Anak Anne Ngasri Panggil Alif Aziz 'Daddy'? | Ini pula perkembangan terkini hubungan istimewa pasangan pelakon Anne Ngasri dan Alif Aziz. Terbaru, Anne Ngasri mengakui tiga anaknya memanggil kekasihnya iaitu penyanyi dari Singapura, Alif Aziz dengan panggilan ‘daddy’.
Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri, 28, berkata, anak-anaknya iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2, sangat rapat dengan Alif kerana sering menghabiskan masa bersama-sama. Beliau juga hargai sikap matang Alif dalam menerima dia dan anak-anaknya. Katanya lagi, sifat matang dan bertanggungjawab penyanyi berusia 21 tahun itu telah membuatkan dia semakin selesa bersamanya.
Sudah Dapat Restu Kedua-dua Keluarga
Dalam pada itu, Anne memberitahu keluarga kedua-dua belah pihak merestui hubungan cinta mereka terutama keluarga Alif yang begitu menyenangi kehadirannya dan anak-anak. Ujar Anne, restu keluarga adalah sangat penting dan dia bertambah yakin untuk meneruskan hubungan bersama Alif kerana faktor tersebut.
“Saya adalah seorang ibu tunggal dengan tiga anak dan memang risau jika keluarga Alif tidak dapat menerima saya. Tetapi Alhamdulillahlah keluarga kedua-dua belah pihak menerima hubungan kami dengan baik,” katanya dalam sebuah portal berita online.
Sementara itu, Anne menjelaskan hubungannya dengan bekas suami, Abdul Wafi Hassan juga sangat baik dan dia tidak membelakangkan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak mereka. Anne memberitahu walaupun sudah berpisah hubungan ibu, bapa dan anak haruslah rapat bagi memastikan mereka mendapat kasih sayang sepenuhnya. kredit kepada ammboi
elok kahwin jer diorang nih , hehe ,
ReplyDelete#salam ramdan , hehe ,
waahhh....hehe....untunglaa dia
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu mereka berdua kahwin :D hee
ReplyDelete