Gadis Diratah Perompak Yang Kemaruk Dalam Bilik Air

on 19 September 2012

Gadis Diratah Perompak Yang Kemaruk Dalam Bilik Air | KUALA LIPIS – Berikutan tidak mampu mengawal geledak serakah, seorang lelaki sanggup menceroboh rumah seorang gadis sunti di Kampung Gemunchor, di sini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Gadis Dirogol Perompak Yang Kemaruk Dalam Bilik Air

Lebih menyayat hati apabila suspek bersama dua rakan sanggup mengikat ibu gadis terbabit sebelum mengheret mangsa yang berusia 17 tahun ke dalam bilik air lalu merogolnya.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, sebelum kejadian berlaku, suspek bersama dua rakannya dipercayai pergi ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta.
“Suspek dan dua rakannya menaiki sebuah kereta dan berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum memecah masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci. 
“Suspek kemudiannya mengikat ibu mangsa di bahagian dapur sebelum mengheret mangsa yang ketika itu berada di rumah tamu ke bilik air untuk melampiaskan serakahnya,” katanya, di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, selepas mempelakukan mangsa yang dalah gais berusia 17 tahun itu, suspek bertindak merampas gelang tangan emas milik ibu mangsa sebelum melarikan diri.
“Namun dalam keadaan tergesa-gesa, gelang tangan yang dirampas itu terjatuh di pekarangan rumah mangsa. Mangsa yang tidak berpakaian penuh kemudiannya bertindak berlari ke rumah kakaknya yang terletak kira-kira 500 meter untuk meminta pertolongan,” katanya.
Bagaimanapun, mangsa kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membuat laporan polis sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, bagi mendapatkan rawatan susulan selepas cedera kibat bergelut dengan suspek.
“Berdasarkan siasatan awal daripada mangsa dan ibunya, polis percaya suspek tersebut mengenali keluarga terbabit. Ibu mangsa juga dipercayai dapat mengecam suspek berdasarkan bentuk tubuh dan cara pergerakannya. 
“Kini polis giat mengesan suspek yang dipercayai tinggal berhampiran dengan rumah mangsa,” katanya lagi.
Acu parang

Sementara itu, nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Wan ketika ditemui wartawan memberitahu, dia turut berada dalam sebuah bilik di rumah sama ketika kajadian itu berlaku.

Wan berkata, anaknya berada di dapur, sementara cucunya pula sedang mengemas pakaian dalam bilik tidur kerana mahu kembali ke asrama, semalam.

Kemudian dia dikejutkan dengan kekecohan di ruang dapur dan mendengar anak dan cucunya meminta tolong.
“Saya keluar dari bilik selepas mendengar suasana kecoh di dapur sebelum melihat dua kelibat lelaki sedang mengacukan golok ke leher anak saya. Kemudian, saya nampak seorang lagi lelaki mengheret cucu keluar dari bilik dan dibawa ke bilik air,” katanya.
Menurutnya, akibat ketakutan, dia masuk ke dalam bilik sebelum menolak katil ke pintu untuk menghalang penjenayah itu masuk.
“Penjenayah itu ada cuba menendang pintu bilik, tapi tak dapat membukanya. Ketika itu, saya masih dengar jeritan anak dan cucu meminta tolong. Saya hanya mampu menangis sambil berdoa supaya keluarga tidak diapa-apakan penjenayah itu,” katanya.
Mangsa pengsan

Wan berkata, lebih kurang 15 minit kemudian, keadaan kembali tenang apabila semua penjenayah sudah melarikan diri. Menurutnya, dia memberanikan diri keluar dari bilik untuk melihat anak dan cucunya.
“Ketika Wan keluar, anak saya sedang menangis, manakala cucu sudah tiada dalam rumah kerana keluar meminta bantuan kakaknya yang tinggal berhampiran,” katanya.
Manakala, kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, adiknya berlari dalam keadaan separuh sahaja berpakaian ke rumahnya untuk meminta pertolongan.
“Saya mendengar jeritan adik meminta tolong dalam keadaan cemas dan memberitahu dia bersama ibu jadi mangsa rompakan. Namun saya terkejut apabila melihat dia dalam keadaan separuh bogel dan memberikan sehelai kain batik untuk dipakai sebelum dia pun pengsan di rumah saya,” katanya.
Kami difahamkan seorang daripada suspek adalah bekas banduan berusia dalam lingkungan 50-an yang pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan rogol. Lelaki itu dikatakan sudah mengamati pergerakan mangsa ketika bertemu di sebuah kenduri beberapa hari sebelum kejadian. - Gadis Diratah Perompak Yang Kemaruk Dalam Bilik Air
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. kalau ada hukum hudud kan adil hukuman yg akan dikenakan.

    ReplyDelete
  2. @faizfakhirin betul tu... jadi para perogol dan perompak pastinya tidak ada sudah...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved