Lee Chong Wei Tewas, Gagal Dalam Misi Kutip Emas

on 5 August 2012

Lee Chong Wei Tewas, Gagal Dalam Misi Kutip Emas | Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tumpas kepada musuh tradisinya, Lin Dan pada perlawanan akhir badminton Olimpik London 2012.

Lee Chong Wei Tewas, Gagal Dalam Misi Kutip Emas

Nampaknya nasib tidak menyebelahi Malaysia untuk sukan badminton ketegori perseorangan lelaki setelah Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan dalam tiga set.

Datuk Lee Chong Wei menang set pertama pertemuan akhir Sukan Olimpik 2012 London. Chong Wei menamatkan set pertama, yang menyaksikan pertemuan ulangan dengan Lin Dan dan yang ke-30 antara dua jaguh ini, 21-15 dalam 26 minit.

Beliau beraksi pada Sukan Olimpik 2012 London sebagai pilihan pertama dan membawa harapan negara untuk membawa emas. Bagaimanapun beliau kalah dalam set kedua 10-21 dalam 20 minit.

Lin Dan Juara Badminton Olimpik London
Lin Dan dari China meraihkan kemenangan merangkul Emas Perseorangan Lelaki
selepas  mengalahkan Lee Chong Wei dalam tiga set.

Chong Wei yang bermain dengan tungkus-lumus gagal sekali lagi di tangan Lin Dan 21-19 dalam set yang ketiga dan terakhir.

Walaubagaimanapun, kesungguhan dan usaha Datuk Lee Chong Wei patut dipuji kerana beliau telah mempamerkan satu permainan yang menarik dan di tahap tertinggi.

Pastinya Datuk Lee Chong Wei kecewa dengan kekalahan tersebut kerana beliau berpendapat perlawanan tersebut adalah perlawanan terakhirnya sebelum bersara.
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved