Showing posts with label Jom Fikir. Show all posts
Showing posts with label Jom Fikir. Show all posts

Kanta Lekap / Contact Lense Dan Hukum Memakainya Dalam Islam

on 11 February 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


Kanta lekap / contact lense biasanya digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah penglihatan dan malas nak gunakan cermin mata dan menjadikan kanta lekap sebagai jalan alternatif. Memakai kanta lekap ini memang tak salah kalau digunakan untuk kebaikan dan bukannya untuk tujuan berhias. Ini tidak, ramai umat islam sekarang menggunakan kanta lekap untuk mencantikkan lagi mata mereka seperti mata orang barat. hehehe... Kalau aku nak ulas lebih panjang lebar aku bukanlah orangnya kerana aku bukannya hebat sangat tentang hukum-hakam nie. So, kalau nak tahu hukum memakai kanta lekap nie, jom kita baca entry di bawah ini.

HARAM BILA...
HARUS BILA...


Soalan

Assalamualaikum ustadz., saya ingin bertanya, apakah hukum memakai kanta lekap atau contact lense ?

Jawapan

Waalaikumussalam. Boleh memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.

1. Tujuan perubatan – 

Iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. HUKUMNYA HARUS dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan – 

Iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;

a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj.

b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).

c) Tidak mengubah ciptaan Allah.

d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.

e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir.

f) Tidak berlebihan.

g) Tidak memudaratkan.

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan HARAM MEMAKAI CONTACT LENSE BERWARNA(yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).

Wassalam...

Semoga jawapan di atas dapat merungkai persoalan kita. Sekali lagi aku nak tekankan, memang tak salah memakai kanta lekap asalkan ianya tidak memudaratkan kesihatan kita.

Sekian terima kasih....


Apa Itu Keyword ?

on 15 January 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


"Keyword" ?, alahai dengar nama saja saya dah bingung dan mulalah saya menggaru kepala yang tak gatal nie. Biasalah newbie macam saya nie memang tak tahu lagi apa itu 'keyword', "SEO" dan segala bagai lagi natang itu. Tapi saya nie bukannya malas sangat sampai tak nak ambil tahu tentang semua itu nanti bila ada orang cakap pasal semua natang tu saya taklah diam diri saja macam batang tunggul.hahaha... So, saya adalah cuat reasech dengan pakcik Google nie.. So ini saja yang saya nak kongsikan. Harap puahati ya... hehehe...


Apa itu Keyword ?

Keyword adalah perkataan atau teks ringkas yang di taip pada search engine dan juga pada sebuah entri atau artikel yang di tulis dalam sebuah web atau blog. Keyword yang di tulis pada search engine akan dipadankan dengan perkataan atau teks yang ada pada nama web atau blog, tajuk entri atau artikel dan tulisan pada entri atau posting, tetapi ianya sangat bergantung pada cara bagaimana kita mengeksploitasi sesuatu keyword dan kekerapan keyword itu di ulang pada entri atau artikel yang ada pada blog. 

Biasanya keyword yang di taip pada search engine, lebih dari satu perkataan. Sebagai contoh, perkataan 'keyword'. Kita mengandaikan seseorang akan menaip perkataan Apa itu keyword? pada kotak search engine seperti google. Di sini, kita boleh mengeksploitasi perkataan Apa itu keyword? dengan menjadikannya sebagai tajuk entri atau artikel dan memaksimakan tiga perkataan tersebut pada isi didalam entri atau artikel.


Apa pentingnya keyword ?

Keyword merupakan salah satu cara yang digunakan untuk mendapatkan visitor atau pengunjung melalui search engine. Jadi, setiap keyword yang kita tulis pada entri atau artikel didalam blog kita adalah merupakan undangan secara tidak langsung untuk mereka masuk ke blog kita. Jika kita ingin cuba mendapatkan visitor padasearchengine,gunakanlah keyword dengan sebaik-baiknya.

p/s: Untuk lebih memahami entri ini, sila taipkan perkataan Apa itu keyword? atau Apa pentingnya keyword? atau keyword itu apa? pada Google search engine.

Antara Alasan dan Cara

on 8 January 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


***********************************************

Di pagi Isnin yang sangat menyeronokkan dan mungkin juga membosankan bagi sesetengah pelajar di kelas 5 Sceince itu. Biasalah dah lama bercuti dan baru sekarang dapat jumpa dengan rakan-rakan sekelas. Seronok bukan main lagi mereka nie, masing-masing menceritakan kisah mereka sendiri time mereka bercuti. Apa mereka buat ? Di mana mereka Bercuti ? Dengan siapa Mereka bercuti ? dan banyak lagilah...

Mereka bercerita bagaikan dah berada dalam alam mereka sendiri, sampai-sampai ada cikgu masuk ke kelas pun mereka tak perasan. 

Jadi cikgu itu pun, terpaksa memberi salam dengan mereka bertujuan untuk menyedarkan mereka dari lamunan mereka itu...

Cikgu: Assalamualaikum, semua !!!!

Mereka pun apa lagi kelam-kabutlah pergi ke tempat duduk masing-masing.

Murid: Waalaikumsalam, Cikgu !!!

Cikgu: Seronok bukan main lagi kamu semua nie, ya? Macam mana dengan cuti kamu semua, bestkah? 
Murid: Best cikgu...(Serentak semua menjawab)

CikguCuti.. cuti juga tapi kerja cikgu jangan lupa siapkan. Macam mana dengan kerja yang cikgu suruh buat tu, dah siap belum ? 
Murid: Dah siap cikgu, jangan risaulah...hehehe...

Cikgu: Baguslah kalau macam tu... Mas, tolong cikgu pungut buku rakan-rakan kamu itu, ya. 
Mas: Baik cikgu.!?

Sebaik Mas memungut buku rakan-rakannya, Cikgu Badina bertanya kepada semua murid-muridnya untuk kepastian bahawa semua muridnya telah menyiapkan tugasan yang diberikan.

Cikgu: Betulkah semua dah siap tugasan cikgu nie ?
Fitri: E'lle, cikgu ada lagi yang tak siap tu terutamanya lelaki. (dengan nada mengejek)

Ali: Jangan nak main tuduh-tuduh, ya... Mungkin kau tu yang belum siap...(dengan nada tak puashati sikit)

Cikgu: Fitri, Ali jangan nak gaduh-gaduh. Tak apa biar cikgu periksa nanti. Labih baik mengaku sekarang kalau cikgu yang dapat, cikgu akan denda kamu semua.

Mulalah kecoh dalam kelas itu. Semuanya sibuk bertanya kepada rakan-rakan yang ada bersebelahan mereka. 

Cikgu: Kenapa bising-bising nie, senyap semua.. Nie nak dimeritkah semua ?

Kelas pun kembali senyap. Tapi hanya sementara saja kerana terdengar sedikit suara-suara sumbang yang kedengaran tapi cikgu Badina buat-buat tak endah saja.

Tiba-tiba tiga orang murid berdiri...

Cikgu: Eh, kenapa dengan kamu tiga orang nie ? 
Aisyah: Belum siap kerjalah tu cikgu !

Cikgu: Owhhhh, kenapa tak siapkan tugasan cikgu, cutikan panjang... Takkan tak siap ? (dengan nada marah sedikit)
Suardi: Tak sempat nak buatlah cikgu sebab saya bercuti dengan keluarga, Tak ada masalah cikgu?

Cikgu: Kamu Syafie kepana pula ?
Syafie: Saya tak tahulah cikgu nak buat macam mana?

Cikgu: Arman, apa pula alasan kamu nie, nenek kamu nak beranak...
Arman: Tak adalah cikgu, saya ebenarnya dah siap tapi lupa nak bawa, tertinggal di rumah.

Cikgu: Macam-macamlah alasan kamu nie ya... Kawan kamu cuti juga tapi kerja siap. Kalau dah tak tahu tu pergilah tanya bapa, emak, abang, kakak atau rakan-rakan kamu yang tahu. Ini tidak, dah tak tahu dia buat diam-diam pula. Susah sangatkah nak bertanya ?... Ini lagi satu, kalau bolehlah kepala kamu tu boleh tertanggal, mungkin kepala kamu pun kau tinggalkan....

Semua murid-murid di kelas 5 Sceince tergelak..

Sekian....

Dialog di atas tiada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang hidup ataupun yang dah meninggal. Jika ada itu hanyalah kebetulan saja.

***********************************************

Macam mana dengan dialog di atas ? korang pun pernah buat seperti itu di sekolah ?...hehehe

Entah kenapa orang sekarang ini banyak sangat nak beri alasan bila nak buat kerja, siapkan kerja atau tugasan yang diberi. Susah sangatkah sampai tak siapkan tugasan dan kerja yang di amanahkan kepada kita. Kalau susah kenapa nak buat juga, kan senang kalau kamu terus tolak kalau susah. 

"Kalau aku cakap macam itu dengan cikgu aku, pasti aku akan didenda oleh cikgu." (jawapan pelajar)

"Macam mana kalau itu sudah kerjaku, kalau aku tolak, silap-silap hari bulan aku dibuang kerja." (jawapan pekerja)

Eh, aku nie pandai-pandai saja cipta jawapan...hahha.. Jangan marah ya...

Tapi memberi alasan ini banyak membawa perkara negatif saja dari positif. Di sini aku nak beri sedikit panduan yang CARA itu lebih baik dari ALASAN.    


Perbedaan yang sangat jauh...
Antara orang yang selalu mencari ALASAN... 
dan orang yang selalu mencari CARA..

Buat seorang PEMALAS 
dia akan selalu cari ALASAN...

Tapi buat seorang yang CERDAS
dia akan selalu cari CARA...

Orang yang selalu mencari ALASAN
Akan menjadi PECUNDANG.

Orang yang selalu mencari CARA
Akan menjadi PEMENANG.

Sekian saja...

Pegar Bukan Pagar, Batok Bukan Batuk

on 31 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Mungkin inilah entry terakhir aku untk tahun 2011 ini. Entry ini memang sangat-sangat bermanfaat sekali buat kita semua, khususnya rakyat Malaysia sendiri. Memang aku sangat pasti ramai yang tak tahu pun pasal benda nie sebelum ini bukan. Entry kali ini aku ambil atau copy dari rakan blogger kita dari Bedaduz

Aku pun sama juga, baru tahu benda ini. Aku tak pernah ingin ambil tahu pun pasal ini sekarang barulah aku tahu maksudnya yang sebenar dan selama ini selama ini aku dah tersilap rupanya. Lagipun cikgu-cikgu di sekolah tak pernah pun terangkan maksud dan maknanya. Aku pun mungkin salah juga sebab tak pernah ambil tahu dan bertanya dekat cikgu. Terima kasih sangat-sangatlah sekali lagi buat Bedaduz

Eh, pasti anda semua bingung apa yang aku cakap ini. kalau nak tahu jom kita semua baca entry yang aku copy and paste nie. Aku harapkan entry nie dapat menyedarkan kita semua...

Today I’m going to talk about a rather important issue in Malay language; which is lost in translation of words from Jawi to Rumi.

Sewaktu menelaah Bukumuka sekejap tadi (takdelah sekejap, adalah dalam 3 jam yang lepas), saya terbaca status kawan saya dari Brunei. Namanya Rashid Rahman Hassan. Nama panjang: Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Untuk yang tak tau, Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 dekat PICC awal tahun ni, dan dia mewakili negara Brunei.

Ini ialah status dia yang saya printscreen dari facebook:

clip_image002
Agak menarik status dia! Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.  

OK, saya terus mintak keizinan dia nak share, dan lepas je dia bagi kebenaran, terus saya copy paste letak dalam status saya, tapi saya tambah sikit:

clip_image004

Saya tambah bahagian batuk dalam status saya, atau sebenarnya batok. Daripada kecik lagi, saya selalu pelik kenapa “melepaskan batuk di tangga” tu bermaksud buat kerja separuh jalan?

Cikgu-cikgu Bahasa Melayu saya masa sekolah rendah pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu. Jadi saya assume maksudnya kita batuk dekat tangga. Tapi memang tak boleh relate, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke?

Masa sekolah menengah, barulah cikgu saya (tak ingat dah cikgu mana...) cakap yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok tu bermaksud batuk.

Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

Inilah contoh batok tu ye kawan-kawan:


[clip_image006%255B6%255D.jpg]
“Kau ada batok dekat rumah? Kau mampu?”

Untuk burung pegar pulak, saya cuba google gambar dia. Kemudian jumpa dekat wikipedia.

clip_image008
Namaku Si Pegar, bukan Pagar!

Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’. Saya pun letak gambar ni dekat facebook.

Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...).

Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

Mula-mula ingat nak share dekat facebook je, tapi Rashid galakkan share dekat blog. Biar kongsi ilmu dengan ramai sikit orang. Sebelum ni saya pernah janji dengan Rashid nak post pasal kenapa chicken pox boleh berjangkit dua kali (tapi takde peluang lagi, tapi insyaAllah akan ditulis jugak nanti, kamu tunggu ya Rashid...votayhehehe).
Disebabkan janji tu belum ditunaikan, saya pun publishlah dulu pasal pegar dan batok ni dalam blog.

clip_image010

OK Rashid, janji yang ni sudah saya tunaikan!
Kepada yang membaca, marilah kita mula membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke rumi. Disebabkan satu huruf je, maksudnya lari terus. Ramai orang yang tak tahu sebelum ni, (mungkin) termasuk cikgu-cikgu Bahasa Melayu.
So kita dah tahu ni, jom sama-sama sebarkan! Jangan biarkan kesilapan ni menghantui anak cucu kita! (ini adalah SERIUS!)

Kredit : Bedaduz

Bila Tiba Musim Hujan, Musim Banjir Turut Sama 'Menjengah'

on 24 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Gambar sekadar hiasan


Musim hujan pula sekarang niekan. Aku tengok dari pagi tadi asyik-asyik hujan saja tapi tak lebat juga, hanya hujan sekejap-sekejap saja. Sejuk pula aku rasa macam nak selesma plak....

Tapi biasanya bila tiba musim hujan nie, musim banjir pun datang menjenguk juga. Macam 'mereka' nie dah buat temu janji saja aku tengok. hehehe... Iayakah ?!... Ialah, cuba korang perhatikan @ fikir-fikirkan...

Dah terbayang tak ??????

Betulkan !!!... So, kalau dah tiba musim hujan tu maka bersiap-siaplah pula dengan kedatangan 'tetamu' yang tak diundang tu. Persiapan tu penting untuk mengelakkan sesuatu perkara yang tak diingini berlaku. Semua barang-barang atau dokumen-dokumen yang penting haruslah diambil kira jangan dah datang banjir barulah korang sibuk. Nah kan susah sudah tu. 

Musim banjir nie merupakan 'musim semua sakit kepala'... hahaha.. iyakah ?... ialah bah !.. Apakan tidak, banyak barang-barang yang perlu diganti akibat kerosakan yang dialami semasa banjir berlaku. Jadi, mulalah ada yang garu kepala memikirkan kerugian yang dialami. Tidak kurang juga yang sibuk membersihkan kawasan mereka masing -masing dengan kekotoran yang dibawa bersama banjir. 

Ada juga yang seronok bila time musim banjir nie datang ?!... Katanya, boleh mandi-manda dengan percuma dengan rakan-rakan. Lagipun best apa kalau barang free. Free kepala otak kau... Macam mana kalau terjadi sesutu yang tak diingini. Contohnya, kau lemas, bukankah kau dah menyusahkan mak bapa abang akak adik dan orang-orang kampung. Bagus juga kalau kau selamat kalau kau mati lemas, kan naya namanya tu... 

Tapi itulah realitinya sekarang nie. Setiap kali saja musim banjir datang pasti ada saja berita-berita tentang orang mati lemas akibat berenang, tangkap ikan, terjatuh dan banyak lagi kejadian yang akan terpampang di kaca televisyen, dada-dada akbhar, media massa, di celah-celah corong radio dan sebagainya. 

Kenapa semua itu terjadi ? Bukankah itu semua boleh dielakkan ? Apakah rakyat kita ini tiada kesedaran tentang bahayanya banjir atau ianya sesuatu ketentuan Illahi ? dan banyak lagi persoalan yang boleh kita utarakan.

Sebenarnya semua itu boleh kita cegah jika ada kesedaran sivik dalam diri setiap warga kita. Lagipun dah banyak kempen yang kerajaan dan pihak swasta telah anjurkan tidak kiralah melalui program tv, media massa, iklan-iklan dan banyak lagi tak silap aku. Tidak kurang juga dengan amaran-amaran yang ditunjukkan @ pampang di televisyen dan radio. 

Oklah, sampai sini sajalah yang dapat aku kongsikan apa yang aku dapat utarakan tentang pendapat aku dengan musim hujan dan banjir nie. Harap-harap tiada lagilah kejadian yang tak diingini semasa musim hujan dan banjir nie. Bukannya susah pun kalau kita nak ikut arahan yang telah diberikan oleh pasukan-pasukan yang bertugas pada musim banjir nie. So, pesanan aku  jaga diri, keluarga dan kesihatan anda pada musim banjir ini. Assalamualaikum... 

Jom Fikir | Apa Nak Jadi Dengan Bumi Sekarang Nie ?!

on 19 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



Fuhhhh, panas gila hari ini. Sampai-sampai berpeluh satu badan aku dibuatnya. Baju yang aku guna nie pun boleh di peras, mungkin dapat tadah dua hingga tiga baldi nie...

Memang tak tahan cuaca hari nie, entah kenapalah?. Takkanlah lapisan ozon dah takda sampai-sampai terus-terus jer bahang matahari tu ke bumi. Kalau macam tulah keadaannya boleh cepat cair ais di kutub utara dan kutub selatan nie. Pengiun dan beruang pun terpaksa berhijrah dan terpaksa 'independence' dengan keadaan sekeliling yang semakin berubah... Kesian kat haiwan tu.

Inilah kerja manusia... 'ehhh, aku bukan manusia juga kah?'....hehehe... Habis semuanya nak dikaut... Kesian kat bumi, asyik-asyik dah 'Hensem' dengan 'rambut' yang berstyle tu, tetiba jer datang manusia kat bumi nie, habis semuanya 'rambut' dia kena kebas dek kerana pembangunan... Dengan riangnya bahang matahari senang-senang jer terus masuk kat bumikita nie... Dulu bukan main susah lagi bahang matahari nak masuk terus ke bumi coz kena lintas 'pejabat imigresen' dulu baru lah dorang nie boleh pass. Sekarang nie 'dorang' senang  hati sikit nak lalu. Ini semua kerja siapa? Siapa lagi kalau bbukan kerja tangan kita sendiri... hehehe.... 

Tengok sekarang, baru kau tahu bila dah panas macam terbakar kat dalam microwave pandai juga kau mengeluh segala bagai... Panaslah, itulah, inilah.... Dulu masa nak buat tak nak fikir akibatnya dan kesannya kepada kita nie dan kepada bumi.... Apa boleh buat dah terjadi, tak da gunanya kita nak menyesal semuanya tu... Sekarang cuma satu jer jalan penyelesaiannya iaitu jom kita pulihara dan pelihara hutan dan bumi kita agar ianya berseri kembali seperti yang kita inginkan... 

Apa yang penting di sini ialah kerjasama daripada semua pihak dan bukanya hanya satu suara saja. Kalau macam tu macam mana kita nak jayakan kempen kita... Minta lah sokongan daripada setiap negara-negara kat dunia nie... Ceh aku nie over sangat sampai nak berkempen satu dunia tapi tak salahkan..... Ialah dunia nie pun kita pinjam jer dari anak-anak kita. Bila dah sampai masanya kita akan pulangkan kembali dekat mereka. Takan lah kita nak bagi balik dekat mereka dalam keadaan yang tak elok. Tak baiklah tu, macam contoh nie juga, kalaulah barang korang di pinjam oleh orang lain dan orang tu kembalikan barang korang dalam keadaan yang rosak sana, rosak sini lepas tu dia main pergi jer tanpa ucapkan apa-apa. Bukankah korang akan naik angin?!... Begitu juga keadaannya dengan bumi nie.... 

Harapan admin di sini agar sama-samalah kita semua menjaga dan memulihara alam dan bumi kita... 

Jom Fikir | Apa Yang Ada Pada Lima Jari Anda ?

on 24 November 2011

Assalamualaikum


"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia kehadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.

Bermula dari jari kelingking yang keil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa saja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah " melentur buluh biarlah dari rebungnya".Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja, manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, riang tak terkira. Pada ketika ini alam remaja menjengah diri. Awas !!!  di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya Iman dan Takwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan dihadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda???

Nah... naik pula kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, iaitu jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan, alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang kukuh. Namun anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Sekarang kita beralih ke jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap Satu dan Esanya Allah Subahana WaTaalah ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini (jari telunjuk). Ggahnya ia sebagai petunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbingyang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali ialah cuba anda renung ibu jari anda. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda kelima-limanya. Renung dan fikir-fikirkan dalam-dalam. Di manakah anda sekarang ???

Foto | Inilah Cara Bunuh Diri Yang Paling Gila Cool

on 8 November 2011

Assalamualaikum

Inilah cara-cara kalau nak bunuh diri yang memang gila cool !!!!!!!!!!...  

jangan meniru aksi ini di rumah.

Awasi anak-anak anda...huhuhu






 








 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved