Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

iPhone 5 Gadget Impian

on 24 December 2012

[Ini adalah sticky entri]

Please klik button G+1 sekali ya!!! Terma Kasih... ^_^

iPhone 5 Gadget Impian

iPhone 5 Gadget Impian | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, hari ini baru terbuka hati nak ikut contest dari blogger otai dan juga terhebat buat masa kini iaitu denaihati.com. First aku memang ada baca pasal contest nie dari blog kak Yanmieonline tapi aku masa tu buat macam der jer... Tapi, bila fikir semula, memang rugi kalau tak ikut contest nie mana tahu nasib aku menang iPhone 5 nie. 

Peluang untuk menang contest "iPhone 5 Gadget Impian" ini aku tengok sama rata saja. Lebih-lebih lagi kak Yan tak join tapi aku tengok puan Bee join pula dah... Tapi harus diingat! ramai lagi blogger-blogger yang hebat dekat luar sana. Ceh, macam Datuk Hasbullah Awang pula dah aku nie... hehhee. Oklah, berikut merupakan senarai entri iPhone 5 yang terdapat di blog Denaihati.

Senarai Entri iPhone 5 yang terdapat di blog Denaihati:

Tugasan kedua: kenapa saya minat dengan gadget iPhone 5:

1. Sebab dah lama saya mengidamkan iPhone 5
  • Erk, macam orang mengandung plak aku nie. Memandangkan iPhone 5 telah menjadi trend remaja sekarang dan memang sering saya tengok menjadi bualan hangat bagi peminat-peminat gadget iPhone 5, jadi, saya pun pasang azam nak memiliki iPhone 5 ini suatu hari nanti. Rancangnya nak kumpul duitlah nie nak beli tapi entah sampai bila baru cukup duit tu. 

2. Sebab saya boleh bermain game dengan iPhone 5
  • Dengan adanya gadget iPhone 5 ini, saya tak perlu lagi menggunakan laptop untuk bermain game seperti Need For Speed dan lain-lain game. Nak tahu kenapa? sebab iainya mudah untuk dibawa ke mana-mana saja dan boleh bermain game dekat mana korang suka, dekat shopping mall, pasar tani, taman, banyak lagilah.

3. Sebab iPhone 5 ini dikatakan tahan lasak
  • Memandangkan saya nie kekadang aktif cuai, jadi gadget ini sememangnya terbaik untuk saya miliki. Cuba lihat saja ujian drop-test yang dilakukan. Pergh! memang mantap.

4. iPhone 5 mempunyai ketahanan jangka hayat bateri yang lama
  • Gadget seperti inilah yang memang saya perlukan kerana saya nie memang lama kalau nak melayari internet. Cuba korang bayangkan, 8 jam masa bercakap 3G, 8 jam LTE browsing, 10 jam Wi-Fi browsing, 30 jam video dan 225 jam standby. Macam terbaik je ni. Bukan macam lagi dah memang terbaik dah...

5. Terakhir sekali, sebab Denaihati.com nak beri percuma dekat kita.. hahhaha

Nampaknya cabaran semakin sengit di antara para pesera yang mengambil bahagian dalam contest nie. masing-masing pasang strategik yang paling kawww punya. Apa-apa pun semangat blogging ditunjukkan oleh semua blogger-blogger, tak kiralah newbie atau otai.

Pergh! susah juga nak buat tugasan nie erk tapi apa-apa pun ianya memang seronok. Saya bukanya berharap sangat nak menang contest nie tapi kalau saya menang itu merupakan satu bonus. Bagi yang nak join contest nie boleh pergi ke "iPhone 5 Gadget Impian" dan tarikh tutup penyertaan 11.59 malam, 6 November 2012.

"Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati di taja oleh eQurban.com, StudioAksara.com, AbangEnsem.com, AriffShah.com, Eizil.com, Sweetkurma.com, Azri.my, Serverfreak.com dan Denai.my"

Model iPod Touch Baru Lebih Ringan Dan Nipis

on 21 October 2012

Model iPod Touch Baru Lebih Ringan Dan Nipis

Model iPod Touch Baru Lebih Ringan Dan Nipis | Kini keseronokan memiliki Apple Ipod Touch semakin membuak-buak keranan ianya semakin ringan dan nipis untuk beberapa milimeter lagi berbanding versi sebelumnya. 

Penampilan iPod Touch yang baru ini dapat dirasakan agak menakjubkan juga, lebih berkuasa berbanding sebelum ini bermula dari permainan game sehinggalah kepada memainkan muzik di mana-mana sahaja. Segala-galanya dilihat cukup hebat pada paparan skrin Retina 4 inci.

Model iPod Touch Baru Lebih Ringan Dan Nipis

Untuk pertama kalinya, iPod Touch diperbuat daripada aluminium anodised yang selalunya digunakan dalam MacBook. Apa yang lebih menarik ialah kaedah pembuatannya juga sama dengan MacBook. Ini membuatkan perkara pertama kali anda sedari mengenai iPod Touch kerana beratnya hampir sama. Selepas itu, anda juga akan cepat menyedari beberapa ciri lain daripada Apple seperti garisan tepi serong sangat berkilat.

Malahan iPod Touch juga diperbuat daripada aluminium gred terbaik. Terdapat lima warna pilihan pada model ini, ia juga menggambarkan jiwa kepada pemiliknya seperti bersemangat dan ceria. Ini kerana warnanya terikat secara langsung kepada aluminium yang tidak hanya dicat pada permukaan. Jadi anda lihat warna tepu tetapi masih berkilauan.

Model iPod Touch Baru Lebih Ringan Dan Nipis

Jangka hayat baterinya nyata lebih tahan lama dengan tempoh masa sehingga 40 jam untuk mendengar lagu atau sehingga lapan jam melayan koleksi movie tanpa henti selepas anda mengecaj sepenuhnya. Selain itu, iPod Touch baru juga tampil dengan 5 megapixel iSight kamera dengan fungsi autofokus siap dengan face detection dan LED flash lagi. Kamera hadapan pula didatangkan dengan 1.2 megapixel.

Harga Apple iPod Touch baru ini di Malaysia pula ialah RM1,049 (versi 32GB) dan RM1,399 (versi 64GB).

Sumber: forblogger.net | ammboi.com

Samsung Galaxy Note 2 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM2299

on 12 October 2012

Pelancaran Samsung Galaxy Note 2

Samsung Galaxy Note 2 Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM2299 | Bertempat di Zebra Square, Kuala Lumpur, Samsung Galaxy Note 2 telah dilancarkan di Malaysia pada 11 Oktober 2012, Berita ini pastinya mengujakan peminat Samsung Galaxy Note.

Samsung Galaxy Note 2

Menurut info dari Amanz.my, peranti bersaiz 5.5 inci daripada Samsung ini bakal dijual di Malaysia bermula 19 Oktober 2012 dengan harga runcit yang disyorkan iaitu RM2299 iaitu sama dengan harga model pertama Galaxy Note yang telah dilancarkan pada tahun lalu.

Samsung Galaxy Note 2 ini akan ditawarkan oleh pengedar rasmi Samsung di Malaysia, selain turut ditawarkan oleh Celcom, DiGi dan juga Maxis. 

Selain itu, Samsung Galxy Note 2 ini di datangkan dengan dua warna iaitu marble white dan titanium gray dan ianya ditawarkan dengan versi 16 GB sahaja. Dalam jualan fasa pertama yang bermula 19 Oktober ini kelak hanya akan membawakan versi terawal sistem operasi mereka dan untuk menggunakan fungsi Multiview, para pengguna perlu mengemaskininya menggunaka OTA terlebih dahulu

Spesifikasi Galaxy Note 2:
  • 1.6GHz quad-core Exynos processor
  • 2GB of RAM
  • 5.5-inch Super AMOLED HD1280 x 720 display
  • Size: 80 x 151.1 x 9.4mm thin
  • Weight: 180 grams
  • 16/32/64GB on-board memory
  • microSDHC support of up to 64GB of additional storage
  • 2-megapixel front cam
  • 8-megapixel rear cam
  • HSPA+ support
  • 4G LTE connectivity (in selected markets)
  • Bluetooth 4.0
  • Wi-Fi 802.11 a/b/g/n
  • Wi-Fi Direct
  • USB 2.0 support
  • A-GPS and Glonass support
  • 3,100mAh removable battery
  • Android 4.1 Jelly Bean with TouchWiz
  • Redesigned S Pen with better grip and rubber tip.

iPad Mini - Skrin 7.85 Inci Dan Hanya Versi WIFI?

on 11 October 2012

iPad Mini - Skrin 7.85 Inci Dan Hanya Versi WIFI? | Belum lagi redah demam Apple iPhone 5 yang baru dilancarkan, kini peminat setia gadget Apple sudah pasti tidak sabar menunggu pelancaran generasi baru model popular iPad. Khabarnya, iPad generasi baru ini bakal dilancarkan tidak lama lagi. Namun pelbagai pendedahan dan spekulasi sudah mula bertebaran di alam maya mengenai iPad mini ini.

Sumber: ammboi.com

iPad mini dijangka dikeluarkan dengan saiz 7.85 inci dan dijangka bakal bersaing sengit dengan beberapa model lain yang seangkatan dengannya. Kemungkinan harganya jauh lebih murah berbanding versi iPad 3 namun mungkin lagi murah kerana ianya dikhabarkan akan dikeluarkan dalam versi Wifi sahaja.


iPad mini ini tentunya dibuat untuk memberi saingan kepada Google Nexus 7 dan beberapa model lain yang tiada platform 3G. Apapun ianya tetap didatangkan dengan paparan Retina Display yang cukup menjelouskan pesaingnya. Harganya pula dijangka antara USD$150 - USD$250.

Tips Untuk Jimatkan Bateri Laptop

on 30 September 2012

Tips Untuk Jimatkan Bateri Laptop | Tips bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.

Tips Untuk Jimatkan Bateri LaptopJika anda ingin menggunakan laptop untuk jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.

Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?

Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.
  • Perlahankan volume atau mute volume jika perlu.
  • Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.
  • Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
  • Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
  • Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
  • Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
  • Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
  • Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
  • Jangan gunakan CD/DVD.
  • Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
  • Gunakan cooling pad.
  • Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.
Nota : Terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba. Tapi lebih baik tak payah cabut bateri laptop bila guna laptop dalam jangka masa yang panjang demi mengelakkan motherboard anda rosak. Lebih baik rosak bateri daripada motherboard... hahaha... betul tak?!

Sumber: Islamitusuci

Samsung Bakal Lancarkan Galaxy S4 Februari 2013

on 19 September 2012

Samsung Bakal Lancarkan Galaxy S4 Februari 2013 | Pengumuman Apple mengenai jumlah tempahan untuk iPhone 5 sudah melebihi 2 juta unit mungkin sedikit menggugat pesaing rapatnya, Samsung. Lantaran itu, beberapa hari selepas Apple Inc melancarkan iPhone 5, sudah tersebar maklumat Samsung Electronics pula akan melancarkan varian terbaru Samsung Galaxy S4 pada Februari 2013 di Kongres Mudah Alih Dunia di Barcelona, Sepanyol.

Mengikut satu laporan Korea Times, varian terbaru Samsung Galaxy S4 yang disasar meneruskan legasi super popular Galaxy SIII akan ditampilkan dengan skrin 5-inci, besar sedikit daripada 4.8-inci pada SIII. Seperti dijangka dalam sebuah telefon pintar generasi terbaru, peranti itu akan dipadankan dengan perkakasan dan perisian terbaik yang boleh ditawarkan Samsung.

Samsung Mahu Tampilkan Perubahan

Samsung Bakal Lancarkan Galaxy S4 Februari 2013

Akhbar itu yang memetik seorang pegawai Samsung berkata, sebahagian besar daripada perubahan yang akan ditampilkan nanti akan berada di dalam peranti, bukannya bahagian luaran. Katanya, Samsung Galaxy S4 akan menyaksikan sedikit perubahan luaran tetapi mengekalkan rekaan empat segi sama dengan konsep separa bulat di bucu. (gambar diatas mungkin hanya ilustrasi semata)

Telefon pintar terbaru itu dijangka mengekalkan pelbagai ciri istimewa pada Galaxy SIII termasuk sokongan untuk menggunakan rangkaian LTE (4G) dan penggunaan pemproses keluaran Samsung Exynos dan Snapdragon dari Qualcomm, bergantung kepada negara di mana Samsung Galaxy S4 itu dijual. - Samsung Bakal Lancarkan Galaxy S4 Februari 2013

p/s : persaingan sengit sebegini memang diharapkan… maka makin cepatlah teknologi berlalu…

Sumber: Ammboi

Apple iPhone 5 Mula Dijual Pada Harga Cuma RM619

on 14 September 2012

Apple iPhone 5 Mula Dijual Pada Harga Cuma RM619 | iPhone terbaru keluaran Apple Inc. mula dijual hari ini dengan paparan skrin lebih besar dan dilengkapi teknologi tanpa wayar 4G. Gadget terbaru Apple itu, dijadualkan berada dalam pasaran Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Singapura dan Britain pada hujung bulan ini.

Apple iPhone 5 Mula Dijual Pada Harga Cuma RM619

iPhone 5 juga akan mula dijual di 100 buah negara menjelang hujung tahun ini. Telefon pintar itu dilihat mampu memberi kelebihan kepada Apple  dalam persaingannya dengan Syarikat Elektronik Korea Selatan, Samsung dan gadget keluaran Google Inc.

Namun, iPhone 5 gagal menawan beberapa penganalisis teknologi dan pakar gadget menjelang pelancarannya di Amerika Syarikat kelmarin. Para penganalisis bagaimanapun mengunjurkan jualan gadget terbaharu itu akan dapat dijual antara 10 juta hingga 12 juta unit pada bulan ini sahaja.

iPhone 5 memiliki paparan skrin lebar bersaiz 10.16 sentimeter dengan fungsi internet berkelajuan tinggi 4G dan 20 peratus lebih ringan daripada model sebelum ini, iPhone 4S. Antara ciri yang ditingkatkan model terbaharu ini adalah iPhone 5 dapat juga digunakan untuk melayari web menerusi teknologi 4G selama 8 jam tanpa henti. Utuk spesifikasi yang lebih anda boleh pergi ke SINI. Gadget berkenaan boleh ditempah hari ini di AS pada harga bermula daripada AS$199 (RM619) bersama pelan data. Di Malaysia? mungkin mencecah RM3 ribu macam tu.

Apple iPhone 5 - Spesifikasi Dan Harga

on 13 September 2012

Apple iPhone 5 - Spesifikasi Dan Harga | iPhone 5 telah pun dilancarkan awal pagi tadi. Ia lebih nipis dan lebih laju dari sebelum ini juga dengan bentuk baru memaparkan skrin panorama yang cantik dengan resolusi lebih tinggi. Dapat melayari laman web lebih pantas dengan bantuan LTE dan diketahui umum penyambung dok yang lebih kecil dipanggil lightning.

Apple iPhone 5 - Spesifikasi Dan Harga

Mungkin telah membuat perbaharuan pelbagai aspek namun bukan satu revolusi handphone baru.

iPhone 5 Spesifikasi

Apple iPhone 5 ini sama seperti yang dikhabar angin. Rumours iPhone 5. Badan aluminium dengan skrin kaca. 18% lebih nipis dan 20% lebih ringan. Pilihan warna hitam dan putih.

Capacity: 16GB, 32GB, dan 64GB

Apple iPhone 5 - Spesifikasi Dan Harga

Apple iPhone 5 - Spesifikasi Dan Harga

Saiz dan Berat:
  • Panjang: 123.8mm
  • Lebar: 58.6mm
  • Tebal: 7.6mm
  • Berat: 112g
Skrin Display
  • Skrin lebih lancar dengan hanya penggunaan satu lapisan pixel yang bertanggungjawab menjadi touch-sensing electrode dan memaparkan imej.
Retina display
  • 4-inch (diagonal) widescreen Multi-Touch display
  • 1136-by-640-pixel resolution at 326 ppi
  • 800:1 contrast ratio (typical)
  • 500 cd/m2 max brightness (typical)
  • Fingerprint-resistant oleophobic coating on front
  • Support for display of multiple languages and characters simultaneously
Connectivity

Penggunaan LTE dijangka akan lebih pantas dari 4S. Menyokong standard HSPA+, DC-HSDPA and LTE. Dual-channel 5Chz Wi-Fi or 802.11N bermaksud kelajuan 150Mbps.
  • Cellular dan WirelessGSM model A1428*: UMTS/HSPA+/DC-HSDPA (850, 900, 1900, 2100 MHz); GSM/EDGE (850, 900, 1800, 1900 MHz); LTE (Bands 4 and 17)
  • CDMA model A1429*: CDMA EV-DO Rev. A and Rev. B (800, 1900, 2100 MHz); UMTS/HSPA+/DC-HSDPA (850, 900, 1900, 2100 MHz); GSM/EDGE (850, 900, 1800, 1900 MHz); LTE (Bands 1, 3, 5, 13, 25)
  • GSM model A1429*: UMTS/HSPA+/DC-HSDPA (850, 900, 1900, 2100 MHz); GSM/EDGE (850, 900, 1800, 1900 MHz); LTE (Bands 1, 3, 5)
  • 802.11a/b/g/n Wi-Fi (802.11n 2.4GHz and 5GHz)
  • Bluetooth 4.0 wireless technology
Brains

A6; dua kali lebih pantas dari iPhone 4S dari segi CPU dan grafik. Juga dua kali lebih pantas web load.

Hayat Bateri

8 jam masa bercakap 3G, 8 jam LTE browsing, 10 jam Wi-Fi browsing, 30 jam video dan 225 jam standby. Macam terbaik je ni.
  • Built-in rechargeable lithium-ion battery
  • Charging via USB to computer system or power adapter
  • Talk time: Up to 8 hours on 3G
  • Standby time: Up to 225 hours
  • Internet use: Up to 8 hours on 3G, up to 8 hours on LTE, up to 10 hours on Wi-Fi
  • Video playback: Up to 10 hours
  • Audio playback: Up to 40 hours

Apple iPhone 5 - Spesifikasi Dan Harga

Apple iPhone 5 - Spesifikasi Dan Harga

Kamera

Sama seperti iPhone 4S, mempunyai 5 lemen optik dan 8 megapixel sensor (3264 x 2448 pixel), backside illumination, hybrid infrared filter dan aperture f/2.4. Masa mengambil gambar 40% lebih pantas dari 4S.

Panorama mode; boleh menangkap gambar pemandangan dan membuang sebarang kecacatan pada gambar seperti banda bergerak atau gegaran. Mencapai 240 degrees.

Video face detection; Mempunyai 1080 FullHD. Tingkatkan kestabilan imej, ditambah face detection dan boleh menangkap gambar ketika recod video.

Front FaceTime camera; 720p kamera hadapan dengan backside illuminated sensor. Juga mempunyai face detection dan video chat.
  • 8-megapixel iSight camera
  • Panorama
  • Video recording, HD (1080p) up to 30 frames per second with audio
  • FaceTime HD camera with 1.2MP photos and HD video (720p) up to 30 frames per second
  • Autofocus
  • Tap to focus video or still images
  • Face detection in video or still images
  • LED flash
  • Improved video stabilization
  • Photo and video geotagging
Audio

Apple juga upgrade audio dalam iPhone 5 terbaru ini; microphones, built-in speakers dan Earpods.

Microphone; terletak di depan, belakang dan bawah. Tingkatkan kualiti voice calls dan sounds recordings. Juga dimuatkan noise canceiling untuk membuang sebaang gangguan bunyi tanpa external headphones.

Speakers; Lebih kualiti dengan 3 -5 magnet tranducers menjadikan bunyi lebih lancar dan kuat.

Apple iPhone 5 - Spesifikasi Dan Harga

Audio Playback

Audio formats supported: AAC (8 to 320 Kbps), Protected AAC(from iTunes Store), HE-AAC, MP3 (8 to 320 Kbps), MP3 VBR, Audible (formats 2, 3, 4, Audible Enhanced Audio, AAX and AAX+), Apple Lossless, AIFF and WAV
User-configurable maximum volume limit

TV dan Video
  • AirPlay Mirroring to Apple TV support at 720p
  • AirPlay video streaming to Apple TV (3rd generation) at up to 1080p and Apple TV (2nd generation) at up to 720p
  • Video formats supported: H.264 video up to 1080p, 30 frames per second, High Profile level 4.1 with AAC-LC audio up to 160 Kbps, 48kHz, stereo audio in .m4v, .mp4 and .mov file formats; MPEG-4 video up to 2.5 Mbps, 640 by 480 pixels, 30 frames per second, Simple Profile with AAC-LC audio up to 160 Kbps per channel, 48kHz, stereo audio in .m4v, .mp4 and .mov file formats; Motion JPEG (M-JPEG) up to 35 Mbps, 1280 by 720 pixels, 30 frames per second, audio in ulaw, PCM stereo audio in .avi file format

Bahasa:

Language Support
English (U.S.), English (UK), Chinese (Simplified), Chinese (Traditional), French, German, Italian, Japanese, Korean, Spanish, Arabic, Catalan, Croatian, Czech, Danish, Dutch, Finnish, Greek, Hebrew, Hungarian, Indonesian, Malay, Norwegian, Polish, Portuguese, Portuguese (Brazil), Romanian, Russian, Slovak, Swedish, Thai, Turkish, Ukrainian, Vietnamese

Keyboard Support
English (U.S.), English (UK), Chinese – Simplified (Handwriting, Pinyin, Stroke), Chinese – Traditional (Handwriting, Pinyin, Zhuyin, Cangjie, Stroke), French, French (Canadian), French (Switzerland), German (Germany), German (Switzerland), Italian, Japanese (Romaji, Kana), Korean, Spanish, Arabic, Bulgarian, Catalan, Cherokee, Croatian, Czech, Danish, Dutch, Emoji, Estonian, Finnish, Flemish, Greek, Hawaiian, Hebrew, Hindi, Hungarian, Icelandic, Indonesian, Latvian, Lithuanian, Macedonian, Malay, Norwegian, Polish, Portuguese, Portuguese (Brazil), Romanian, Russian, Serbian (Cyrillic/Latin), Slovak, Swedish, Thai, Tibetan, Turkish, Ukrainian, Vietnamese
Dictionary Support (enables predictive text and autocorrect)
English (U.S.), English (UK), Chinese (Simplified), Chinese (Traditional), French, French (Canadian), French (Switzerland), German, Italian, Japanese (Romaji, Kana), Korean, Spanish, Arabic, Catalan, Cherokee, Croatian, Czech, Danish, Dutch, Estonian, Finnish, Flemish, Greek, Hawaiian, Hebrew, Hindi, Hungarian, Indonesian, Latvian, Lithuanian, Malay, Norwegian, Polish, Portuguese, Portuguese (Brazil), Romanian, Russian, Slovak, Swedish, Thai, Turkish, Ukrainian, Vietnamese
Siri Languages
English (U.S., UK, Canada, Australia), Spanish (U.S., Mexico, Spain), French (France, Canada, Switzerland), German (Germany, Switzerland), Italian (Italy, Switzerland), Japanese, Korean, Mandarin (Mainland China, Taiwan), Cantonese (Hong Kong)
Dock Connector: Lightning

Sambungan dock telah berubah menjadi lebih kecil dan dinamakan lightning. Digital dan mempunyai 8-connector. Reversible bermaksud boleh masuk ke connector tanpa atas bawah. Apple juga memberi sambungan adapter dari connector lama ke baru.

Apple iPhone 5 - Spesifikasi Dan Harga

Harga Pasaran

Mengikut US Dollars, iPhone 5 16GB berharga $199, 32GB berharga $299 dan 64GB berharga $399, dengan kontrak 2 tahun. Negara seperti United States, Canada, UK, France, Germany, Australia, Japan, Hong Kong dan Singapore boleh mula menempah Jumaat ini dan mula dapat pada 21 September dan negara lain terpaksa menunggu pada 28 September untuk menerima iPhone mereka.

Sumber: Wangerrad

iPhone 5 Bakal Dilancarkan Hujung Bulan Ini

on 9 September 2012

iPhone 5 Bakal Dilancarkan Hujung Bulan Ini | Dunia teknologi menantikan kemunculan produk terbaru Apple Inc. iPhone 5, Rabu depan setelah ia dijangka menampilkan papan sesentuh yang lebih besar serta anggun buat penggunanya.

iPhone 5 Bakal Dilancarkan Hujung Bulan Ini

Apple yang berdiam diri berhubung kemunculannya sejak sekian lama kini bakal memasarkan model terbaru iPhone 5 itu pada penghujung bulan ini. - iPhone 5 Bakal Dilancarkan Hujung Bulan Ini

Sumber : Forblogger

8 Produk Samsung Disenaraikan Oleh Apple Yang Perlu 'Diharamkan'

on 28 August 2012

8 Produk Samsung Disenaraikan Oleh Apple Yang Perlu 'Diharamkan' | Apple dilaporakan telah menyerahkan senarai lapan produk Samsung kepada hakim Mahkamah Persekutuan yang perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat, termasuk model popular, Galaxy.

Apple vs Samsung

Hakim Lucy Koh meminta senarai berkenaan selepas juri di San Jose minggu lalu mengarahkan Samsung membayar pampasan AS$1.05 bilion apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati ‘meniru’ model iPhone dan iPad keluaran Apple. Bagaimanapun, Samsung kini merancang untuk mengemukakan rayuan.

Lapan produk telefon pintar terbabit iaitu :
  1. Galaxy S 4G
  2. Galaxy S2 AT&T
  3. Galaxy S2
  4. Galaxy S2 T-Mobile
  5. Galaxy S2 Epic 4G
  6. Galaxy S Showcase
  7. Droid Charge
  8. Galaxy Prevail
Pada 26 Jun lalu, Hakim Koh mengeluarkan perintah Galaxy Tab 10.1 dilarang memasuki pasaran Amerika selepas mendapati ia menyalahi ‘reka bentuk paten’. (Sumber)

Note : kalau macam tu paten macam manalah yang akan Samsung keluarkan lepas ni. Adakah seperti dibawah? huhu

Adakah ini Patern Samsung selepas ini ?

Adakah ini Patern Samsung selepas ini. Canggih Tak?

Keburukan Menggunakan Laptop Tanpa Bateri

on 6 August 2012

Keburukan Menggunakan Laptop Tanpa Bateri | Baru tahu tentang info berguna ini. Memang selalu guna laptop tanpa menggunakan bateri sebab sayang jangka hayat bateri akan berkurang dan rosak. So, jom kita tengok apa kesannya apabila kita menggunakan laptop tanpa bateri.

Keburukan Menggunakan Laptop Tanpa Bateri

Sebelum ini kita percaya dengan pendapat mengenai penggunakan laptop sambil mengecas bateri membuatkan jangka hayat bateri laptop menjadi pendek dan merosakkan bateri berkenaan. Ianya memang tidak dapat disangkal lagi kerana kebenaran memang ada.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya menggunakan laptop secara langsung tanpa menggunakan bateri berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen tertentu di dalam laptop?

Hal ini disebabkan oleh arus elektrik akan menuju secara langsung ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga kompenan hardware laptop anda menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepat kerosakan. Selain menyimpan daya, bateri juga sebenarnya bertindak menyesuaikan arus yang masuk ke komponen-komponen laptop agar tidak terlalu tinggi.

Lebih-lebih lagi jika terjadi litar pintas dan arus elektrik yang tidak stabil, ia tentunya sangat membahayakan motherboard dan hardisk laptop anda. Adalah lebih baik bateri laptop yang mengalami kerosakan daripada motherboard ataupun hardisk yang harganya lebih mahal dibandingkan dengan bateri yang secara puratanya mampu bertahan antara dalam jangka hayat 2-3 tahun. (Sumber)

Ingin Dapatkan Blackberry Curve 9320 Dengan Hanya RM188 !

on 5 July 2012

Blackberry Curve 9320 Hanya RM188 | Siapa yang tak nak barang murah, bukan. Mungkin berita ini akan membuat diri anda tersenyum sampai ke telinga. Kenapa ? Sebabnya, Celcom Axiata Berhad (Celcom) akan menawarkan Blackberry Curve 9320 dengan harga semurah RM188 kepada 200 pelanggan pertama hanya pada 7 Julai 2012 ini.

Ingin Dapatkan Blackberry Curve 9320 Dengan Hanya RM188 !

So, sesiapa yang berminat apa tunggu lagi !!! Jom serbu tempat-tempat berikut:-
  • Kedai Bluecube di Pavilion Kuala Lumpur
  • 1Borneo Mall Kota Kinabalu
  • The Spring Kuching
Kalau nak dapatkannya pelanggan hanya perlu mendaftar pelan RM88 dengan kontrak 12 bulan. 

Apa yang pasti, mungkin tempat-tempat berkenaan akan dibanjiri oleh peminat-peminat gadget. So, siapa cepat dia dapat sebab hanya 200 pelanggan pertama saja. Ingat tu !!!

Remaja 18 Tahun Bongkar Rahsia Apple

on 17 June 2012

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Dunia...

Bomoh, tukang tilik, peramal dan apa-apa yang berkaitan dengannya di zaman sekarang nie masih relevan kah bagi kamu semua ? Masih adakah lagi yang menggunakan khidmat mereka nie ? Kenapa ?

Persoalan dekat atas tu riada kena-mengena dengan artikal hari ini. So, pedulikan saja erk.

Hari ini bila saya memang kagum dengan seorang remaja yang berusia 18 tahun, entah berasal dari mana tapi yang pasti dia tu dari Los Angeles. Beliau merupakan seorang Pelajar Tinggi Los Angeles. 

Remaja 18 Tahun Bongkar Rahsia Apple

Beliau ialah Mark Gurman bukannya Mark Zuckerberg pengasas Facebook tu tapi yang nie lain. Mungkin nama depan mereka saja yang sama. Apa yang hebatnya tentang beliau nie adalah, beliau telah meramal tepat semua baru yang bakal diperkenalkan oleh syarikat teknologi gergasi di dalam blognya.


Antara ramalan Mark :-
Mac - Apple mungkin memperkenalkan sistem iOS6 yang terdapat pada peta Google yang boleh diubah sendiri oleh pengguna kepada versi tiga dimensi (3D) dan sistem iCloud bakal diaplikasikan di dalam versi Apple Notes dan aplikasi peringatan.

Mei - firma Culvertino mungkin memperkenalkan MacBook Pro 15 dengan reka bentuk lebih nipis, lengkap dengan paparan retina serta lebih pantas.
Lagi hebat, beliau berjaya meramal tujuh daripada lapan pengumumam yang dibuat oleh  Apple ketika Persidangan Pemaju Peranti Dunia hanya dalam tempoh empat minggu.

Lapan hari sebelum persidangan itu, beliau meramalkan Apple akan memperkenalkan aplikasi sistem suara yang boleh diaktifkan dengan sistem kawalan yang terdapat pada iPad dan Facebook, manakala dua hari berikutnya, beliau mendakwa Apple akan mengemas kini Mac Pro selepas dua tahun tanpa sebarang perubahan.

p/s: Apa komen kamu tentang ramalan Mark Gurman nie ? Dia guna bomoh kah ? 

Kredit info dan gambar : Sinarharian

Google Membeli Motorola Mobility

on 24 May 2012

Google Membeli Motorola Mobility
LAMAN Google dipaparkan pada skrin telefon Motorola Droid. Pengambilalihan ini membolehkan Google menghasilkan rangkaian telefon pintarnya sendiri.
Syarikat enjin carian Internet, Google Inc. menyempurnakan proses pembelian pembuat peranti, Motorola Mobility pada harga AS$12.5 bilion (RM39.2 bilion) kelmarin.

Pembelian itu diselesaikan selepas sembilan bulan Google Inc. membuat pengumuman mengejutkan bahawa ia mahu mengembangkan portfolionya kepada perniagaan perkakasan yang disifatkan sebagai berisiko tinggi dan mahal.

Langkah itu membuatkan Google kian aktif dalam perniagaan telefon bimbit yang diceburinya sejak empat tahun lalu menerusi pengenalan perisian Android keluarannya.

Seperti yang dijangka, Ketua Pegawai Eksekutif Google, Larry Page menamakan orang kanannya, Dennis Woodside sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Motorola.

Woodside, 43, yang merupakan Presiden Google untuk rantau Amerika terkenal kerana berjaya membawa perolehan sebanyak AS$17.5 bilion (RM55 bilion) kepada Google melalui pengiklanan secara talian dalam tempoh tiga tahun.

Pengambilalihan itu direalisasikan selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berpuas hati bahawa ia tidak akan membantutkan persaingan dalam pasaran telefon pintar.

Google dikatakan mahu memiliki Motorola kerana 17,000 paten telefon bimbit yang telah dihasilkannya. Selain itu, Google juga dilihat berminat untuk menghasilkan komputer tablet bagi menyaingi Apple iPad dan Kindle Fire keluaran Amazon.com. Tablet itu bakal dikuasakan oleh perisian Android. - AGENSI

Tips Membuang Virus W32.Shadesrat Pada Komputer Anda

on 16 May 2012

Virus atau cecacing W32.Shadesrat merupakan satu program komputer berniat jahat yang dicipta oleh penjenayah siber dengan tujuan merosakkan sesebuah komputer yang dijangkitinya.

Ia menyerang sistem komputer tanpa disedari dan tanpa kebenaran yang empunya.

Ia mempunyai keupayaan untuk sabotaj fail audio dan video sedia ada yang terdapat dalam komputer yang dijangkitinya.

Cecacing itu juga akan menjangkiti fail-fail tertentu untuk melemahkan beberapa fungsi yang terdapat dalam sistem sesebuah komputer.

Cecacing tersebut akan membuka laluan tanpa kebenaran atau backdoor pada komputer yang dijangkiti. Ini membolehkan penceroboh menyerang komputer tersebut dari jarak jauh.

Sekiranya berjaya ditemui, sangat digalakkan dihapuskan terus cecacing itu.

Ia berupaya mereplikasikan dirinya ke kuantiti yang banyak dan disebarkan menerusi rangkaian komputer. Ini boleh menyebabkan masalah serangan DDoS.

Simptom Jangkitan Virus W32.Shadesrat

1. Ia akan menjangkiti dan memusnahkan fail-fail yang ada dalam komputer.

2.Membina fail-fail kontang atau junk files yang akan menghalang perjalanan operasi beberapa aplikasi komputer.

3. Melemahkan sistem keselamatan dan prestasi larian bagi sesebuah sistem komputer yang dijangkiti.

4. Mencuri maklumat privasi mangsa dan menembusi sistem keselamatan komputer yang dijangkiti.

5. Tidak membenarkan untuk melayari laman-laman web tertentu terutama laman-laman web antivirus dan lain-lain.

Bagaimana untuk menghapuskannya?

Sekiranya komputer kita dijangkiti cecacing W32.Shadesrat, hapuskannya secara manual atau menggunakan perisian antivirus atau sekuriti.

Namun begitu, sekiranya sudah dijangkiti, perisian sekuriti atau antivirus tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Ia juga akan menghalang untuk membuka pelayar web untuk dapatkan kemas kini fail keselamatan di Internet. Jadi, penyelesaian yang terbaik hapus dan buang cecacing itu secara manual.

Sebelum itu, pastikan ditutup fungsi aplikasi System Restore yang terdapat dalam Windows. Sila buka Task Manager dan berhentikan larian fail cecacing itu dalam sistem iaitu seperti Slide Show.exe.

Seterusnya, nyah sambung segala sambungan rangkaian yang terdapat pada komputer yang dijangkiti termasuk sambungan Internet. Seterusnya, larikan komputer yang dijangkiti itu dalam mod selamat atau Safe Mode.

Hapuskan cecacing W32.Shadesrat secara manual

1. Fail-fail yang bersangkutan dengan cecacing itu boleh didapati di %CurrentFolder%\[Nama_Cecacing].exe

Contoh: data.dat, Slide Show.exe, W32.Shadesrat

2. Kemasukan ke Windows Registry boleh diperoleh di beberapa kemungkinan laluan yang berikut dan ia perlu dihapuskan:

HKEY_CURRENT_USER\Software\VB and VBA Program Settings\SrvID\ID\[8 hingga 10 aksara secara rawak]

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\

CurrentControlSet\Services\

SharedAccess\Parameters\

FirewallPolicy\StandardProfile\

AuthorizedApplications\List\

"%CurrentFolder%\[NamaCecacing].exe"

> "%CurrentFolder%\[THREAT FILE NAME].exe:*:Enabled:Windows Messanger"

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\

Microsoft\Windows\CurrentVersion\

policies\Explorer

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\

Microsoft\Windows\CurrentVersion\

policies\Explorer\run

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\

ControlSet001\Control\MediaResources

\msvideo

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\

CurrentControlSet\Control\

MediaResources\msvideo

HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\

W32.Shadesrat

Penghapusan cecacing secara manual perlu dilakukan dengan berhati-hati dan betul.

Sebelum melakukannya, buat salinan pendua kepada Windows Registry dan data yang tertentu. Setelah itu pastikan juga, dikemas kini keselamatan Windows dan perisian anti-virus yang digunakan.

Lakukan imbasan dengan perisian anti-virus yang telah dikemas kini untuk pastikan virus cecacing itu sudah tiada dalam komputer yang telah didijangkiti itu. 

- UTUSAN

Kamera Termahal Di Dunia Dilelong

on 13 May 2012

Sebuah prototaip kamera Leica yang dihasilkan pada 1923, dijual dengan harga 2.16 juta euro (RM8.57 juta) dalam satu acara lelongan di sini, semalam.

Jualan tersebut sekali gus menjadikan ia sebagai rekod baru kamera paling mahal yang pernah dijual.

Dalam acara lelongan di Galeri Westlicht, kamera tersebut yang merupakan model untuk penghasilan kamera Leica 0-Series, pada mulanya dijangka hanya mampu dijual dengan harga antara 600,000 euro (RM2.3 juta) hingga 800,000 euro (RM3.1 juta).

Namun harga kamera itu, yang pada mulanya dibuka dengan harga 300,000 euro (RM1.1 juta), meningkat sehingga RM8.57 juta dan dibeli oleh seorang pembeli yang enggan dikenali.

Rekod kamera termahal yang pernah dijual sebelum ini berharga 1.32 juta euro (RM5.2 juta), juga merupakan kamera Leica 0-Series. - AFP

Samsung Lancar Galaxy S3

on 4 May 2012

Samsung Lancar Galaxy S3LONDON: Samsung Electronics hari ini mengumumkan telefon pintar terbaru pada majlis pelancarannya di London bagi mengukuhkan kedudukan syarikat itu sebagai pengeluar telefon mudah alih terlaris di dunia. 

Galaxy S3 menawarkan skrin bersaiz 4.8 inci (12.2 sentimeter) iaitu 22 peratus lebih besar daripada telefon pintar paling popular sebelum ini, Galaxy S2 yang membantu syarikat berkenaan memintas Nokia sebagai peneraju dunia.

Menurut Samsung, walaupun mempunyai skrin lebih besar namun saiznya tidak terlalu besar berbanding model sebelumnya kerana rangkanya lebih kecil.

Ciri baru lain yang diketengahkan adalah kamera pintar yang menggunakan teknologi pengecaman muka dan kawalan pengaktifan suara yang dipertingkatkan 

Model baru itu juga menggunakan sistem operasi Android dan prestasinya dalam pasaran dilihat sebagai pendorong kepada kejayaan sistem berasaskan Linux itu. - AFP
 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved