Kontroversi Badminton Olimpik London 2012 - 4 Beregu Wanita Disingkirkan BWF

on 2 August 2012

Kontroversi Badminton Olimpik London 2012 - 4 Beregu Wanita Disingkirkan BWF

Empat Beregu Wanita Disingkirkan | Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah membuat keputusan menyingkirkan lapan pemain wanita daripada beraksi pada Sukan Olimpik 2012. Empat pasangan beregu itu masing-masing satu dari China dan Indonesia serta dua dari Korea Selatan telah dibatalkan penyertaan mereka serta-merta setelah didakwa terlibat dengan skandal mengatur perlawanan.

“Satu perbicaraan telah diadakan dan kami telah mencapai persetujuan untuk menyingkirkan kesemua lapan pemain badminton terbabit daripada Sukan Olimpik. Lapan pemain wanita itu didakwa kerana bermain sambil lewa serta dengan sengaja tidak mahu memenangi perlawanan sehingga mendatangkan pandangan negatif orang ramai terhadap sukan badminton,” kata jurucakap BWF semalam.

Antara aksi yang mendapat cemuhan peminat di Arena Wembley kelmarin ialah perlawanan antara beregu No. 1 dunia dari China, Yu Yang/Wang Xiaoli dan gandingan bukan pilihan dari Korea Selatan, Jung Kyung-eun/Kim Ha-na. Yu Yang/Xiaoli dilihat sengaja ‘menghadiahkan’ kemenangan kepada lawan mereka dari Korea Selatan itu sehingga menyebabkan mereka terus disiasat oleh BWF sejurus selepas tamat perlawanan. Dengan kekalahan itu, Yu Yang/ Xiaoli dapat mengelak daripada menentang rakan senegara mereka, Tian Qing dan Zhao Yunlei pada peringkat suku akhir.

Selain kedua-dua beregu tersebut, dua lagi beregu yang turut menerima hukuman yang sama ialah gandingan Ha Jung-eun/Kim Min-jung dari Korea Selatan dan Meiliana Jauhari/Greysia Polii (Indonesia).

“Kami sudah layak, jadi mengapa perlu membazirkan tenaga? Ia tidak perlu untuk bekerja keras lagi kerana sudah layak ke pusingan kalah mati,” kata Yu Yang.

Jurulatih Korea Selatan, Sung Han-kook pula berkata, gandingan China itu tidak mempunyai semangat kesukanan. Beliau menyifatkan pemain berkenaan beraksi tanpa semangat kesukanan. Skuad badminton Indonesia akan mengemukakan rayuan berhubung hukuman tersebut. Mereka berharap untuk kesalahan kali pertama wajar diberikan amaran sahaja. (Sumber Kosmo Online) Kredit kepada ammboi.com.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved