Ally Iskandar dan Farah Lee Sedia Timang Anak? | Ally Iskandar dan Farah Lee memberitahu mereka sudah sedia timang anak. Namun pasangan berkenaan berkata, mereka hanya akan sedia menimang cahaya mata selepas Farah Lee (Nurfarahin Romli) tamat pengajiannya di luar negara.
Ally, 36, berkata, dia tidak mahu tumpuan isterinya yang sedang menuntut dalam bidang keputeraan mekanikal di Universiti In Ha, Korea Selatan itu terganggu tambahan pula mereka berjauhan. Buat masa ini mereka memang merancang dan membiarkan Farah tamat pengajian terlebih dahulu sebelum membina keluarga.
Ally berkata, Farah Lee masih mempunyai baki satu semester dan dijangka akan menamatkan pengajiannya pada penghujung tahun ini. Dalam pada itu, Ally berkata, dia tidak berasa kekok terpaksa tinggal bersendirian di Kuala Lumpur kerana sepanjang ketiadaan isteri dia akan menyibukkan diri dengan kerja. Ally memberitahu, isterinya akan kembali ke tanah air pada setiap kali cuti semester dan ada kalanya Ally sendiri akan terbang ke negara itu untuk bertemu Farah Lee.
“Rindu memang rindu tetapi saya harus bersabar dan berkorban buat ketika ini dan biarkan dia menghabiskan pengajiannya terlebih dahulu.
Bakal berhari raya bersama isteri di Kuala Terengganu selepas hampir sepuluh tahun tidak berbuat demikian, Ally berkata dia sangat teruja untuk menyambut kedatangan Aidilfitri bersama keluarga dan isteri. Ally bernasib baik kerana rumahnya dan keluarga isteri terletak tidak jauh bagi membolehkan kedua-dua belah pihak bertemu.
“Alhamdulillah raya tahun ni isteri pun balik bercuti selama tiga bulan dan dapatlah menyambut Hari Raya bersama-sama sebagai pasangan suami isteri,” katanya yang bernikah dengan Farah Lee pada 20 Januari lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. (Sumber)
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment