Kereta Ini Bakal Lebih Laju Daripada Peluru

on 2 November 2012

Kereta Ini Bakal Lebih Laju Daripada Peluru
Kereta Ini Bakal Lebih Laju Daripada Peluru | Pernah tak kamu bayangkan sebuah kereta lebih laju daripada peluru yang telah dilepaskan? Nampak macam cubaan yang sangat berani yang ingin dicipta oleh seorang pelumba Australia, Rosco McGlashan. McGalshan mahu mencipta rekod lebih laju daripada peluru pada 2014 dengan memandu sebuah kereta.

Beliau percaya yang dia mampu mencipta rekod itu dengan memandu sebuah kereta yang dilengkapi teknologi roket pada kelajuan 1,609 kilometer sejam. Kereta yang dipandunya akan bergerak lebih laju daripada sebutir peluru.

Kos bagi menghasilkan kereta itu ialah AS$4.2 juta (RM12.75 juta). Kereta itu yang diberi nama Invader 5R sepanjang 16 meter. Ia dijana kuasa roket dan menggunakan bahan bakar bio serta cecair oksigen. Dia dan anggota pasukannya akan menguji kereta tersebut pada tahun hadapan. - AFP
Nota: Cuba kamu bayangkan kelajuan kereta tu dan impak apabila beralku kemalangan? Pergh, memang dahsyat bukan impak atau kesan yang bakal berlaku apabila berlaku sedikit kemalangan. 
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. woww! mcm kete konsep back to the future kalau excident ni..egegeg

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved