Jom Fikir | Apa Nak Jadi Dengan Bumi Sekarang Nie ?!

on 19 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



Fuhhhh, panas gila hari ini. Sampai-sampai berpeluh satu badan aku dibuatnya. Baju yang aku guna nie pun boleh di peras, mungkin dapat tadah dua hingga tiga baldi nie...

Memang tak tahan cuaca hari nie, entah kenapalah?. Takkanlah lapisan ozon dah takda sampai-sampai terus-terus jer bahang matahari tu ke bumi. Kalau macam tulah keadaannya boleh cepat cair ais di kutub utara dan kutub selatan nie. Pengiun dan beruang pun terpaksa berhijrah dan terpaksa 'independence' dengan keadaan sekeliling yang semakin berubah... Kesian kat haiwan tu.

Inilah kerja manusia... 'ehhh, aku bukan manusia juga kah?'....hehehe... Habis semuanya nak dikaut... Kesian kat bumi, asyik-asyik dah 'Hensem' dengan 'rambut' yang berstyle tu, tetiba jer datang manusia kat bumi nie, habis semuanya 'rambut' dia kena kebas dek kerana pembangunan... Dengan riangnya bahang matahari senang-senang jer terus masuk kat bumikita nie... Dulu bukan main susah lagi bahang matahari nak masuk terus ke bumi coz kena lintas 'pejabat imigresen' dulu baru lah dorang nie boleh pass. Sekarang nie 'dorang' senang  hati sikit nak lalu. Ini semua kerja siapa? Siapa lagi kalau bbukan kerja tangan kita sendiri... hehehe.... 

Tengok sekarang, baru kau tahu bila dah panas macam terbakar kat dalam microwave pandai juga kau mengeluh segala bagai... Panaslah, itulah, inilah.... Dulu masa nak buat tak nak fikir akibatnya dan kesannya kepada kita nie dan kepada bumi.... Apa boleh buat dah terjadi, tak da gunanya kita nak menyesal semuanya tu... Sekarang cuma satu jer jalan penyelesaiannya iaitu jom kita pulihara dan pelihara hutan dan bumi kita agar ianya berseri kembali seperti yang kita inginkan... 

Apa yang penting di sini ialah kerjasama daripada semua pihak dan bukanya hanya satu suara saja. Kalau macam tu macam mana kita nak jayakan kempen kita... Minta lah sokongan daripada setiap negara-negara kat dunia nie... Ceh aku nie over sangat sampai nak berkempen satu dunia tapi tak salahkan..... Ialah dunia nie pun kita pinjam jer dari anak-anak kita. Bila dah sampai masanya kita akan pulangkan kembali dekat mereka. Takan lah kita nak bagi balik dekat mereka dalam keadaan yang tak elok. Tak baiklah tu, macam contoh nie juga, kalaulah barang korang di pinjam oleh orang lain dan orang tu kembalikan barang korang dalam keadaan yang rosak sana, rosak sini lepas tu dia main pergi jer tanpa ucapkan apa-apa. Bukankah korang akan naik angin?!... Begitu juga keadaannya dengan bumi nie.... 

Harapan admin di sini agar sama-samalah kita semua menjaga dan memulihara alam dan bumi kita... 
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved