Apple iPhone 5 Mula Dijual Pada Harga Cuma RM619

on 14 September 2012

Apple iPhone 5 Mula Dijual Pada Harga Cuma RM619 | iPhone terbaru keluaran Apple Inc. mula dijual hari ini dengan paparan skrin lebih besar dan dilengkapi teknologi tanpa wayar 4G. Gadget terbaru Apple itu, dijadualkan berada dalam pasaran Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Singapura dan Britain pada hujung bulan ini.

Apple iPhone 5 Mula Dijual Pada Harga Cuma RM619

iPhone 5 juga akan mula dijual di 100 buah negara menjelang hujung tahun ini. Telefon pintar itu dilihat mampu memberi kelebihan kepada Apple  dalam persaingannya dengan Syarikat Elektronik Korea Selatan, Samsung dan gadget keluaran Google Inc.

Namun, iPhone 5 gagal menawan beberapa penganalisis teknologi dan pakar gadget menjelang pelancarannya di Amerika Syarikat kelmarin. Para penganalisis bagaimanapun mengunjurkan jualan gadget terbaharu itu akan dapat dijual antara 10 juta hingga 12 juta unit pada bulan ini sahaja.

iPhone 5 memiliki paparan skrin lebar bersaiz 10.16 sentimeter dengan fungsi internet berkelajuan tinggi 4G dan 20 peratus lebih ringan daripada model sebelum ini, iPhone 4S. Antara ciri yang ditingkatkan model terbaharu ini adalah iPhone 5 dapat juga digunakan untuk melayari web menerusi teknologi 4G selama 8 jam tanpa henti. Utuk spesifikasi yang lebih anda boleh pergi ke SINI. Gadget berkenaan boleh ditempah hari ini di AS pada harga bermula daripada AS$199 (RM619) bersama pelan data. Di Malaysia? mungkin mencecah RM3 ribu macam tu.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved