Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...
Seperti yang semua ketahui yang bertudung itu merupakan satu suruhan dan ianya tidaklah disuruh secara paksa tapi memakai tudung bagi perempuan adalah untuk menutup auratnya daripada terlihat yang bukan muhrim baginya.
Cantik bukan kalau perempuan itu memakai tudung... comel saja dilihat... Bukan itu sahaja, apabila kita melihat perempuan memakai tudung, sejuk saja mata memandang. Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini makin ramai artis wanita yang telah berhijrah dari tak memakai tudung ke penampilan memakai tudung. Harap-harap penghijrahan itu merupakan sesuatu yang kekal dan bukannya sekadar mengikut trend masa kini. Kalau nak berubah tu memang bukannya senang ianya perlukan semangat, jati diri dan kekuatan. Jikalau tidak, semuanya pasti tak akan kekal lama perubahan itu. Istiqomah, tawakal dan doa juga diperlukan untuk semua itu. Berubahlah demi Allah S.W.T. dan insyaAllah akan berkekalanlah perubahan itu. Janganlah berubah demi manusia atau sekadar nak menunjuk-nunjuk kerana itu hanyalah sementara sahaja. Oleh itu, aku ada beberapa tips yang boleh digunakan dim awal pemakaian tudung labuh untuk para wanita diluar sana (copy and paste dari rakan facebook). Harap perkongsian ini berguna bagi mereka yang ingin mempraktikkan cara pemakaian tudung labuh.
- Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
- Cari dan sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.
- Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
- Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa dan sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat-sahabat yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).
- Perbanyakkan membaca al-Quran dan mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)
- Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
- Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
- Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku dan menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^_^
- Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
- Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit Serta kurangkan pemakaian seluar dan mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.
Nak bodek sikitlah...
ReplyDeleteTip yang bagus huhu..