Semakan Keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2013 Tingkatan 1 Online

on 16 December 2012

Semakan Keputusan SBP 2013 Tingkatan 1 Online
Semakan Keputusan SBP 2013 Tingkatan 1 Online | Bagi adik-adik yang ingin menyemak keputusan permohonan SBP 2013 bagi Tingkatan 1 secara online anda boleh menyemak pada 16 Disember 2012 (hari ini). Kenyataan itu dikeluarkan Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut KPM, semua calon boleh mengetahui keputusan mereka pada tarikh yang ditetapkan.

Jumlah Calon Yang Layak Diterima SBP sesi 2013

Dari jumlah permohonan sebanyak 105,357, seramai 7710 murid dipilih dan akan ditempatkan di tingkatan 1 SBP tahun 2013. Dari jumlah tersebut 3645 adalah murid perempuan dan 4065 tempat adalah disediakan untuk murid lelaki. Dasar pengambilan murid ke SBP dengan memberi keutamaan murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Oleh itu sebanyak 5397 iaitu 70% permohonan diterima adalah dari murid-murid berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar.

Calon Yang Layak Untuk Ke SBP 2013 Tingkatan 1

Murid warganegara Malaysia dan mencapai 5A dalam UPSR adalah dipertimbangkan, walaubagaimanapun seramai 2313 ( 30% ) adalah mendapatsekurangnya 3A2B diterima kerana berasal dari keluarga miskin berpendapatan dibawah Paras Garis Kemiskinan ( Kumpulan Miskin Tegar )

Cara Semakan SBP 2013 Tingkatan 1

Untuk membuat semakan, sila klik link pautan di bawah:



Talian semakan sudah pun dibuka. Sila masukkan angka atau nombor giliran UPSR untuk membuat semakan. Murid yang ditawarkan juga akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Semakan Keputusan SBP 2013 Tingkatan 1 Online

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moe.gov.my . Selamat berjaya kepada semua calon UPSR 2012 dan tahniah kepada yang dapat tempat di SBP atau sekolah Berasrama Penuh

Pendaftaran SBP Sesi 2013

Bagi yang telah berjaya, surat dan lampiran tawaran mesti dicetak dan dibawa semasa hari pendaftaran nanti.

Rayuan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2013

Permohonan E-Rayuan boleh dibuat bermula 24 Disember 2012.

Sumbermelvister.com 

Update Terkini: 16 Disember 2012 (11.21 am)



Penutupan Sistem Semakan SBP Tingkatan 1Sesi 2013

Pihak KPM memohon maaf atas gangguan teknikal yang berlaku berkenaan Semakan Tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Satu pengumuman berhubung semakan ini akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat. 

Sekian, terima kasih.

Update Terkini: 16 Disember 2012

Semakan boleh dibuat... Semoga berjaya... Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan. Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat dan lampiran tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.


Update Terkini: 23 Januari 2013

Keputusan e-Rayuan tingkatan 1 sesi 2013 akan diketahui pada bulan 2 (Februari) selepas keputusan MRSM keluar.


Update Terkini: 26 Februari 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ambilan Kedua Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 27 Februari 2013 (Rabu) esok.



Segala kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.



Terima kasih.
Ranking: 5

{ 72 Comments... read them below or add one }

  1. Salam,anak saya calon UPSR 2012. Kenapa dia tidak layak sedangkan dia mendapat 5A? mohon jawapan,terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, sabarlah kak... memang ramai juga yg tak dapat nak masuk ke SBP walaupun result mereka 4A/5A... entah macam kreteria yg diperlukan utk memasuki SBP tu... mungkin bukan rezeki anak akaklah tu...

      Delete
  2. anak2 auc kecik2 lagi
    tahniah mana yg berjaya dgn permohonan ini :)

    ReplyDelete
  3. kementerian tidak adil mana boleh murid murid yang berpendapatan miskin sekurang-kurangnya 3 A 2B boleh dapat untuk memasuki ke SBP sedangkan murid murid yang berpendapatan sederhana yang mendapat 4 A dan 5 A tidak dilayan dengan sewenang-wenangnya mohon jawapan TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. disekolah anak saya, beberapa murid yang bapanya memandu merc-benz layak ke sbp sedangkan saya yang berpendapatan sederhana, anak mendapat 5A tidak layak. Teluskah pemilihan ini.

      Delete
    2. seperti tidak adil

      Delete
    3. merc mata bulat skrg murah kak. harga myvi je.

      Delete
  4. Salam,,,,anak saya dihantar ke Kelantan,,,sedangkan memohon Di Selangor....kan baru ting. 1,,,,mcm mana nak berulang alik nie......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya dapat di sbp sms selangor.tinggal di kelantan.agak-agak tukar suka sama suka boleh ke? hubungi saya diemel nadhsamuel@gmail.com

      Delete
    2. Janji dah dpt ke sbp encik . Kat sana nanti dia akan belajar berdikari . Nanti dia dah besar berguna juga kan ?!

      Delete
  5. Saya dan anak kecewa dengan keputusan hari ini anak saya yang dapat 5A tidak layak ke sekolah asrama penuh.
    bayangkan anak tidak pernah I hantar ke tuisyen anak saya dari kecil matlamat dia ke sekolah penuh asmara berkecai .
    Bayangkan kawan-kawanya bapanya business man , doctor boleh dapat .
    Teluskah pemilihan ini. Ini tidak adil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak dapat masa Form One cuba mohon untuk Form Four . Saya pun dulu tak dapat masa form one tapi syukur dapat form four .

      Delete
  6. Saya lagi kecewa, anak saya UPSR 5A, UPKK 8A satu tawaran pun tak ada, aktiviti koku hingga peringkat kebangsaan, jawatan khas pengawas, pengerusi dan macam-macam ada....mana aktiviti koku satu kelebihan...tak ada pun...kalau semua begitu anak-anak yang duduk kat bandar hilanglah motivasi untuk terus belajar......jadilah mereka semua geng kaki lepak kat shoping complex kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersabarlah, masih boleh buat rayuan. Sekolah kat mana-mana pu sama sebenarnya. X pe kalau x dapat masuk masa form 1, nanti form 4 boleh cuba lagi. Jangan putus asa ye. Teruskan belajar.

      Delete
    2. betul kata Anon tu...

      Delete
    3. Saya salahkan ibu dan bapa 100% kalau murid cemerlang macam tu pun akhirnya melepak di pusat beli belah disebabkan tak masuk asrama.... Di rumah sepasang ibu dan bapa yang kenal hati budi anak dari saat pertama dilahirkan tak kan tak mampu didik anak berbanding di asrama yang hampir 1000 orang murid yang dijaga oleh warden tak sampai 20 orang yang kebanyakkannya bujang.
      Saya sebagai ibu yang ada pengalaman duduk di asrama, saya tahu pro dan kons duduk di asrama, yang penting jati diri anak-anak kita.... Anak saya 2 orang dapat 5A tak dapat SPB tak kecewa pun!

      Delete
    4. Baru tak dapat sbp da hilang motovasi.....lemahnya anak kamu.

      Delete
    5. utamakan bbdak kampung tuh. kesian dia orang. awak tu orang kampong jugak asalnya kan?

      Delete
  7. saya pun senasib dgn anak yg tak dapat, walaupun dapat4A tapi SBP melayan mcm anak saya dapat 4B,agaknya lepas ni tak payah lah mintak SBP lagi utk anak saya yg lain buang mase aje..upkk anak saya pun 7A tapi tawaran sekolah men. agama pun tak dapat..entahlah mungkin saya bukan sedara menteri/pegawai atasan kementerian kot..

    ReplyDelete
  8. anak saya dapat di sbp sms selangor.tinggal di kelantan.agak-agak tukar suka sama suka boleh ke? hubungi saya diemel nadhsamuel@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Salam, anak saya pun sama mohon dimelaka dapat di mersing..nak tolak dan tunggu mrsm dah tak mungkin sebab cuma satu tawaran aje sekarang ni. Dapat gak SMKA di melaka...jadi berbelah bahagi.

    ReplyDelete
  10. Salam saya rasa sedikit kecewa kerana adik symndapat 5A tetapi tidak mendapattawaran mn2sekolh pontetapi muridyg dapat 3a 1b yg dapat sbp.apa tindakan saya untuk membantu adik saya sbb dia kcewa memndangkan rakan2lain mendapattwaran sbp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh mohon rayuan.... adik Anon pun boleh mohon MRSM yang dah buka sekarang nie...

      Delete
  11. Slm.. Sedara says buta huruf dn buta IT. Anaknya dapat 8A. Tp belum buat permohonan ke SBP. Boleh ke mohon skg?

    ReplyDelete
  12. Slm.. Sedara says buta huruf dn buta IT. Anaknya dapat 8A. Tp belum buat permohonan ke SBP. Boleh ke mohon skg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.... permohonan utk ke SBP dah ditutup...

      Delete
  13. Salam. Saya telah membuat e-rayuan. Pilihan ke
    SMS Kuala Selangor. Tetapi dalam sistem,
    dinyatakan jenis SBP adalah aliran agama.
    bila cetak permohonan, maklumat yg sama juga
    ( jenis SBP : AGAMA )
    Kenapa ye?

    ReplyDelete
  14. yg membezakan anak2 kita adalah A gemuk atau A kurus.. cuba semak kenapa anak tak dpt..mgkn sbb anak kita mendpt A kurus.. tak kiralah dia pakai kreta apa..jgn sangka buruk, bukan semua orang guna cabel atau kroni. Dah memang anak dia pandai (5A gemuk) dan ko-ko dia cemerlang..rezeki dia la.wA

    ReplyDelete
    Replies
    1. di sekolah anak rakan saya, ada seorang pelajar tu dapat 5A + anugerah tokoh murid ko kurikulum tak dapat sbp, tapi yg dapat 5A dengan tiada ko-ko cemerlang sekadar ahli biasa boleh dpt sbp. Adakah ini berkaitan A gemuk/kurus tu ?

      Delete
    2. Bukn masalah A gemuk or kurus...ada yg pkai kabel besar batang klapa...ada yg guna crony pkcik mkcik....tp bukn semua.....memg x adil.. Kpd yg btul2 hbat tu....tahniah n bersyukurlahhh....

      Delete
  15. mungkin ada kebal besar kot

    ReplyDelete
  16. atau pakai kebal faiber optik...

    ReplyDelete
  17. Anak saya dapat sbp sms k terengganu sedangkan minta di selangor, ada yg berminat untuk tukar dengan anak saya? Boleh msg saya 013 4079290.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bersyukur. inilah orang melayu

      Delete
    2. melayu campor02 February, 2013

      Bab syukur ke tak jangan budget bagus.....
      Semua orang pandai syukur jika ketentuan selepas usaha dibuat, cuma yang dipertikaikan ialah usaha tangan ghaib dengan izin Allah jua...bukan pertikai ketentuan Ilahi tapi tangan ghaib yang tak berhati perut tu....

      Delete
  18. Abak saya masa UPSR dapat 5A. Ada mohon SBP dan MRSM tapi tak dapat. Dia bersekolah di sekolah biasa tanpa tuusyen. PMR baru ni dia dapat straight 7A. Memang elok kalau dapat masuk SBP ni tapi dah tak dapat, kita usaha dirumah.

    ReplyDelete
  19. **ralat: Anak bukan abak

    ReplyDelete
  20. Assalam ..tujuan masukan anak SBP untuk apa? anak saya 5A jg form 1 saya carikan sekolah yg berdekatan tp ada belajar arab, alhamdulillah anak saya dpt 9A PMR. Yg penting anak kita selesa belajar dimana2. Jika di rumah kita boleh didik anak,jika di asrama siapa nak didik anak kita lepas sekolah, x boleh la kita nak harapkan 1 warden jg semua pelajar. buruk baik ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  21. As salam, saya ex-student sbp. umah parents di selangor tapi saya bersekolah di kedah. Jarak yang jauh membuatkan saya belajar berdikari. Kerana jarak yang jauh juga membataskan parents melawat saya (parents saya cuma hantar saya masa pendaftaran ting 1 dan ambil semula bila abis spm ting 5). Kepada ibubapa yang risau anak dapat sbp bukan di negeri tempat tinggal, saya rasa tidak perlu risau..syukur anak kalian dapat sbp, padahal ibubapa lain kecewa anak tidak dapat sbp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya form five sbp belajar di taiping . Dok ipoh . Pilih taiping sebab dekat dan belakang sekolah ada rumah sedara . Mula mula memang nak sangat sekolah dekat tapi bila dah setahun rasa macam menyesal pulak tak mintak luar perak sebab pengalaman yang dapat kurang sebab dah biasa sangat dengan taiping (raya kat taiping , cuti je balik taiping , bla bla) . Tapi takpe . Aaa hikmah di sebalik pemilihan itu . Dulu benci sbp tapi dah setahun rasa sayang sangat nak habiskan sekolah .

      Delete
  22. Dapat upsr 5a..upkk 8a..satu pun tawaran x dapat..sek pedalaman...aktif koko....frust sungguhhhhh

    ReplyDelete
  23. dulu,saya dapat 5A UPSR,tapi tak dapat pun tawaran ke SBP.

    ReplyDelete
  24. ramai kawan saya pakai kabel untuk masuk ke mrsm,mahupun sbp.

    ReplyDelete
  25. ade benarnye tang kabel tu.. tp hakikatnye bgantung kpd rezeki juga.. bersabarlah wahai para ibubapa, Allah da tetapkn begitu jalannye.. just go with the flow n put your best effort :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq....sdap bca komen tu....anda memahami perasaan parents spt sy n yg lain....

      Delete
  26. Dah dapat tu syukurlah. tak yah minta tukar lagi, bepuluhb ribu lagi yang menunggu rayuan....

    ReplyDelete
  27. Aslmkum.bilakah keputusan sbp tingkatan 4 2013 akan dikeluarkan..saya keliru sbab ada yg ckap 16 jan, ada yg ckap antara 18-20 jan..terimak kasih banyak2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iakah, admin dapat info keputusan keluar awal bulan februari ini... tak tau lah juga klau keluar lebih awal dari itu... tunggu saja... In Shaa Allah akan keluar juga nnti...:)

      Delete
  28. Sy faham ksedihan ibubapa yg anknya tdk dterima masuk ke sbp....luah d sini utk comfortkn dri tp cm org x faham n hentam/sindir kita balik....x rsa apa yg kita rasa....sy pun ibu yg tgal d luar bandar..ank dpt 5A tp tk mmpu nk adaa kabel bsar batang klapa....so redho dgn ktentuaNYA....ada rezki..ada lah nama masuk dlm list rayuan nanti....sabar ye kwan2 senasib...kita hnya inginkn yg terbaik utk ank2 kita....ingin mreka bljar bdikari...n bgaul dgn peljar luar dr kepompong....bukn utk lpas tgn....harap yg mbaca faham...siapa x syg ank kannn....tq....

    ReplyDelete
  29. bila keputusan rayuan masuk spb tingkatan 1 keluar ye?

    ReplyDelete
  30. Bila kputusan rayuann kluar ?thanks

    ReplyDelete
  31. lepas keputusan ke mrsm akademik biasa keluar. awal feb. 1 hari tnggu mcm 1000 thn. kan?

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum. saya sekarang 16 tahun. masa upsr saya dpt 5a. kawan2 saya yg dapat 5a dan saya tak dpt mana2 tawaran pun masa tu. so,kami sekolah rancangan khas sahaja yg berhampiran rumah kami semua. dan masa pmr haritu kami semua dapat 9a :) alhamdulillah. bayangkan,sekolah saya tu dekat pekan kecil saja,tapi bilangan straight a pmr nya hampir sama dgn sekolah sbp :) sebenarnya semua terletak pada usaha sendiri dan tunjuk ajar cikgu2. di sekolah biasa ckgu lebih beri tumpuan pada murid2 berbanding di sbp. oh ya,baru2 ni sy dan kawan2 straight 9a dpt tawaran sbp. dan kami semua menolaknya. :) belajar kt mana2 pun asalkan atas usaha kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pelajar sbp dan saya kagum dengan anda . Syabas . Keep up the work . Tak kira di mana anda bersekolah , kejayaan sebenarnya beraaa di hati dan tangan anda .

      Delete
    2. saya dapat 8a pmr..tapi malas lah masuk sbp..

      Delete
  33. assalamualaikum. saya sekarang 16 tahun. masa upsr saya dpt 5a. kawan2 saya yg dapat 5a dan saya tak dpt mana2 tawaran pun masa tu. so,kami sekolah rancangan khas sahaja yg berhampiran rumah kami semua. dan masa pmr haritu kami semua dapat 9a :) alhamdulillah. bayangkan,sekolah saya tu dekat pekan kecil saja,tapi bilangan straight a pmr nya hampir sama dgn sekolah sbp :) sebenarnya semua terletak pada usaha sendiri dan tunjuk ajar cikgu2. di sekolah biasa ckgu lebih beri tumpuan pada murid2 berbanding di sbp. oh ya,baru2 ni sy dan kawan2 straight 9a dpt tawaran sbp. dan kami semua menolaknya. :) belajar kt mana2 pun asalkan atas usaha kita :)

    ReplyDelete
  34. Assalam....saya nk tnye.... Keputusan e rayuan bulan2, berapa hari bulan erk?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti... mungkin awal bulan... tunggu saja dik... nanti aka diupdate jugak...

      Delete
  35. Tak semestinya yg dpt masuk ke sbp & mrsm pakai kabel. Mcm anak saya, lepas temuduga di mrsm. Dgn dilihat jumlah yg memohon. Saya x fikir anak saya diterima. Tp alhamdulillah, dah rezeki Allah nak beri. Kpd yg x dpt, ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  36. Kenapa x dapat ? Upsr 5A upkk 7A. Sukan aktif sampai peringkat kebangsaan .

    ReplyDelete
  37. Anak lelaki saya dulu pun upsr 5A 2009 tapi tak dapat SBP. Kami cepat2 lupakan benda yg telah ditakdirkan dan fokus kpd sekolah harian yg dia masuk, teruskan usaha dan doa. Saya minta dia set target utk pmr, dan dia berjanji dgn izin Allah utk deliver 8A. Masa mmg pantas berlalu kalau kita fokus terhadap masa depan drpd merintih perkara yg telah berlaku, sedar2 dah hampir PMR 2012. Saya beritahu dia yg kita akan berusaha ke SBP utk form 4, dgn izin Allah, dan kalau tak dapat, kita fokus SPM 2014 pula yg kurang 24 bulan dari skrg. Ditakdirkan Allah, alhamdulillah, dia diterima masuk ke SBP form 4, pendaftaran 29 jan. lepas. Kita masuk SMK harian, SBP, universiti ivy-league, politeknik, atau apa saja, bukan disebabkan 5A, 8A, 9A, jadi ketua pengawas, ketua pasukan ragbi, semua bukan. Ketentuan semua dgn izin Allah, sebab Allah tahu apa yg terbaik utk kita, percayalah.

    ReplyDelete
  38. Bila Ambilan Kedua Untuk Form 4???

    ReplyDelete
  39. Bila Ambilan Kedua Untuk Form 4???

    ReplyDelete
  40. ANAK SY 5A,X dpt SBP or MRSM..sbg Ibu sy berasa sgt sedih dn kecewa,tp bila difikirkan blik..Allah lbh mngtahui apa yg terbaik ukt hambaNya..sejuk terus hati sy..Alhamdulillah ank sy skrg gmbira dgn sknye sjr..SK men aliran agama berasrama penuh..mudahan2 dia bejaya dunia dn akhirat...teruskn perjuangan ankku..mnegjar akhirat,dunia akn turut mengiringi,mngejar duniawi,akhirat mniggalkan kita...Wallhualam..

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  42. Bila semakan keputusan ke tingkatan 4 2013 ambilan kedua bole d buat...ank sy blum dpt mne2..meskipn 9a..sy gune kabel paling atas...Allah Taala...ikut rezki anak...tk dpt kena jge belaja...pemikiran kena ubah...bukan ubh sekolah bole jdikn kita pndai tpi pemikiran yg kena ubh mcm mne nk tingkatkn kualiti belaja..

    ReplyDelete
  43. nak tanya sikit..for example masa sy form 1 sy dah masuk sbp tetapi masa form 2 saya pindah ke sekolah harian biasa..masa saya PMR saya dapat 8A bolehke saya nak masuk sbp lagi nanti form 4 ??

    ReplyDelete
  44. tak perlu la ibubapa kecewa sangat anak2 nye tak masuk sbp..anak saya nur atikah najihah pun dapat 5a upsr..mase tu tak boleh sbp..dan saya daftar dia sekolah harian..form3 dia dapat 9a pmr..alhamdulillah, sbg ibu saya nak die bersaing lebih tinggi lagi dengan org yang hebat2..tapi die tak dapat masuk sbp..so, stay seklah harian..alhamdulillah, dia merupakan ketua pelajar, dan aktif dalam ko mahupun kurikulum..sekrg tengh tunggu result spm..sy doakan dia berjaya..so, tak semestinya sekolah sbp kalu nak cemerlang..yang penting kekuatan kita menangani cabaran dan dugaan..saya selalu menerapkan nilai2 positif pada anak saya..

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  46. Insyallah.. parents jangan risau kalau ada rezeki.. anak2 akan dapat masuk asrama penuh... kalau tak.. anggap saja Allah akan bagi yang lebih baik lagi .....

    ReplyDelete
  47. Dulu anak sulung saya dapat masuk SBP selepas beberapa kali rayuan... pegawai SBP kata mereka tengok pada grad murid... memang semua yang minta SBP dapat 5A tapi tengok grad murid jugak... ada A100 ada A90... macam itu lah katanya. ... ibu bapa pun kena tengok pada anak sendiri... kalau SBP sains tulen.. anak mestilah minat sains... kalau tak... keputusan peperiksaan akan merosot dan anak akan tension .....

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved