Gara-Gara Apendiks Nyawa Almy Nadia Nyaris Melayang

on 6 June 2012

Assalamualaikum semua....

Gara-Gara Apendiks Nyawa Almy Nadia Nyaris Melayang

Memang bahaya juga penyakit apendiks nie kalau tak dirawat dengan segera. Apendiks boleh membawa maut sekiranya berlaku jangkitan dan jika penyakit ini teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen). 

Salah satu cara merawat apendiks adalah dengan menjalani pembedahan bagi membuang apendiks yang sudah terkena jangkitan itu.

Inilah yang berlaku kepada seorang artis dan juga pelakoniaitu Almy Nadia. Beliau sangat bernasib baik kerana sempat mendapatkan rawatan di KJMC.

Antara kata-kata Almy selepas pembedahan. kredit kepada mStar.

Doktor kata saya kena berpantang selama tiga minggu kerana luka pembedahan itu agak teruk. Tetapi ibu nasihatkan agar saya berpantang selama tiga bulan bagi memastikan luka dalam perut sembuh sepenuhnya.
Sekarang, saya sangat menekankan pengambilan makanan yang tidak pedas selain memilih makanan berkhasiat. Paling penting saya kena kawal pergerakan agar tidak lasak sebab maklumlah saya ini tidak boleh duduk diam.
Saya sangat trauma dan sakit akibat pembedahan itu tetapi keadaan beransur pulih. Walau sakit dan sukar mana sekalipun pergerakan saya, kerja kena diteruskan kerana saya anak sulung yang perlu menyara keluarga di kampung,
Saya percaya segala musibah yang datang kepada saya adalah dugaan daripada Allah untuk menghapuskan pelbagai dosa yang pernah saya lakukan,

 p/s: Harap lepas nie Almy hati-hati dalam pemakanan dan jagalah kesihatan diri tu.
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. Bahaya kalau penyakit appendik ini tidak rawat diperingkat awal kerana boleh meragut nyawa.

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved