Assalamualaikum semua....
Siapa yang tak kenal dengan Nabil raja lawak yang popular. Nabil kini yang berbunga-bunga hatinya setelah mengetahui isteri kesayangannya, Nazirah Ayub berbadan dua selepas sembilan bulan melayari alam rumah tangga.
Apa yang pasti Nabil dan isteri gembira dengan berita ini dan sememangnya menantikan saat-saat itu.
Nabil dan isteri sudah pun bersedia mental dan fizikal untuk menerima orang baru dalam keluarga kecil yang dibina sejak September tahun lalu.
Dalam debaran menanti detik-detik bergelar seorang bapa dan ibu, Nabil (29) dan Nazira (24), turut berkongsi rasa bahagia dan pengalaman pertama yang kini sedang dilalui.
Apa yang lawak di sini ialah, Nabil pernah membeli 100 botol susu kambing dan meminumnya setiap hari semata-mata untuk memperolehi zuriat dengan cepat. Tapi alhamdulillah kini mereka berdua dapat mengukir senyuman kegembiraan dengan berita kehamilan isterinya.
Tak kisahlah jantina lelaki atau perempuan bakal anak nanti. Apa yang penting kena jaga dengan baik-baik anak yang menjadi amanah dari Allah tu. Ingat mereka adalah penyeri dan penghibur bagi sesebuah keluarga dan pemberian yang tersangatlah berharga.
Antara kata-kata Nabil semasa di temubual :-
Alhamdulillah usia kandungan isteri saya kini dua bulan tiga minggu. Kami berdua sebenarnya memang sudah lama menunggu detik ini. Isteri saya tahu dia hamil ketika usia kandungan sudah pun mencecah tiga minggu," katanya yang ditemui baru-baru ini.
"Saya dinasihatkan jangan terlalu teruja kerana tidak elok. Namun perasaan ini sukar disembunyikan kerana saya memang sudah tidak sabar lagi menunggu bulan 12 nanti," katanya sambil tersenyum gembira.
“Kalau boleh saya mahu seorang bayi lelaki. Tapi sebenarnya di kala ini saya tidak terlalu sangat memikirkannya," katanya yang menggunakan nama panggilan Adam untuk berbual dengan kandungan isterinya.
Kredit to:- Utusan
haha..dah jadi ayah ? alhamdulillah ..sory la bro..baru balik jenjalan travelling ..haha..bukak blog ada pulak contest AE ..join jela walaupun tak kenal beliau..haha..tapi bro, agak-agak aku peluang tipis kan ? haha ...takpela ..eh bro, jom jadi rakan blogger sepanjang zaman aku nak ? tukar banner je ..ok ?
ReplyDelete@SP (spudinpunya) belum jadi ayah tapi bakal jadi ayah... masih dalam kandungan lagi... hehehe berapa saiz bannernya tu bro ?
ReplyDeleteAlhamdulillah.....^_^
ReplyDelete@Ikmal erm 290x90 ..nanti saya akan adjust la sikit - sikit .. hehe
ReplyDelete@Ikmalni banner link bro
ReplyDeletehttp://www.spudinpunya.com/2012/05/sticky-post-mencari-rakan-blogger-untuk.html