Samsung Bakal Lancarkan Galaxy S4 Februari 2013

on 19 September 2012

Samsung Bakal Lancarkan Galaxy S4 Februari 2013 | Pengumuman Apple mengenai jumlah tempahan untuk iPhone 5 sudah melebihi 2 juta unit mungkin sedikit menggugat pesaing rapatnya, Samsung. Lantaran itu, beberapa hari selepas Apple Inc melancarkan iPhone 5, sudah tersebar maklumat Samsung Electronics pula akan melancarkan varian terbaru Samsung Galaxy S4 pada Februari 2013 di Kongres Mudah Alih Dunia di Barcelona, Sepanyol.

Mengikut satu laporan Korea Times, varian terbaru Samsung Galaxy S4 yang disasar meneruskan legasi super popular Galaxy SIII akan ditampilkan dengan skrin 5-inci, besar sedikit daripada 4.8-inci pada SIII. Seperti dijangka dalam sebuah telefon pintar generasi terbaru, peranti itu akan dipadankan dengan perkakasan dan perisian terbaik yang boleh ditawarkan Samsung.

Samsung Mahu Tampilkan Perubahan

Samsung Bakal Lancarkan Galaxy S4 Februari 2013

Akhbar itu yang memetik seorang pegawai Samsung berkata, sebahagian besar daripada perubahan yang akan ditampilkan nanti akan berada di dalam peranti, bukannya bahagian luaran. Katanya, Samsung Galaxy S4 akan menyaksikan sedikit perubahan luaran tetapi mengekalkan rekaan empat segi sama dengan konsep separa bulat di bucu. (gambar diatas mungkin hanya ilustrasi semata)

Telefon pintar terbaru itu dijangka mengekalkan pelbagai ciri istimewa pada Galaxy SIII termasuk sokongan untuk menggunakan rangkaian LTE (4G) dan penggunaan pemproses keluaran Samsung Exynos dan Snapdragon dari Qualcomm, bergantung kepada negara di mana Samsung Galaxy S4 itu dijual. - Samsung Bakal Lancarkan Galaxy S4 Februari 2013

p/s : persaingan sengit sebegini memang diharapkan… maka makin cepatlah teknologi berlalu…

Sumber: Ammboi

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved