Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

11 Tips Penjagaan Cermin Mata

on 2 November 2012

11 Tips Penjagaan Cermin Mata | Cermin mata bukanlah sesuatu yang asing bagi kita semua. Tips penjagaan cermin mata perlu diketahui oleh semua pengguna cermin mata tidak kira pengguna baru ataupun lama. Dengan penjagaan yang baik, hayat cermin mata mampu bertahan lama. Jadi tidaklah asyik kena tukar cermin mata baru saja. Jom kita lihat sebelas tips penjagaan cermin mata yang betul.


  • Gunakan bekas kaca mata dengan saiz yang sesuai, iaitu dari segi panjang, tinggi dan lebar. Bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai. Sentiasa bungkus kaca mata dengan kain pembersih lensa sebelum memasukkan kaca mata ke dalam bekas agar lensa sentiasa dalam keadaan baik.
  • Bingkai, lensa, pad hidung dan benang nilon mungkin akan nampak sedikit buruk kerana sering digunakan. Dapatkan pemeriksaan pakar optikal sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memeriksa kaca mata anda bagi menentukan bahagian mana yang perlu diganti.
  • Kaca mata tidak berbingkai lebih mudah patah berbanding kaca mata berbingkai keluli. Jangan cuba memperbaiki kaca mata anda bagi mengelakkan kerosakan pada lensa atau bingkai.
  • Jangan sesekali mengubah bentuk, memperbaiki atau mengubah suai kaca mata anda. Ini akan merosakkan bingkai. Bingkai kaca mata yang tersalah kedudukan akan menyakitkan hidung dan telinga atau bingkai tiba-tiba terjatuh. Lensa juga mungkin akan jatuh daripada bingkai.
  • Jangan mengelap kaca mata semasa kering. Biasakan mencelup lensa ke dalam air bagi menghilangkan debu yang boleh menyebabkan lensa bercalar. Basuh bingkai dan lensa sekerap mungkin dengan sabun lembut dan air suam bagi menghilangkan minyak dan kotoran.
  • Jangan cuba membuka kaca mata anda dengan menggunakan sebelah tangan. Ini mungkin akan menyebabkan kaca mata menjadi longgar atau patah. Selalu gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa.
  • Pegang kaca mata dengan cermat semasa membersihkan lensa dengan memegang bingkainya. Gunakan tisu lensa atau kain yang sesuai agar lensa tidak rosak.
  • Jangan meletak kaca mata atas permukaan yang kasar kerana lensa mungkin akan tergesel atas permukaan dan menyebabkan ia tercalar.
  • Jangan biarkan kaca mata di dalam kereta dan terdedah pada cahaya matahari.
  • Jangan pakai kaca mata semasa di dalam sauna atau mandi wap.
  • Elakkan daripada udara panas seperti dekat dengan air panas yang sedang menggelegak.

Cara Mudah Mengupas Telur Rebus Dengan Pantas

on 31 October 2012

Cara Mudah Mengupas Telur Rebus Dengan Pantas | Mengupas telur rebus kini semudah a.b.c. , 1.2.3... Caranya memang cukup simple dan sangat cepat kerana sekali kupas dapat kupas beberapa telur sekaligus!

1. Buang air bekas rebusan telur

Cara Mudah Mengupas Telur Rebus Dengan Pantas

2. Ganti air rebusan tadi dengan air biasa/air paip (kulit telur akan lebih rapuh ketika dari panas secara tiba-tiba terkena air sejuk)

Cara Mudah Mengupas Telur Rebus Dengan Pantas

3. Tutup periuk yang berisi telur dan air paip tadi dengan penutup agar air tidak keluar, lalu goyangkan periuk itu kiri dan ke kanan atau depan belakang agar kulit telur retak dan tidak melekat pada telur.

Cara Mudah Mengupas Telur Rebus Dengan Pantas

4. Akhir sekali hanya tinggal memisahkan kulit telur dari telurnya

Cara Mudah Mengupas Telur Rebus Dengan Pantas

Kerja lebih pantas dan anda tidak perlu lagi terkial-kial mengopek kulit telur sehingga kadang-kadang isi telur pun turut terkopek sekali. Semoga dengan perkongsian ini dapatlah memberi manfaat kepada semua.

Sumber: Billyinfo

Cara Negara China Melatih Tenteranya Untuk Berhenti Merokok

on 28 October 2012

Cara Negara China Melatih Tenteranya Untuk Berhenti Merokok

Cara Negara China Melatih Tenteranya Untuk Berhenti Merokok | Tentera China mempunyai peraturan tegas yang melarang para tenteranya merokok. Apabila ada tentera yang ditangkap merokok, pihak atasan tentera dengan segera akan menghukum mereka yang bersalah dalam apa yang disebut sebagai ‘operasi berhenti merokok’.

Mau tahu bagaimana caranya? Check it out…

1. Tentera yang ditangkap merokok akan disuruh merokok, tetapi dengan kuantiti yang banyak; 5 hingga 7 batang rokok sekaligus untuk sekali hisap

Cara Negara China Melatih Tenteranya Untuk Berhenti Merokok

Cara Negara China Melatih Tenteranya Untuk Berhenti Merokok

2. Kemudiannya mereka akan disuruh merokok sambil melakukan sit up yang tentu sahaja akan menyakitkan paru-paru. Proses ini dilakukan sehingga semua rokok habis dihisap.

Cara Negara China Melatih Tenteranya Untuk Berhenti Merokok

3. Sesudah melalui 2 hukuman berat tersebut, mereka akan diberi minum secawan ‘air tembakau’ yang tidak ubah seperti “Teh Hangat”. Minuman ini wajib dihabiskan.

Cara Negara China Melatih Tenteranya Untuk Berhenti Merokok

Cara Negara China Melatih Tenteranya Untuk Berhenti Merokok

Cara-cara diatas kelihatan mudah sahaja, tetapi kalau anda merasakan ianya belum cukup ekstrim, apakata anda sendiri yang mencubanya. Barulah anda tahu betapa berkesannya cara berhenti merokok yang dipraktikkan oleh pihak tentera di China.

sumber: beritaunik.net

Jangan Kongsi 10 Perkara Ini Dalam Facebook

Jangan Kongsi 10 Perkara Ini Dalam Facebook | Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini.

Jangan Kongsi 10 Perkara Ini Dalam Facebook

Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial.

Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang.

Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti.

Kali ini penulis ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook anda.

1. Tarikh lahir anda.
  • Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank.

Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.

2. Nama ibu anda.
  • Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.

3. Alamat rumah anda.
  • Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”

4. Perjalanan jauh dari rumah.
  • Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
  • Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai.
  • Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.

7. Pengakuan atau kekecewaan.
  • Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.

8. Nombor telefon.
  • Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.

9. Mengira detik percutian anda.
  • Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10. Gambar di dalam rumah.
  • Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi.

Penulis hanya ingin berkongsi maklumat tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian penulis terhadap beberapa situasi yang pernah berlaku.

Sampaikan maklumat tersebut kepada rakan-rakan serta saudara mara anda supaya mereka lebih berwaspada dan tiada diantara mereka menjadi mangsa jenayah siber.

Jika anda mempunyai pengalaman atau pendapat, salurkan menerusi ruangan komen di bawah.

Oleh: HARITS ASYRAF

sumber: mynewshub.my

Tips Untuk Jimatkan Bateri Laptop

on 30 September 2012

Tips Untuk Jimatkan Bateri Laptop | Tips bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.

Tips Untuk Jimatkan Bateri LaptopJika anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.

Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?

Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.
  • Perlahankan volume atau mute volume jika perlu.
  • Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.
  • Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
  • Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
  • Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
  • Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
  • Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
  • Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
  • Jangan gunakan CD/DVD.
  • Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
  • Gunakan cooling pad.
  • Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.
Nota : Terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba. Tapi lebih baik tak payah cabut bateri laptop bila guna laptop dalam jangka masa yang panjang demi mengelakkan motherboard anda rosak. Lebih baik rosak bateri daripada motherboard... hahaha... betul tak?!

Sumber: Islamitusuci

Tips Cara Bezakan Ais Dari Air Masak Dan Air Mentah

on 28 September 2012

Tips Cara Bezakan Ais Dari Air Masak Dan Air Mentah | Boleh di katakan setiap hari kita minum air mesti dengan ais kan? Lebih-lebih lagi kalau kita makan di luar. Pernah ke kamu terfikir mereka buat ais ni dari air mentah atau air masak? Ni nak share cara nak bezakan ais dari air masak dan air mentah. Semoga tips ni bermanfaat untuk kita semua.

Tips Cara Bezakan Ais Dari Air Masak Dan Air Mentah

Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.

Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang di tengah-tengah.

Nota: harap info ini berguna kepada kita semua. Bukannya apa, seba kita nie tak pernah pun terfikir apa  yang kita makan dan minum dekat luar sana tu, main rembat saja masuk dalam mulut tu tanpa berfikir pun. harap lepas nie dapatlah bezakan ais  dari air masak atau ais dari air mentah.

Sumber: Lepak

Tips Menjadikan Mata Kelihatan Bersinar

on 20 September 2012

Tips Menjadikan Mata Kelihatan Bersinar | Dari mata turun ke hati, dek kerana mata yang cantik dan menawan kita boleh tergoda. ahaks... Beruntunglah kalau ada sesiapa yang mempunyai mata yang 'memikat' tak payahlah susah-susah nak 'petik jari' lepas nie sebabnya, sekali 'jeling' sepuluh yang datang tau.. ahaks..

Kita terus kepada maksud sebenar kita daripada aku nie terus merepek sampai tak habis-habis. Mata yang bersinar dan memikat jiwa sememangnya didambakan oleh kebanyakan wanita dan adakalanya lelaki. Namun untuk mendapatkan mata yang cantik menawan dan sentiasa mengekalkan kilauan pada mata memerlukan kos yang besar. Bagi sesiapa yang berkeinginan tapi kurang berkemampuan, bolehlah cuba petua tradisional yang lebih jimat tapi dikatakan mampu memberikan kesan yang hebat. Jom lihat apakah petua tersebut.

Tips Menjadikan Mata Kelihatan Bersinar

Caranya ialah ambil sekeping kapas bersih dan rendamkan ke dalam bancuhan air teh yang pekat dan sejuk.

Sandarkan sedikit kepala ke belakang atau kalau nak berbaring terus pun boleh juga, pejamkan mata dan tempekkan kapas tu pada mata.

Pastikan kapas yang dicelup atau direndam tu tidak terlalu basah sehingga airnya boleh meleleh ke dalam mata. Dan pastikan mata tu dipejam rapat agar air teh tak mengalir masuk. Takut-takut nanti tak pasal-pasal ‘merah’ dan bengkak pula mata tu.

Jangan pula lupa untuk tempek dekat kedua-dua belah. Kalau buat sebelah jer, nanti sebelah mata jer lah yang bersinar. Cuba amalkan petua nie 2-3 kali setiap minggu. Jika rajin diamalkan insyaAllah, pasti akan melihat perubahannya.

Sebenarnya ini adalah cara tradisional yang semula jadi. Berbanding dengan cara yang lain, ada yang menggunakan contact lens sebagai daya tarikan. Namun jangan disalah gunakan, kerana ia juga boleh mendatangkan fitnah kepada si pemakai sekiranya seorang wanita. Betulkan niat sekiranya ingin kelihatan cantik.

Wajib Flos Setiap Hari

on 16 May 2012

Wajib Flos Setiap Hari
Membanteras plak adalah proses sepanjang hayat dalam penjagaan mulut sempurna.
TAHUKAH anda 54 peratus rakyat Malaysia tidak tahu apakah itu plak dan majoriti (sehingga 95 peratus) tidak menyangka plak adalah punca utama masalah gigi? Jadi, apakah plak?

Plak adalah selaput melekit tidak berwarna dan dihasilkan bakteria yang sentiasa terbentuk pada permukaan gigi. Air liur, makanan dan cecair bergabung menghasilkan selaput ini yang melekat pada gigi serta di antara permukaan gigi dan gusi.

Pembentukan plak boleh menyebabkan gigi kotor dan juga faktor utama penyakit gusi.

Membanteras plak adalah proses sepanjang hayat dalam penjagaan mulut sempurna. Plak juga mampu menyebabkan kaviti yang akan melemahkan gigi.

Plak mampu terbentuk pada gigi empat hingga 12 jam selepas memberus.

Justeru penting untuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan menggunakan flos setiap hari. Memberus gigi sahaja tidak mencukupi. Pastikan anda menggunakan flos setiap hari untuk membersihkan kawasan yang sukar dicapai terutamanya di celah-celah gigi bagi membanteras plak.

TartarTartar atau juga dikenali kalkulus, adalah selaput berkerak yang akan memerangkap kotoran dan menyebabkan gigi bertukar warna. Kalsium dan fosfat kemudian bergabung untuk membentuk kerak kristal pada gigi.

Kalsium fosfat ini kemudian akan mengeras dengan plak dan membentuk kalkulus. Terdapat bahan kimia tertentu dipanggil pirofosfat membantu mengurangkan pembentukan kalkulus dengan menghentikan pertumbuhan kristal pada permukaan gigi dan menghalang kristal baru daripada terbentuk.

Tartar membentuk ikatan kuat yang hanya mampu ditanggalkan oleh pengamal pergigian profesional.

Pembentukannya juga mungkin menyebabkan sukar untuk menanggalkan bakteria plak dan seterusnya meningkatkan potensi masalah besar pada masa depan.

Pencegahan Plak dan tartar tidak bertindak dengan cara yang sama kepada semua orang. Setiap individu berbeza terhadap cara mereka mendapat dan menentang jangkitan.

Untuk kebanyakan kita, selaput akan terbentuk dengan pantas apabila usia semakin meningkat. Ini bermakna, semakin kita tua, semakin kerap kita harus memantau kesihatan gigi kita.

Selain itu, kita perlu mengelakkan pembentukan plak dan tartar dengan mengubah cara kita menjaga kesihatan gigi.

Pertama, pilih berus gigi yang betul.

Misalnya, berus Oral-B Cross Action Pro-Health membantu menanggalkan sehingga 99 peratus plak dengan berus bersudut CrissCross.

Berus Power Tip pula membantu membersihkan kawasan yang sukar dicapai dan lembut pada enamel dan gusi.

Dengan penggunaan yang kerap, ia telah terbukti secara klinikal membantu menanggalkan lebih banyak plak berbanding berus gigi biasa dengan bantuan berus CrissCross yang bersudut pada 16 darjah bagi menentang plak.

Kedua, dengan membersihkan gigi secara profesional setiap enam bulan atau lebih kerap seperti yang disarankan doktor gigi.

Sekiranya anda tidak menanggalkan plak daripada gigi dengan menggunakan flos dan memberus gigi, anda meningkatkan risiko pembentukan kaviti.

Kaviti adalah lubang kecil yang terbentuk pada gigi yang reput akibat kurangnya penjagaan.

Sekiranya anda mempunyai gigi, tidak kira usia anda, kaviti mampu terbentuk.

Ia adalah masalah gigi yang sering ditemui di seluruh dunia. Namun, penjagaan gigi yang sempurna termasuk penggunaan flos yang betul dapat membantu menghalang pembentukan kaviti.

Sekiranya anda tidak menghiraukan kaviti untuk waktu yang panjang, ia akan menjadi lebih besar dan menyebabkan sakit gigi. Sekiranya anda tidak mendapatkan rawatan tampalan dengan doktor gigi, kaviti akan membawa kepada jangkitan dan anda mungkin akan kehilangan gigi atau mendapat jangkitan yang teruk.

Mengawal Cegah kaviti dengan mengawal pembentukan plak melalui rutin memberus gigi dua kali sehari dan dengan menggunakan flos setiap hari.

Pilih berus gigi dan produk flos yang anda suka agar anda gemar menggunakannya setiap hari.

Jangan lupa menjadualkan pemeriksaan gigi dengan doktor gigi untuk pembersihan profesional dan mengenal pasti sebarang masalah sebelum menjadi serius. -UTUSAN

Tips Membuang Virus W32.Shadesrat Pada Komputer Anda

Virus atau cecacing W32.Shadesrat merupakan satu program komputer berniat jahat yang dicipta oleh penjenayah siber dengan tujuan merosakkan sesebuah komputer yang dijangkitinya.

Ia menyerang sistem komputer tanpa disedari dan tanpa kebenaran yang empunya.

Ia mempunyai keupayaan untuk sabotaj fail audio dan video sedia ada yang terdapat dalam komputer yang dijangkitinya.

Cecacing itu juga akan menjangkiti fail-fail tertentu untuk melemahkan beberapa fungsi yang terdapat dalam sistem sesebuah komputer.

Cecacing tersebut akan membuka laluan tanpa kebenaran atau backdoor pada komputer yang dijangkiti. Ini membolehkan penceroboh menyerang komputer tersebut dari jarak jauh.

Sekiranya berjaya ditemui, sangat digalakkan dihapuskan terus cecacing itu.

Ia berupaya mereplikasikan dirinya ke kuantiti yang banyak dan disebarkan menerusi rangkaian komputer. Ini boleh menyebabkan masalah serangan DDoS.

Simptom Jangkitan Virus W32.Shadesrat

1. Ia akan menjangkiti dan memusnahkan fail-fail yang ada dalam komputer.

2.Membina fail-fail kontang atau junk files yang akan menghalang perjalanan operasi beberapa aplikasi komputer.

3. Melemahkan sistem keselamatan dan prestasi larian bagi sesebuah sistem komputer yang dijangkiti.

4. Mencuri maklumat privasi mangsa dan menembusi sistem keselamatan komputer yang dijangkiti.

5. Tidak membenarkan untuk melayari laman-laman web tertentu terutama laman-laman web antivirus dan lain-lain.

Bagaimana untuk menghapuskannya?

Sekiranya komputer kita dijangkiti cecacing W32.Shadesrat, hapuskannya secara manual atau menggunakan perisian antivirus atau sekuriti.

Namun begitu, sekiranya sudah dijangkiti, perisian sekuriti atau antivirus tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Ia juga akan menghalang untuk membuka pelayar web untuk dapatkan kemas kini fail keselamatan di Internet. Jadi, penyelesaian yang terbaik hapus dan buang cecacing itu secara manual.

Sebelum itu, pastikan ditutup fungsi aplikasi System Restore yang terdapat dalam Windows. Sila buka Task Manager dan berhentikan larian fail cecacing itu dalam sistem iaitu seperti Slide Show.exe.

Seterusnya, nyah sambung segala sambungan rangkaian yang terdapat pada komputer yang dijangkiti termasuk sambungan Internet. Seterusnya, larikan komputer yang dijangkiti itu dalam mod selamat atau Safe Mode.

Hapuskan cecacing W32.Shadesrat secara manual

1. Fail-fail yang bersangkutan dengan cecacing itu boleh didapati di %CurrentFolder%\[Nama_Cecacing].exe

Contoh: data.dat, Slide Show.exe, W32.Shadesrat

2. Kemasukan ke Windows Registry boleh diperoleh di beberapa kemungkinan laluan yang berikut dan ia perlu dihapuskan:

HKEY_CURRENT_USER\Software\VB and VBA Program Settings\SrvID\ID\[8 hingga 10 aksara secara rawak]

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\

CurrentControlSet\Services\

SharedAccess\Parameters\

FirewallPolicy\StandardProfile\

AuthorizedApplications\List\

"%CurrentFolder%\[NamaCecacing].exe"

> "%CurrentFolder%\[THREAT FILE NAME].exe:*:Enabled:Windows Messanger"

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\

Microsoft\Windows\CurrentVersion\

policies\Explorer

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\

Microsoft\Windows\CurrentVersion\

policies\Explorer\run

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\

ControlSet001\Control\MediaResources

\msvideo

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\

CurrentControlSet\Control\

MediaResources\msvideo

HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\

W32.Shadesrat

Penghapusan cecacing secara manual perlu dilakukan dengan berhati-hati dan betul.

Sebelum melakukannya, buat salinan pendua kepada Windows Registry dan data yang tertentu. Setelah itu pastikan juga, dikemas kini keselamatan Windows dan perisian anti-virus yang digunakan.

Lakukan imbasan dengan perisian anti-virus yang telah dikemas kini untuk pastikan virus cecacing itu sudah tiada dalam komputer yang telah didijangkiti itu. 

- UTUSAN

Hentikan Sebar 'Ayat-Ayat Serba Sempurna'

on 7 May 2012

Saya rasa la, kita ini kena berhentilah sebar 'ayat-ayat serba sempurna' dalam Facebook dan apa-apa medium penyebaran yang lain. Sebab saya nampak, ianya merosakkan pemikiran masyarakat.

Contoh 1:

"Aku cintakan dikau kerana agamamu, maka jika hilang agamamu, maka hilanglah juga cintaku."

Ayat ini sempurna, sampai tak praktikal buat manusia. Iman manusia ini turun dan naik. Ada masa dia baik mengalahkan malaikat, ada masa dia khilaf dan tersilap sampai kadangkala kita nampak rendah lagi dari haiwan. Jadi apakah seseorang itu, bila dia tersilap, bila dia khilaf, bila dia tiba-tiba imannya jatuh, kita terus tinggalkan dia?

Kalau lepas kahwin jadi macam itu? Nak cerai?
Kalau bersahabat pula, kalau tiba-tiba sahabat kita 'terpesong', mahu tinggalkan terus begitu sahaja?

Ayat ini langsung tidak praktikal sebenarnya. Sebab pada saya, kalau cinta, mesti hendak ke syurga bersama-sama. Jadi bila orang yang kita cintai, baik pasangan, keluarga, sahabat dan sebagainya, bila dia jatuh kita kenalah tarik tangannya semula. Kata cinta? Pelikkan kalau kita kata cinta, tapi masa dia tengah kelemahan, kesilapan, terpesong, kita pergi tinggalkan dia? ^^

Sebab itu quote saya adalah sentiasa:
"Kalau benar cinta, mesti hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang melempar ke neraka, itu bukan cinta namanya."

So, kita tak nak lempar dia ke neraka kan?
Kita nak sama-sama dengan dia ke syurga kan?
Jadi takkan kita tinggalkan dia semata-mata dia ada kekurangan, kesilapan dan kekhilafan? Kata cinta?
^^

Contoh 2:

"Perempuan yang solehah itu tidak memandang, dan tidak juga dipandang."

Ayat ini juga terlalu sempurna. Sampai langsung tidak praktikal buat kehidupan. Siti Khadijah memandang Rasulullah SAW sebelum mereka bernikah, maka apakah Ummi kita Khadijah RH itu seorang yang tidak solehah? ^^

Pernah ada sahabat Rasulullah SAW memandang seorang wanita(yang semestinya bertaraf sohabiah Rasulullah SAW juga) hingga dua kali, kemudian Rasulullah SAW mengalihkan pandangan wajah sahabatnya kali kedua.

Apakah wanita itu tidak solehah? Haa...

Jadi, mustahil begitu ukuran ke'solehah'an seseorang.

Kalau perempuan solehah itu tidak memandang, maka dia sendiri tidak akan dapat mencari pasangan yang baik buatnya. Kalau perempuan solehah itu tidak dipandang, maka bagaimana manusia hendak memperisterikan seorang wanita yang solehah?

Salah ke kalau kita sekadar cakap:
"Perempuan solehah itu adalah perempuan yang tidak liar pandangan dan akhlaknya." Hah, setel. Dia boleh memandang, tetapi tidak liar. Dia boleh dipandang, tetapi bukan sebab dia gedik, namun sebab dia solehah. ^^

---------------------------------------------------------
Henti-hentikanlah ya quote-quote sempurna sampai tahap tak praktikal ini.

Islam itu, sempurna, tetapi praktikal. Kena dengan fitrah manusia.

Sebab itu Rasulullah SAW adalah seorang yang tidur, seorang yang berbuka, seorang yang berkahwin.

Sebab itu Islam sangat indah.
Sederhana.
Dan amat menyenangkan.
^^


p/s: memang banyak kita lihat kata-kata seperti itu. Memang selalu aku tengok dan baca ayat-ayat seperti itu. Tapi dia tu sempurna sangatkah sampai cakap seperti itu. Kita hanyalah manusia biasa dan sama saja di sisinya. 

Sumber: Hilal Asyraf

Hukum Memakai Cincin, Gelang Tangan dan Rantai Leher Bagi Lelaki Islam

on 16 February 2012

Assalamualaikum.....


Cincin



Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :

“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)


Gelang Tangan



Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.

Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama’ sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.

Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. al-Ustaz Muhammad Sa’di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: “Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”

Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )

Hasil dari pemerhatian penulis, pemakaian gelang di kalangan pelajar PMM atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis magnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang murah. Jadi gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakain mereka hanya bertujuan untuk menunjukkan penampilan yang dianggap “gagah” atau “macho”. Oleh itu jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.


Rantai

Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya “ kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab: “rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”. Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).

Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah berdasarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama. Ironinya keseronokan mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah taala. Wallahu a’lam.

Source: PMM
            : Feryco.com

Wordless Wednesday #9 | Cara Mengelakkan Berus Gigi Anda Cepat Kembang

on 15 February 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


Petua nie khas untuk sesiapa yang asyik merungut tiap-tiap bulan akan beli berus gigi kerana berus gigi yang ada cepat sangat kembang...hahhaha... So, harap petua nie berguna...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Jangan marah ya.... huahuahaua

Tips Awal Sebelum Bertudung Labuh

on 31 January 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



Seperti yang semua ketahui yang bertudung itu merupakan satu suruhan dan ianya tidaklah disuruh secara paksa tapi memakai tudung bagi perempuan adalah untuk menutup auratnya daripada terlihat yang bukan muhrim baginya. 

Cantik bukan kalau perempuan itu memakai tudung... comel saja dilihat... Bukan itu sahaja, apabila kita melihat perempuan memakai tudung, sejuk saja mata memandang. Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini makin ramai artis wanita yang telah berhijrah dari tak memakai tudung ke penampilan memakai tudung. Harap-harap penghijrahan itu merupakan sesuatu yang kekal dan bukannya sekadar mengikut trend masa kini. Kalau nak berubah tu memang bukannya senang ianya perlukan semangat, jati diri dan kekuatan. Jikalau tidak, semuanya pasti tak akan kekal lama perubahan itu. Istiqomah, tawakal dan doa juga diperlukan untuk semua itu. Berubahlah demi Allah S.W.T. dan insyaAllah akan berkekalanlah perubahan itu. Janganlah berubah demi manusia atau sekadar nak menunjuk-nunjuk kerana itu hanyalah sementara sahaja. Oleh itu, aku ada beberapa tips yang boleh digunakan dim awal pemakaian tudung labuh untuk para wanita diluar sana (copy and paste dari rakan facebook). Harap perkongsian ini berguna bagi mereka yang ingin mempraktikkan cara pemakaian tudung labuh.

  1. Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar. 
  2. Cari dan sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
  3. Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
  4. Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat-sahabat yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).
  5. Perbanyakkan membaca al-Quran dan mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)
  6. Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
  7. Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
  8. Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku dan menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^_^
  9. Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
  10. Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit Serta kurangkan pemakaian seluar dan mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.
Sekian, Wassalam...

Tips & Info | Lapan Tanda Kamu Terlebih Berpegang Pada Prinsip

on 19 January 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


Dah lama rasanya saya tak tulis entry. Biasalah asyik post movie saja saya sejak kebelakangan nie, kan. So, hari ini saya nak kongsikan beberapa tanda yang kitanie telah terlebih berpegang pada prinsip kita. Mempunyai prinsip itu tak salah dan memang harus ada pada setiap orang tapi ingat jangan terlebih pula, kelak tak baik juga pada diri sendiri dan orang di sekeliling kita. 

Terdapat lapan tanda-tanda yang kita nie sudah terlebih berpegang pada prinsip asal kita. Antaranya ialah ;

  1. Kamu pantang dicabar tidak kiralah dalam hal apa sekalipun. Kalau ada yang berani mencabar, secara automatik dia dianggap sebagai musuh yang paling ketat.
  2. Kamu tidak berkawan dengan semua orang. Hanya orang-orang yang tertentu dan kamu anggap sama taraf dengan kamu sahaja yang boleh menjadi kawan kamu.
  3. Dalam satu komuniti, kamu sentiasa mahu diangkat menjadi ketua.
  4. Sebarang keputusan dan kuasa mutlak sentiasa terletak di tangan kamu biarpun keputusan tersebut melibatkan orang lain.
  5. Kamu tidak pernah mahu menjaga hati atau menghormati orang lain, tetapi kamu sentiasa mahu orang lain menjaga hati dan menghormati kamu.
  6. Apa saja pandangan serta nasihat orang lain termasuklah orang tu kamu sendiri dianggap tidak berguna. Kamu mengganggap diri mu sudah cukup sempurna dan tidak perlu diperbetulkan lagi.
  7. Kamu suka mencari kesilapan orang lain kerana kamu mahu buktikan hanya kamu yang terbaik dan orang lain semuanya tidak boleh buat sebaik yang kamu lakukan.
  8. Kamu sanggup melakukan apa sahaja asalkan apa yang diinginkan dan katakan akan terlaksana.


Macam mana, ada tak ciri-ciri di atas nie ada pada diri kamu ?.. Kalau ada itu maknanya kamu sudah tersasar dari prinsip kamu sendiri. So, ada peluang lagi untuk perbetulkan prinsip kamu itu. 

Oklah, sekian saja... Jika ada apa-apa tambahan atau ketidakpuashatian, sila berikan komen di ruang komen yer... Wassalam !
 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved