Anak Rina Meninggal Dalam Kandungan | Setelah Rini AF 7 kehilangan anak tercintanya pada 17 Ogos lalu, semalam, 18 September adik kembar kepada Rini iaitu Rina atau nama sebenarnya Zuzafrina Zulkifli pula telah mengalami nasib yang sama apabila anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia.
Wartawan yang menghubungi Rini mengesahkan perkara tersebut dan beliau sudi berkongsi berita sedih ini.
"Semalam Rina pergi bagi mengadakan pemeriksaan seperti biasa di Hospital Kajang, tetapi sewaktu pemeriksaan doktor, dia diberitahu bahawa anak dalam kandunganya sudah tidak bernyawa lagi. Bagaikan tidak percaya, Rina membuat imbasan sekali lagi tetapi hasilnya tetap sama. Bagaimanapun Rina redha dan menerima ketentuan Illahi dengan apa yang berlaku."
Bermula semalam, Rina dimasukkan ke wad serta diberikan ubat untuk memudahkannya bersalin. Rina juga pernah mengalami keguguran di awal perkahwinan sebelum disahkan mengandung kali kedua. - Anak Rina Meninggal Dalam Kandungan
Sumber: Forblogger
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment