Bahaya Jika Kerja Lebih Lapan Jam Sehari | Assalamualaikum dan salam sejahtera, terdapat satu artikal penting yang ingin saya kongsikan kepada semua pembaca-pembaca di blog ini terutama sekali kepada yang bekerja. Tak salah kalau kita nak bekerja lebih masa untuk menambahkan lagi pendapatan tapi ingat terdapat risiko yang bakal dihadapai sekiranya berkerja lebih masa atau yang lebih tepat jika bekerja lebih dari lapan (8) jam sehari.
Sekiranya pada masa ini anda sering bekerja selama lebih lapan jam sehari, apa kata anda cuba ubah rutin tersebut kepada masa yang lebih pendek kerana kerja lebih masa dikaitkan dengan risiko mendapat sakit jantung.
Menurut para pengkaji, sesiapa yang bekerja dalam tempoh masa yang lama mempunyai risiko sebanyak 80 peratus (%) untuk mendapat masalah kardiovaskular itu.
Kajian yang disiarkan dalam American Journal of Epidemiology itu menjelaskan bahawa pekerja yang kerap mengabdikan diri di pejabat mudah diserang tekanan perasaan, darah tinggi dan amalan diet yang tidak terancang/tersusun.
Perbuatan tersebut dikuatiri boleh mengakibatkan sakit jantung dan strok.
Kajian terkini oleh Institut Finlandia, Amerika Syarikat itu digabungkan dengan hasil terdahulu di mana mereka yang bekerja lebih daripada 11 jam sehari memiliki risiko sakit jantung sebanyak 67 peratus.
Jelas para pengkaji, keadaan itu berlaku akibat tekanan di tempat kerja yang menambahkan kandungan hormon kortisol. Selain itu, tempoh tersebut turut mengganggu jadual diet dan menghadkan aktiviti fizikal. - Kosmo Online
ooo sampai cam tu yekk...
ReplyDeletenasib auc kerja 3 jam je sehari :)
@Anak Ulu Cheka Assalam, wahhh kejapnya auc kerja... hehehe
ReplyDeletekalau terpaksa kerja lebih daripada 8 jam, kena paksa untuk sukakan kerja tu agar tak ada tekanan.. betul tak?hehe
ReplyDelete@boni kacak iakah... tapi memang sukar dan jarang berlaku kes mcm tu... biasanya kalau seseorg tak suka kerja tu mungkin 3-4 minggu dah berhenti... hahaha...
ReplyDelete