Jom Fikir | Apa Yang Ada Pada Lima Jari Anda ?

on 24 November 2011

Assalamualaikum


"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia kehadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.

Bermula dari jari kelingking yang keil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa saja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah " melentur buluh biarlah dari rebungnya".Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja, manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, riang tak terkira. Pada ketika ini alam remaja menjengah diri. Awas !!!  di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya Iman dan Takwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan dihadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda???

Nah... naik pula kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, iaitu jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan, alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang kukuh. Namun anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Sekarang kita beralih ke jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap Satu dan Esanya Allah Subahana WaTaalah ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini (jari telunjuk). Ggahnya ia sebagai petunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbingyang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali ialah cuba anda renung ibu jari anda. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda kelima-limanya. Renung dan fikir-fikirkan dalam-dalam. Di manakah anda sekarang ???
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved