Doa Untuk Membatalkan Sihir

on 2 November 2012

Doa Untuk Membatalkan Sihir | Doa ini bacakan kepada anggota keluarga atau kepada orang yang terkena sihir pada waktu kecemasan sekiranya tiada ustaz atau perawat Islam lain yang berdekatan pada masa kejadian tersebut. Boleh dibaca doa ini terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan selanjutnya dengan ustaz atau perawat Islam selepas itu.

Jika anda syak suami atau isteri anda terkena sihir. Bolehlah dibacakan padanya, dihembuskan pada ubun-ubunnya. InsyaAllah jika sihir yang baru sahaja dikenakan dan belum lagi menjadi teruk pada peringkat awal. Insyaallah dengan izin Allah SWT boleh sembuh. Lakukan ketika semasa ia tidur. (Jika ada jin atau makhluk halus dalam tubuh badannya, akan diketahui) kerana makhluk halus akan menderita serta sakit bila dibaca doa ini). 

Jika keadaan sudah menjadi teruk, eloklah bawa berjumpa dengan mereka yang lebih arif tentang pengubatan ilmu sihir yang terdiri dari ustaz-ustaz di pusat rawatan Islam.


Cara membatalkan sihir


Ambil wudhuk dahulu sebelum memulakan rawatan

1. Kemudian Shalawat Nabi 3x.

2. Baca Al-Fatihah 7x.

3. Baca Ayatul Kursi 1x.

4. Dan Kemudian baca doa dibawah ini sebanyak 3x dan dihembuskan pada ubun kepala dan kemudian diseluruh tubuh. Tekan perlahan pada bahagian yang sakit jika ada sekiranya diberitahu oleh pesakit. Jika perlu tekan dan ulang baca doa sambil menekan hingga hilang kesakitan. Jika anda lemah semangat jangan lakukan. Bacaan hendaklah dibaca dengan betul tajwidnya. 


Maksudnya:


Doa Untuk Membatalkan Sihir

80. Setelah datang ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka: Campakkanlah kamu dahulu apa yang kamu hendak campakkan (dari benda-benda yang kamu jadikan sihir itu)!

81. Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.

Wasallam.

Ranking: 5

{ 6 Comments... read them below or add one }

  1. good..terima kasih atas perkongsian ni....skrg sihir2 ni dah semakin menular

    ReplyDelete
  2. tq,saya sgt perlukan doa ini..:)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,
    tq for sharing.. pernah ada pengalaman ni,bagus utk perisai diri,insyallah.

    ReplyDelete
  4. terima kasih bro sebab sharing :)

    ReplyDelete
  5. Anonymous05 July, 2013

    Salam disini saya ingin berkongsi pengalaman saya yang terkena sihir.Jika boleh siapa tidak mahu perkara ini berlaku keatas diri sendiri mahupun keluarga.Bila kesakitan itu datang saya cukup teruk sekali rasanya bila jadi kejang pula rasa macam dihiris pisau pula.Kesakitan ini jadi didalam sahaja.Pernah seharian saya jadi kejang hanya allah sahaja yang tahu bertapa azabnya menahan kesakitan.Bila jadi kejang sebelah kaki kanan dan akan dituruti pula oleh kaki kiri.Yang paling sakit sekali jadi diperut betis macam dipotong oleh pisau dari dalam.Sewaktu saya sedang menaip inipun saya belum pulih lagi dan mencari serta merujuk kepada siapa saya harus pergi untuk dapatkan rawatan.Jika ada sesiapa yang tahu tolong reply jika boleh saya mahu rawatan cara islam.

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved