Tips Menjadikan Mata Kelihatan Bersinar | Dari mata turun ke hati, dek kerana mata yang cantik dan menawan kita boleh tergoda. ahaks... Beruntunglah kalau ada sesiapa yang mempunyai mata yang 'memikat' tak payahlah susah-susah nak 'petik jari' lepas nie sebabnya, sekali 'jeling' sepuluh yang datang tau.. ahaks..
Kita terus kepada maksud sebenar kita daripada aku nie terus merepek sampai tak habis-habis. Mata yang bersinar dan memikat jiwa sememangnya didambakan oleh kebanyakan wanita dan adakalanya lelaki. Namun untuk mendapatkan mata yang cantik menawan dan sentiasa mengekalkan kilauan pada mata memerlukan kos yang besar. Bagi sesiapa yang berkeinginan tapi kurang berkemampuan, bolehlah cuba petua tradisional yang lebih jimat tapi dikatakan mampu memberikan kesan yang hebat. Jom lihat apakah petua tersebut.
Caranya ialah ambil sekeping kapas bersih dan rendamkan ke dalam bancuhan air teh yang pekat dan sejuk.
Sandarkan sedikit kepala ke belakang atau kalau nak berbaring terus pun boleh juga, pejamkan mata dan tempekkan kapas tu pada mata.
Pastikan kapas yang dicelup atau direndam tu tidak terlalu basah sehingga airnya boleh meleleh ke dalam mata. Dan pastikan mata tu dipejam rapat agar air teh tak mengalir masuk. Takut-takut nanti tak pasal-pasal ‘merah’ dan bengkak pula mata tu.
Jangan pula lupa untuk tempek dekat kedua-dua belah. Kalau buat sebelah jer, nanti sebelah mata jer lah yang bersinar. Cuba amalkan petua nie 2-3 kali setiap minggu. Jika rajin diamalkan insyaAllah, pasti akan melihat perubahannya.
Sebenarnya ini adalah cara tradisional yang semula jadi. Berbanding dengan cara yang lain, ada yang menggunakan contact lens sebagai daya tarikan. Namun jangan disalah gunakan, kerana ia juga boleh mendatangkan fitnah kepada si pemakai sekiranya seorang wanita. Betulkan niat sekiranya ingin kelihatan cantik.
Sumber: Petua Tradisional
thanks for the tips...=) nak try la nanti...hehe
ReplyDeletecantik aweks diatas!!
ReplyDeletethanks utk petua..ley cube nih..
ReplyDeleteThanx for info... nak uba nie.... hehehe
ReplyDelete