melaungkan kata-kata sokongan setibanya di tanah air.

Ruang balai ketibaan KLIA dipenuhi peminat dan penyokong yang tiba seawal 6 pagi dengan membawa sepanduk dan poster antaranya tertera 'LCW - National Hero' dan 'We Love You LCW'.

Semasa menantikan ketibaan Chong Wei, mereka turut menyanyikan beberapa lagu patriotik seperti 'Negaraku' dan 'Barisan Kita' secara beramai-ramai.

Suasana di balai ketibaan itu riuh apabila berita pesawat Malaysia Airlines MH02 yang membawa Chong Wei dari London dilapor mendarat pada kira-kira 7.30 pagi, dengan peminat mula melaung-laungkan nama beliau berulang kali.

Sebaik sahaja Chong Wei melangkah ke balai ketibaan sejam kemudian, para peminat dan penyokong melaungkan slogan 'Malaysia Boleh' dan menyanyikan lagu 'Negaraku' dan 'Barisan Kita' serta melaungkan nama pemain badminton negara itu.

Chong Wei turut bertemu dengan kumpulan media di balai ketibaan sambil mengalungkan pingat perak Olimpik yang dimenanginya untuk sesi bergambar media disambut sorakan gembira peminat.

Meskipun gagal dalam misi membawa pulang emas pertama negara di temasya Olimpik London namun rakyat Malaysia rata-ratanya tidak menyalahkan atlet itu atas kekalahannya sebaliknya menganggap beliau telah melakukan yang terbaik.

Antara kata-kata Lee Chong Wei:
"Saya ucap terima kasih kepada penyokong yang ada di sini hari ini. Saya memang terkejut dan tidak sangka ada penyokong yang tunggu di sini (KLIA). Mungkin lebih ramai pada 2008 (Sukan Olimpik Beijing), memang kecewa sebab sedikit lagi untuk dapat pingat emas. Apapun saya telah buat yang terbaik dengan dua minggu sahaja persediaan untuk ke Olimpik kali ini,"
Terdahulu, ketibaan Chong Wei dan beregu lelaki, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong disambut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim. (Sumber)

Lee Chong Wei Tewas, Gagal Dalam Misi Kutip Emas

on 5 August 2012

Lee Chong Wei Tewas, Gagal Dalam Misi Kutip Emas | Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tumpas kepada musuh tradisinya, Lin Dan pada perlawanan akhir badminton Olimpik London 2012.

Lee Chong Wei Tewas, Gagal Dalam Misi Kutip Emas

Nampaknya nasib tidak menyebelahi Malaysia untuk sukan badminton ketegori perseorangan lelaki setelah Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan dalam tiga set.

Datuk Lee Chong Wei menang set pertama pertemuan akhir Sukan Olimpik 2012 London. Chong Wei menamatkan set pertama, yang menyaksikan pertemuan ulangan dengan Lin Dan dan yang ke-30 antara dua jaguh ini, 21-15 dalam 26 minit.

Beliau beraksi pada Sukan Olimpik 2012 London sebagai pilihan pertama dan membawa harapan negara untuk membawa emas. Bagaimanapun beliau kalah dalam set kedua 10-21 dalam 20 minit.

Lin Dan Juara Badminton Olimpik London
Lin Dan dari China meraihkan kemenangan merangkul Emas Perseorangan Lelaki
selepas  mengalahkan Lee Chong Wei dalam tiga set.

Chong Wei yang bermain dengan tungkus-lumus gagal sekali lagi di tangan Lin Dan 21-19 dalam set yang ketiga dan terakhir.

Walaubagaimanapun, kesungguhan dan usaha Datuk Lee Chong Wei patut dipuji kerana beliau telah mempamerkan satu permainan yang menarik dan di tahap tertinggi.

Pastinya Datuk Lee Chong Wei kecewa dengan kekalahan tersebut kerana beliau berpendapat perlawanan tersebut adalah perlawanan terakhirnya sebelum bersara.

Jadual Aksi Atlet Malaysia (5 Ogos 2012) Sukan Olimpik London 2012


Jadual Aksi Atlet Malaysia (5 Ogos 2012) Sukan Olimpik London 2012 | Berikut ialah jadual acara hari kesembilan Sukan Olimpik ke-30 membabitkan atlit Malaysia hari ini: 

Olimpik London 2012


BADMINTON 

Perseorangan Lelaki: (Akhir) 
Datuk Lee Chong Wei (MAS) lwn Lin Dan (CHN) - (1 tengah hari waktu London, 8 malam waktu Malaysia)

Beregu lelaki: (Gangsa) 
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS) lwn Chung Jae Sung/Lee Yong Dae (KOR) - (9 pagi waktu London, 4 petang waktu Malaysia)

OLAHRAGA

Lari Berpagar wanita 400m - Pusingan Pertama 
Noraseela Khalid - (7 malam waktu London, 2 pagi waktu Malaysia

Lompat Tinggi Lelaki (Kelayakan) 
Lee Hup Wei - (7 malam waktu London, 2 pagi waktu Malaysia)

Jadual Akhir Badminton Olimpik London 2012

on 4 August 2012

Jadual Akhir Badminton Olimpik London 2012 | Nampaknya kilauan Emas yang dinanti-nantikan tidak lama lagi menjelma setelah Datuk Lee Chong Wei berjaya menempah tempat ke final menentang Lin Dan pada ahad ini. Sementara pasangan beregu negara kita iaitu Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong terkandas di pusingan separuh akhir di tangan pasangan dari China iaitu Cai Yun/Fu Hai Feng 21-9, 21-19. Sama-sama kita doakan kejayaan Lee Chong Wei dalam memburu pingat Emas pertama negara. Berikut merupakan Jadual akhir Badminton Sukan Olimpik London 2012.

Jadual Akhir Badminton Olimpik London 2012

Keputusan Akhir Badminton Olimpik London 2012


Final Perseorangan Lelaki (5 Ogos 2012)

Lee Chong Wei (MAS) Perak vs Lin Dan (CHN) Emas
[21 - 15 | 10 - 21 | 19 - 21]

Cheng Long (CHN) Gangsa vs Lee Hyun Il (KOR)
[21 - 12 | 15 - 21 | 21 - 15]

Final Perseorangan Wanita

Wang Yihan (CHN) Perak vs Xuerui LI (CHN) Emas
[15 - 21 | 23 - 21 | 17 - 21]

Saina Nehwal (IND) Gangsa vs Wang Xin (CHN)
[18 - 21 | 0 - 1(Retired)]

Final Beregu Lelaki (5 Ogos 2012)

Cai Yun/Fu Hai Feng (CHN) Emas vs Boe M/Mogensen C (DEN) Perak
[21 - 16 | 21 - 15]

Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong (MAS) vs Chung JS/Lee YD (KOR) Gangsa
[ 21 - 23 | 10 - 21]

Final Beregu Wanita

Tian Q/Zhao Y L (CHN) Emas vs Fujii M/Kakiiwa R (JPN) Perak
[21 - 10 | 25 - 23]

Sorokina V/Vislova N (RUS) Gangsa vs Bruce A/Li M (CAN)
[21 - 9 | 21 - 10]

Final Beregu Campuran

Zhang N/Zhao Y L (CHN) Emas vs Xu C/Ma J (CHN) Perak
[21 - 11 | 21 - 17]

Fischer J/Pedersen C (DEN) Gangsa vs Ahmad T/Natsir L (INA)
[21 - 12 | 21 - 12]


*Masa Perlawanan Adalah Waktu Malaysia

*Keputusan perlawanan akan diupdate di sini

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Olimpik London 4 dan 5 Ogos 2012 | Suku Akhir

Keputusan Penuh Perlawanan Bola Sepak Olimpik London 4 dan 5 Ogos 2012 - Suku Akhir | Berikut merupakan Keputusan Penuh Perlawanan Suku Akhir Bola Sepak Olimpik London 2012 yang berlangsung di stadium-stadium terpilih. Jadual perlawanan adalah berdasarkan waktu Malaysia. Jangan lupa teruskan bersama kami untuk info dan keputusan semasa dan terkini bola sepak Olimpik London yang dah masuk ke peringkat Suku Akhir.

Keputusan Perlawaanan Bola Sepak Olimpik London 4 dan 5 Ogos 2012 | Suku Akhir




Keputusan Penuh Perlawanan Bola Sepak Olimpik London | Suku Akhir


4 Ogos 2012

JAPAN [3] vs [0] EGYPT | FT

MEXICO [4] vs [2] SENEGAL | AET

5 Ogos 2012

BRAZIL [3] vs [2] HONDURAS | FT

GREAT BRITAIN [1] vs [1] KOREA SELATAN | FT
(Korea Layak Ke Separuh Akhir, Menang Penalti 4-5)


Separuh Akhir

JAPAN [-] vs [-] MEXICO | 8 Ogos 2012 - 12.00 t/malam

BRAZIL [-] vs [-] KOREA | 8 Ogos 2012 - 2.45 pagi

Jadual Aksi Atlet Malaysia (4 Ogos 2012) Sukan Olimpik London 2012

Jadual Aksi Atlet Malaysia (4 Ogos 2012) Sukan Olimpik London 2012 | Berikut adalah jadual atlet Malaysia pada hari kelapan Sukan Olimpik London 2012. Negara masih lagi menunggu kilauan pingat pertama dan sehingga sekarang masih tidak kesampaian. Nampaknya bakal kilauan pingat kita bakal terjawab, sama ada Emas ataupun Perak semua itu bergantung kepada keupayaan Datuk Lee Chong Wei. Marilah sama-sama kita menyokong beliau dalam menggalas tugas ini. Malaysia Boleh !!!

Jadual Aksi Atlet Malaysia (4 Ogos 2012) Sukan Olimpik London 2012

BADMINTON

Beregu Lelaki: Separuh Akhir
  • Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong (MAS) vs Cai Yun/Fu Hai Feng (CHN) - (9 pagi waktu London, 4 petang waktu Malaysia)

BASIKAL - TRACK

Lelaki: Sprint - Kelayakan ke Final
  • Mohd Azizulhasni Awang (MAS) - (10 pagi waktu London, 5 petang waktu Malaysia)

KAPAL LAYAR

Lelaki: Laser Lelaki
  • Khairulnizam Mohd Afendy | Race 9 - (12.00 tengah hari waktu London, 7.00 malam waktu Malaysia)
  • Khairulnizam Mohd Afendy | Race 10 - (1.30 petang waktu London, 8.30 malam waktu Malaysia)

TERJUN

Wanita: 3m Papan Anjal - Separuh Akhir
  • Cheong Jun Hoong - (2.30 petang waktu London, 9.30 malam waktu Malaysia)

Lee Chong Wei Layak Ke Final Badminton Olimpik London 2012

on 3 August 2012

Lee Chong Wei Layak Ke Final Badminton Olimpik London 2012 | Datuk Lee Chong Wei, jaguh badminton negara yang juga merupakan pemain nombor dua dunia layak ke final badmnton olimpik London 2012 setelah menewaskan Chen Long dari China 21-12, 21-14.

Lee Chong Wei Layak Ke Final Badminton Olimpik London

Harapan untuk memperoleh ganjaran lumayan yang berupa jongkong emas seberat 12.5kg yang bernilai lebih dari RM2 juta bakal tercapai jika Datuk Lee Chong Wei dapat mengalahkan lawannya di final badminton Olimpik London 2012.

Jongkong Emas

Baru sahaja tadi, Datuk Lee Chong Wei telah menewaskan lawannya dari China iaitu Chen Long, rakan senegara musuh tradisinya, Lin Dan. Beliau menang kedua-dua perlawanan dengan mata 21-12 dan 21-14. Beliau bakal berhadapan dengan pemenang perlawanan separuh akhir kedua iaitu Lin Dan yang juga merupakan musuh tradisinya. Lin Dan berjaya menundukkan Lee Hyun Il  dalam kedua-dua perlawanan 21-12 dan 21-10.

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei diatas kejayaan beliau menempa nama ke final sukan Olimpik London 2012. Semoga Lee Chong Wei dapat membalas kekecewaan beliau sebelum ini setelah gagal di arena Piala Thomas dan All England. - Lee Chong Wei Layak Ke Final Olimpik


Jadual aksi Atlet Malaysia (3 Ogos 2012) Suka Olimpik London 2012

Jadual Aksi Atlet Malaysia (3 Ogos 2012) Sukan Olimpik London 2012 | Berikut adalah jadual atlet Malaysia pada hari ketujuh Sukan Olimpik London 2012. Negara masih lagi menunggu kilauan pingat pertama dan sehingga sekarang masih tidak kesampaian.

Jadual aksi Atlet Malaysia (3 Ogos 2012) Suka Olimpik London 2012

BADMINTON

Individu Lelaki: Separuh Akhir
  • Lee chong wei (MAS) vs Cheng Long (CHN) - (1.30 tengah hari waktu London, 8.30 malam waktu Malaysia)

BASIKAL - TRACK

Wanita Keirin: 
  • Fatehah Mustapa - Pusingan pertama - (4.05 petang waktu London, 10.05 malam waktu Malaysia)

KAPAL LAYAR

Lelaki: Laser lelaki
  • Khairulnizam Mohd Afendy | Race 7 - (12.00 tengah hari waktu London, 7.00 malam waktu Malaysia)
  • Khairulnizam Mohd Afendy | Race 8 - (1.40 petang waktu London, 8.40 malam waktu Malaysia)

MEMANAH

Individu Lelaki: Penyingkiran
  • Khairul Anuar Mohamad - (9 pagi waktu London, 4 petang waktu Malaysia)

TERJUN

Wanita: 3m Papan anjal wanita
  • Cheong Jun Hoong - (2.30 petang waktu London, 9.30 malam waktu Malaysia)
  • Ng Yan Yee - (2.30 petang waktu London, 9.30 malam waktu Malaysia)

Jadual Separuh Akhir Badminton Olimpik London 2012


Jadual Separuh Akhir Badminton Olimpik London 2012


Jadual Separuh Akhir Badminton Olimpik London 2012 | Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu negara Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong berjaya mara ke separuh akhir selepas menundukkan lawan masing-masing di pusingan suku akhir kelmarin. Lee Chong Wei mara setelah mengalahkan pemain India Kashyap Parupalli dalam saingan suku akhir di Arena Wembley dalam masa 44 minit untuk melakar kemenangan 21-19, 21-11. Berikut merupakan Jadual separuh akhir Badminton Sukan Olimpik London 2012.

Jadual Separuh Akhir Badminton Olimpik London 2012


Separuh Akhir Perseorangan Lelaki

Lee Chong Wei (MAS) vs Cheng Long (CHN)
[21 - 13 | 21 - 14]

Lee Hyun ll (KOR) vs Lin Dan (CHN)
[12 - 21 | 10 - 21]

Separuh akhir Perseorangan Wanita

Yihan WANG (CHN) vs Saina NEHWAL (IND)
[21 - 13 | 21 - 13]

Xuerui LI (CHN) vs Xin WANG (CHN)
[22 - 20 | 21 - 18]

Separuh Akhir Beregu Lelaki

Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong (MAS) vs Cai Yun/Fu Hai Feng (CHN)
[9 - 21 | 19 - 21]

Boe M/Mogensen C (DEN) vs Chung JS/Lee YD (KOR)
[17 - 21 | 21 - 18 | 22 - 20 ]

Final Beregu Wanita

Tian Q/Zhao Y L (CHN) vs Fujii M/Kakiiwa R (JPN) | Penentuan Pingat Emas

Sorokina V/Vislova N (RUS) vs Bruce A/Li M (CAN) | Penentuan Pingat Gangsa

Final Beregu Campuran

Zhang N/Zhao Y L (CHN) Emas vs Xu C/Ma J (CHN) Perak
[21 - 11 | 21 - 17]

Fischer J/Pedersen C (DEN) Gangsa vs Ahmad T/Natsir L (INA)
[21 - 12 | 21 - 12]

*Masa Perlawanan Adalah Waktu Malaysia
*Beberapa perlawanan belum update masa perlawanan

Kontroversi Badminton Olimpik London 2012 - 4 Beregu Wanita Disingkirkan BWF

on 2 August 2012

Kontroversi Badminton Olimpik London 2012 - 4 Beregu Wanita Disingkirkan BWF

Empat Beregu Wanita Disingkirkan | Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah membuat keputusan menyingkirkan lapan pemain wanita daripada beraksi pada Sukan Olimpik 2012. Empat pasangan beregu itu masing-masing satu dari China dan Indonesia serta dua dari Korea Selatan telah dibatalkan penyertaan mereka serta-merta setelah didakwa terlibat dengan skandal mengatur perlawanan.

“Satu perbicaraan telah diadakan dan kami telah mencapai persetujuan untuk menyingkirkan kesemua lapan pemain badminton terbabit daripada Sukan Olimpik. Lapan pemain wanita itu didakwa kerana bermain sambil lewa serta dengan sengaja tidak mahu memenangi perlawanan sehingga mendatangkan pandangan negatif orang ramai terhadap sukan badminton,” kata jurucakap BWF semalam.

Antara aksi yang mendapat cemuhan peminat di Arena Wembley kelmarin ialah perlawanan antara beregu No. 1 dunia dari China, Yu Yang/Wang Xiaoli dan gandingan bukan pilihan dari Korea Selatan, Jung Kyung-eun/Kim Ha-na. Yu Yang/Xiaoli dilihat sengaja ‘menghadiahkan’ kemenangan kepada lawan mereka dari Korea Selatan itu sehingga menyebabkan mereka terus disiasat oleh BWF sejurus selepas tamat perlawanan. Dengan kekalahan itu, Yu Yang/ Xiaoli dapat mengelak daripada menentang rakan senegara mereka, Tian Qing dan Zhao Yunlei pada peringkat suku akhir.

Selain kedua-dua beregu tersebut, dua lagi beregu yang turut menerima hukuman yang sama ialah gandingan Ha Jung-eun/Kim Min-jung dari Korea Selatan dan Meiliana Jauhari/Greysia Polii (Indonesia).

“Kami sudah layak, jadi mengapa perlu membazirkan tenaga? Ia tidak perlu untuk bekerja keras lagi kerana sudah layak ke pusingan kalah mati,” kata Yu Yang.

Jurulatih Korea Selatan, Sung Han-kook pula berkata, gandingan China itu tidak mempunyai semangat kesukanan. Beliau menyifatkan pemain berkenaan beraksi tanpa semangat kesukanan. Skuad badminton Indonesia akan mengemukakan rayuan berhubung hukuman tersebut. Mereka berharap untuk kesalahan kali pertama wajar diberikan amaran sahaja. (Sumber Kosmo Online) Kredit kepada ammboi.com.

Jadual Aksi Atlet Malaysia (2 Ogos 2012) Sukan Olimpik London 2012

Jadual Aksi Atlet Malaysia (2 Ogos 2012) Sukan Olimpik London 2012 | Berikut adalah jadual atlet Malaysia pada hari keenam Sukan Olimpik London 2012. Negara masih lagi menunggu kilauan pingat pertama dan sehingga sekarang masih tidak kesampaian. Hari ini bakal menyaksikan Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong akan turun beraksi. Semoga mereka berjaya untuk mara ke pusingan seterusnya. 

Jadual Aksi Atlet Malaysia (2 Ogos 2012) Sukan Olimpik London 2012

BADMINTON

Individu lelaki: Suku akhir
  • Lee Chong Wei (MAS) mln Kashyap Parupalli (IND) - (5 petang waktu London, 12 pagi waktu Malaysia)
Beregu lelaki: Suku akhir
  • Isara Bodin/Jongit Maneepong (THA) mln Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong (MAS) - (9 pagi waktu London, 4 petang waktu Malaysia)

RENANG

Wanita: 800m gaya bebas - Saringan
  • Khoo Cai Lin - (10.30 pagi waktu London, 5.30 petang waktu Malaysia)

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Olimpik London 1 dan 2 Ogos 2012 | Peringkat Kumpulan

on 1 August 2012


Keputusan Penuh Perlawanan Bola Sepak Olimpik London 1 dan 2 Ogos 2012 | Peringkat Kumpulan | Berikut merupakan keputusan penuh pusingan ketiga perlawanan bola sepak Olimpik London 2012 bagi peringkat kumpulan.  Seperti yang sedia maklum perlawanan bola sepak Olimpik London 2012 bermla dari 25/7/2012 sehingga 11/8/2012. Jadual perlawanan adalah waktu Malaysia. Jangan lupa teruskan bersama kami untuk info dan keputusan perlawanan terkini dan penuh bola sepak.

Keputusan Perlawanan Bola Sepak Olimpik London 1 dan 2 Ogos 2012 | Peringkat Kumpulan


Keputusan Penuh Perlawanan Bola Sepak Olimpik London | Peringkat Kumpulan


1 Ogos 2012

BRAZIL [3] vs [0] NEW ZEALAND |  FT

EGYPT [3] vs [1] BELARUS | FT

2 Ogos 2012

MEXICO [1] vs [0] SWITZERLAND | FT

KOREA SELATAN [0] vs [0] GABON | FT

JAPAN [0] vs [0] HONDURAS | FT

SPAIN [0] vs [0] MOROCCO | FT

SENEGAL [1] vs [1] UA EMIRATES | FT

GREAT BRITAIN [1] vs [0] URUGUAY | FT

Jadual Aksi Atlet Malaysia (1 Ogos 2012) Sukan Olimpik London 2012

Jadual Aksi Atlet Malaysia (Rabu, 1 Ogos 2012) Sukan Olimpik London 2012 | Berikut adalah jadual atlet Malaysia pada sukan Olimpik London 2012 hari ini, Rabu, 1 ogos 2012.

Jadual Aksi Atlet Malaysia (1 Ogos 2012) Sukan Olimpik London 2012

KAPAL LAYAR

Lelaki: Laser lelaki
  • Khairulnizam Mohd Afendy | Race 5 - (12.10 tengah hari waktu London, 7.10 malam waktu Malaysia)
  • *Khairulnizam Mohd Afendy | Race 6 - (2.40 petang waktu London, 9.40 malam waktu Malaysia)

BADMINTON

Perlawanan Kumpulan:
  • Individu lelaki: Lee Chong wei mln Simon Santoso | Round of 16 - (2.00 petang waktu London, 9.00 malam waktu Malaysia)

TERJUN

Lelaki: 3m papan anjal Seirama lelaki (akhir)
Bryan Nickson Lomas/Huang Qiang - (3 petang waktu London, 10 malam waktu Malaysia)

Jadual Aksi Atlet Malaysia (31 julai 2012) Sukan Olimpik London 2012

on 31 July 2012

Jadual Aksi Atlet Malaysia (Selasa, 31 julai 2012) Sukan Olimpik London 2012 | Berikut adalah jadual atlet Malaysia pada sukan Olimpik London 2012 hari ini, Selasa, 31 Julai 2012. 

Jadual Aksi Atlet Malaysia (31 julai 2012) Sukan Olimpik London 2012

BADMINTON

Perlawanan Kumpulan:
  • Beregu campuran: Chang Peng Soon/Goh Liu Ying mln Prapakamol S/Thoungthongkam S (THA) - (8.30 pagi waktu London, 3.30 petang waktu Malaysia)
  • Beregu Lelaki : Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong mln Chung Jae Sung/Lee Yong Dae - (1 Ogos 2012 | 6.30 petang waktu London, )

MEMANAH

Lelaki: Individu lelaki - 1/32 penyingkiran
  • Cheng Chu Sian mln Mohamad Khairul Anuar - (10.31 pagi waktu London, 5.31 petang waktu Malaysia)
Wanita: Individu wanita - 1/32 penyingkiran
  • Nurul Syafiqah Hashim mln Chia-En Lin (TPE) - (4.44 petang waktu London, 11.44 malam waktu Malaysia)

KAPAL LAYAR

Lelaki: Laser lelaki 
  • Khairulnizam Mohd Afendy | Race 3 - (2.00 petang waktu London, 9.00 malam waktu Malaysia)
  • Khairulnizam Mohd Afendy | Race 4 - (3.30 petang waktu London, 10.30 malam waktu Malaysia)

TERJUN

Wanita: 10m platform berirama (W) akhir
  • Pandelela Rinong Pamg/ Leong Mun Yee - (3.00 petang waktu London, 10.00 malam waktu Malaysia)

Konspirasi Olimpik London 2012 - Pokok Olimpik Pokok Yahudi

on 29 July 2012

Assalamualaikum dan salam 1Dunia....

Di sini saya nak kongsikan satu artikal dari rakan Facebook. Semoga ianya menjadi manfaat kepada kita.

Konspirasi Olimpik London - Pokok Olimpik Pokok Yahudi

Sungguh tak disangka, CMK sempat tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik semalam. Benar bagai dikata, agak kompius kenapa ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu.. ramai yang keluar .... Rupanya ada sahabat jumpa .. pokok tu lah pokok Yahudi.... Dan yang keluar tu mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham.. rupanya dah faham dah.. Banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi... Maka, faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadan yer... Berhati-hati dengan dakyah musuh-musuh Allah. Amin... Klik sini utk ketahui rahsia Olimpik London 2012 dgn Illumunati Persoalannya APA HUKUM Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersetuju supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa?..
 Saksikan video ini pula:


Apa pendapat korang tentang perkara ini ?

Sumber: Rakan facebook

Kedudukan Terkini Pingat Olimpik London 2012

Olimpik London 2012

Kedudukan Terkini Pingat Olimpik London 2012 | Berikut merupakan kedudukan terkini pingat Olimpik London 2012. Alhamdulilah, sekarang Malaysia dah pun menambah pingat iaitu Piangat Perak melalui Dato' Lee Chong Wei. Walaupun cuma Perak tapi kami tetap bangga dengan perjuangan Dato' Lee Chong Wei. Pandelela Rinong berjaya menambah satu lagi pingat buat Malaysia dalam acara 10m Terjun Wanita iaitu pingat Gangsa. Apa-apa penambahan pingat akan diupdate sehingga sukan Olimpik London 2012 tamat.


(Kedudukan pingat setakat jam 6.00 Pagi, 10 Ogos 2012 waktu malaysia)


Jadual Aksi Atlet Malaysia (29 Julai 2012) Sukan Olimpik London 2012

Jadual Aksi Atlet Malaysia (29 Julai 2012) Sukan Olimpik London 2012


Jadual Aksi Atlet Malaysia ( Ahad, 29 Julai 2012) Sukan Olimpik London 2012 | Berikut adalah jadual atlet Malaysia pada sukan Olimpik London 2012 Ahad, 29 julai 2012. Antara yang turun beraksi pada hari ini adalah salah satu sandaran emas kita iaitu beregu badminton lelaki, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong yang akan bermain pada jam 9.15 malam. Jadual atlet-atlet Malaysia yang lain adalah seperti di bawah. 

BADMINTON

Perlawanan Kumpulan:

  • Beregu Lelaki: Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mln Tony Gunawan/Howard Bach (USA) – (2.15 petang waktu London, 9.15 malam waktu Malaysia)
  • Beregu Campuran: Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mln Chen Xu/Jin Ma (CHN) – (7 malam waktu London, 2 pagi waktu Malaysia).

TERJUN

Wanita: 3m papan anjal seirama (Akhir)

  • Pandelela Rinong/Cheong Jun Hoong – (3 petang waktu London, 10 malam waktu Malaysia)

LAWAN PEDANG

Lelaki: Sabre Individu – Pusingan 64 hingga Akhir.

  • Yu Peang Kean mln Zeid Mannad (EGY) – (10.30 pagi waktu London, 5.30 petang waktu Malaysia).
 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved