Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2014

on 14 September 2013

Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2014

Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2014 | Permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) secara atas talian (ONLINE) boleh dibuat bermula 17 September 2013 (Selasa) sehingga 25 Disember 2013 (Ahad) di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Permohonan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014


Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:
  • Atas talian (online) bermula 17 September 2013 dengan melayari laman web : 
  • Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)

KEMUDAHAN ASRAMA


Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.

KEPUTUSAN PERMOHONAN


Keputusan permohonan akan diumumkan secara online. Penulis menjangkakan tarikh untuk semakan status permohonan untuk tahun 2014 adalah sekitar minggu kedua ataupun ketiga di bulan Januari 2014.

SYARAT MEMOHON


1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.

2. Kesihatan
  • Sihat tubuh badan
  • Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.
3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.

SYARAT KHUSUS


1. Pendidikan Teknikal : Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR

2. Pendidikan Vokasional :
  • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
3. Latihan Kemahiran : Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR

SENARAI KOLEJ / SEKOLAH


Maklumat lanjut klik sini

Tarikh Tutup Permohonan


Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 adalah pada 25 Disember 2013. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
Ranking: 5

{ 34 Comments... read them below or add one }

  1. Kenapa dah masukkan no ic n angke giliran yg betol . tapi tak dapat nak login . die tulis " harap maaf Kombinasi Angka Giliran dan No. MyKad yang dimasukkan tidak tepat.
    Sila Pastikan Angka Giliran dan No. Mykad tersebut adalah sama seperti yang tercatat pada Slip PMR 2013" padahal dah diisi dngn maklujmat yg btol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tersilap tulis nie... cuba try semula...

      Delete
    2. cuba semak dgn cikgu rekod yg ada di sekolah masa pendaftaran pmr dulu.... :)

      Delete
    3. Samalah..ada tak kemungkinan sebab kita pernah log in tapi tak dapat savekan?takut tu je masalahnya sebab pernah isi sekali tapi tak dapat nak hantar permohonan sebab maklumat tak lengkap.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. macam mana nakk print ehh kalau kita dha isi sume borang uhh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dekat bahagian bawah sebelah kanan kalau tak silap... arahkan saja anak panah ke bawah sebelah kanan....

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalam Ikmal, bolehkah saya masuk KV bidang sains kesihatan jika keputusan percubaan PMR saya hanya 5c 3b? Sebenarnya saya boleh buat lebih baik, tapi, itulah, main main. Menyesal tak sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... In Sha Allah... mungkin boleh lagi tu.... berdoa saja dik... kita hanya mampu merancang tapi Allah yg tentukan semua tu... tapi jangan kecewa kalau tak dapat mungkin ada yg lebih baik dari itu... :)

      Delete
    2. Terima kasih Ikmal sebab bagi semangat dekat saya. Wish me luck untuk exam esok. Terima kasih. Assalam. (:

      Delete
  5. Harap-2 Lahh Dapat .

    ReplyDelete
  6. knape skola malaysian aviation training acedemy(mata) xde kursus plihan kdua?x bleh na complete an prmohonan to..

    ReplyDelete
  7. mcm mana nk tahu nnty diterima?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tau melalui semakan atas talian (ONLINE)...

      Delete
  8. KV@SMT mane yg ad bidg sains kesihtan ek ?

    ReplyDelete
  9. salam.boleh x kita menolak tawaran jika sudah memohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah lagi pergi ke KV/SMT tu... kan senang... terpulang kepada adik juga...

      Delete
  10. mcamane nk besarkan utk print senarai kursus utk setiap kolej..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba download sini... http://www.bptv.edu.my/bahan/info/Maklumat%20Sekolah%20dan%20Kursus%20yang%20ditawarkan%202013.pdf .... lepas dah download .... Anon boleh print dah... sekian... :)

      Delete
  11. mudah-an akuh dapat . Amin Ya Allah

    ReplyDelete
  12. mcm mna nk mohon scra on9 ?

    ReplyDelete
  13. kalau dah mohon secara online tu takyah post dah kan ?

    ReplyDelete
  14. knape skola malaysian aviation training acedemy(mata) xde kursus plihan kdua?x bleh na complete an prmohonan to..

    ReplyDelete
  15. Kalau sya punya keputusan percubaan PMR ada tak hadir mcm mana? Bleh mohon ke?

    ReplyDelete
  16. Kalau result trial saya tak hadir. Saya ada masalah peribadi time tu. Tapi, pmr sebenar saya buat. Boleh ker saya masuk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kta semakan melalui on9 apa lman web nye

      Delete
  17. salam, selepas pmr 2013, anak saya tak sempat nak mohon ke sek vok. boleh kah sekiranya anak saya buat permohonan untuk masuk ke sek ni pada tahun 2015.

    ReplyDelete
  18. Mcm mana nk semk semula sama ada permohonan secara online diterima atau tidak

    ReplyDelete
  19. Bilaa tarikh keputusan permohonan keluar yaa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Admin.
      Adakah Malaysian Royal Militry College (RMC) masih ujud di Malaysia sebagaimana dulu dulu.??

      Keputusan PMR anak saya sederhana jer iaitu 5A 2B 1C.

      5A - BM, Maths, Science, Geography & Kemahiran Hidup
      2B - Sejarah & Agama Islam
      !C - Bahasa Inggeris

      Apakah dia layak ke RMC (jika masih ujud) atau ke SMT dulu dikenali sebagai TI (Technical Institute) dah mohon "on line".
      Mohon ulasan & cadangan Admin.
      Terima kasih. Salam.
      Hj. Wan Saudi (Ktn)

      Delete
  20. Saya nak tanya dekat salinan borang kv ,yang pada atas sekali pada borang saya ada tertulis ''anda diterima'' bermaksud saya dapat masuk ke?

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved