Bagaimana Untuk Merawat Bibir Yang Kering | Sekiranya cuaca kering ataupun kerap kali berada di kawasan yang sejuk, kita mungkin berdepan dengan masalah seperti bibir kering mahupun pecah. Ketahui apakah petua untuk masalah ini.
Pernahkah kamu mengalami masalah bibir kering ataupun pecah? Bibir yang kering, kelihatan pecah-pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan keadaan cuaca panas ataupun udara kering contohnya kalau dah lama sangat berada dalam bilik berhawa dingin atau kawasan sejuk. Tetapi mungkin ada yang terlupa bahawa pemakaian gincu yang kurang sesuai juga boleh menyebabkan masalah bibir mengelupas! Sebabnya bahan kimia yang terkandung dalam gincu atau lipstik itu kemungkinan tidak sesuai dengan kulit kita.
Petua Merawat Bibir Pecah
- Cuba sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.
Merawat Bibir Kering
- Ambil beberapa kelopak bunga mawar dan rendamkan dalam susu segar selama1-2 jam. Selepas itu ambil air rendaman tersebut dan sapukan pada bibir yang kering. Kaedah ini di katakan bukan sahaja membantu melembabkan bibir yang kering malah boleh mencegah agar warna bibir yang merah bugar itu tidak hilang serinya.
Petua Melembabkan Bibir Kering
- Cara ini memang baik dan bagus diamalkan. Caranya ialah oles susu pekat pada bibir. Waktu yang paling baik ialah pada waktu petang lebih kurang pukul 5 atau 6 petang dan biarkan ia sehingga pukul 7 atau 8 sebelum mandi. Amalan ini membantu membuang kulit kering yang mati dan melembutkan kulit kering.
Atau
- Kalau tak suka pakai susu (takut kena gigit semut.. hehehe..) boleh guna cara ini pula. Gosok bibir itu dengan timun. Potong timun nipis-nipis dan tempek atau gosokkan pada bibir yang kering untuk merawatnya.
Atau
- Satu cara yang dikatakan bagus ialah dengan menggosok gel lidah buaya. Petua ini memang lain sikit tapi ianya dikatakan boleh membantu menyembuhkan bibir yang kering dan pecah-pecah dalam masa yang singkat.
Note: Sebenarnya tidak ada masalah besar jika kita mengalami masalah bibir kering mahupun pecah. Namun demikian, jika kita mengalaminya ia akan timbul rasa sakit terutama apabila menikmati makanan pedas. Selain itu, kita akan berasa kurang selesa apabila berkomunikasi dengan orang lain.
cara tradisional tu, bahan2 tu semuanya ada kt sekeliling kita je kan. boleh dipraktikkan ni =) nice info
ReplyDeletewah... thanks untuk info ni :)
ReplyDelete