11 Tips Penjagaan Cermin Mata

on 2 November 2012

11 Tips Penjagaan Cermin Mata | Cermin mata bukanlah sesuatu yang asing bagi kita semua. Tips penjagaan cermin mata perlu diketahui oleh semua pengguna cermin mata tidak kira pengguna baru ataupun lama. Dengan penjagaan yang baik, hayat cermin mata mampu bertahan lama. Jadi tidaklah asyik kena tukar cermin mata baru saja. Jom kita lihat sebelas tips penjagaan cermin mata yang betul.


  • Gunakan bekas kaca mata dengan saiz yang sesuai, iaitu dari segi panjang, tinggi dan lebar. Bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai. Sentiasa bungkus kaca mata dengan kain pembersih lensa sebelum memasukkan kaca mata ke dalam bekas agar lensa sentiasa dalam keadaan baik.
  • Bingkai, lensa, pad hidung dan benang nilon mungkin akan nampak sedikit buruk kerana sering digunakan. Dapatkan pemeriksaan pakar optikal sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memeriksa kaca mata anda bagi menentukan bahagian mana yang perlu diganti.
  • Kaca mata tidak berbingkai lebih mudah patah berbanding kaca mata berbingkai keluli. Jangan cuba memperbaiki kaca mata anda bagi mengelakkan kerosakan pada lensa atau bingkai.
  • Jangan sesekali mengubah bentuk, memperbaiki atau mengubah suai kaca mata anda. Ini akan merosakkan bingkai. Bingkai kaca mata yang tersalah kedudukan akan menyakitkan hidung dan telinga atau bingkai tiba-tiba terjatuh. Lensa juga mungkin akan jatuh daripada bingkai.
  • Jangan mengelap kaca mata semasa kering. Biasakan mencelup lensa ke dalam air bagi menghilangkan debu yang boleh menyebabkan lensa bercalar. Basuh bingkai dan lensa sekerap mungkin dengan sabun lembut dan air suam bagi menghilangkan minyak dan kotoran.
  • Jangan cuba membuka kaca mata anda dengan menggunakan sebelah tangan. Ini mungkin akan menyebabkan kaca mata menjadi longgar atau patah. Selalu gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa.
  • Pegang kaca mata dengan cermat semasa membersihkan lensa dengan memegang bingkainya. Gunakan tisu lensa atau kain yang sesuai agar lensa tidak rosak.
  • Jangan meletak kaca mata atas permukaan yang kasar kerana lensa mungkin akan tergesel atas permukaan dan menyebabkan ia tercalar.
  • Jangan biarkan kaca mata di dalam kereta dan terdedah pada cahaya matahari.
  • Jangan pakai kaca mata semasa di dalam sauna atau mandi wap.
  • Elakkan daripada udara panas seperti dekat dengan air panas yang sedang menggelegak.

Ranking: 5

{ 4 Comments... read them below or add one }

  1. good tips walaupun xpakai spec...

    ReplyDelete
  2. terbaik tips ni. aku pakai spec. memang calar balar dah.

    ReplyDelete
  3. aku tak pakai spec tapi aku tertarik dengan entri ni .. haahhaa

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved