Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Jangan Asyik Menyalahkan Syaitan Sahaja..

on 22 March 2012



Manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. Masalahnya bila melakukan kesilapan manusia suka salahkan syaitan. Asyik-asyik salahkan syaitan. Pemerintah yang zalim, disalahkan syaitan. Wanita tidak menutup aurat, disalahkan syaitan. Semuanya syaitan yang disalahkan. Tidakkah kita lihat akan diri kita sendiri ?

Bangun lambat sampai subuh, disalahkan syaitan kononnya menggari badan dia ketika tidur, padahal begitu khusyuk sekali layan cerita Korea di laptop. Tak sedar sudah pukul 4 pagi. Orang lain bangun untuk tahajjud, dia baru nak lelapkan mata. Ini memang tak dinafikan, sememangnya ada dikalangan kita yang melakukannya. 

Terfikir kisah datuk nenek moyang kita dahulu. Beza sekali dengan kita.

Apabila Allah mencipta Adam dan Hawa sebagai makhluk manusia yang awal, mereka berdua tidak dibiarkan bertelanjang malah diberikan pakaian. Buktinya ketika Adam di Syurga dan melanggar perintah agar jangan makan pohon terlarang, pakaiannya tertanggal. Ia menunjukkan sememangnya mereka berdua berpakaian di syurga.

Apabila mereka berdua diturunkan ke bumi dan lahir zuriat manusia yang ramai, mereka diberikan tanggungjawab untuk berpakaian dan tidak bertelanjang.

Allah SWT berfirman :

“Wahai anak Adam. Sememangnya Kami telah turunkan kepada kamu pakaian yang menutup kemaluan-kemaluan kamu dan juga (Kami turunkan pakaian) bulu. Dan pakaian taqwa, itu lebih baik. Itu adalah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah mudah-mudahan mereka mengambil peringatan” (al-Araf : 26)

Fakta ini menafikan sejarah manusia rekaan barat yang menyatakan bahawa manusia awal bertelanjang tidak berpakaian. Apabila mereka semakin maju barulah mereka menyedari keperluan berpakaian. Teori ini sebenarnya adalah rentetan teori sesat dan kufur yang menyatakan manusia adalah hasil evolusi yang panjang daripada kejadian binatang seumpama kera.

Kera adalah binatang yang tentu sahaja tidak berpakaian. Apabila bertukar menjadi manusia yang berfikir maka manusia barulah berfikir tentang pakaian. Ini adalah teori sesat lagi kufur yang telah berjaya diserapkan dalam pemikiran masyarakat Islam menerusi pendidikan barat.

Teori ini menafikan sejarah manusia bermula dengan Adam dan Hawa yang ditegaskan oleh islam dan diyakini juga oleh agama Yahudi dan Nasrani. Cuba lihat buku sejarah pada tahun 1987, jelas menjadikan teori ini sebagai sebahagian sukatan yang mesti dipelajari. Malang sungguh pemikiran kufur ini boleh meresap masuk dalam sistem pendidikan negara yang majoritinya adalah muslim!

Hatta manusia moden walaupun berada di zaman era globalisasi, pemikiran dan tamadun ideologi mereka seperti ke belakang. Tak tahu kenapa suka sangat berpakaian seperti spesies kera. Berpakaian tetapi telanjang. Tak reti nak bezakan yang mana salah dan yang mana benar.

Rasuah versus sedekah. Jauh beza.

Orang hulur duit jangan dianggap sedekah semata tetapi fikirkan niat dan impaknya. Bila sekali rasa, mesti nak lagi. Lama-lama ketagih. Sudah sebati dengan darah daging. Anak bini pun diberi makan duit haram. Bila masa pula solat, ibadah lain dan hukum islam tertegak di dalam institusi keluarga?

Firman Allah lagi: 

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (2:30).

Berat tanggungjawab khalifah. Khalifah bukan sekadar hidup saja, tapi maksud khalifah itu adalah sebagai "pengganti" Nabi dalam menyampaikan ajaran Islam dan memakmurkan bumi. Sebagai rantai-rantai perjuangan meyebarkan risalah agama.

Sebab itu, jangan salahkan syaitan. Syaitan cuma ingkar kepada Allah sekali sahaja. Tetapi kita engkar perintah Allah saban waktu. Syaitan setiap waktu tidak pernah "miss" menjalankan tugasnya dengan menyesatkan anak Adam. Kita pula selalu "miss" kewajipan menunaikan perintah Allah.

Firman Allah S.W.T Bermaksud:

“Jika kamu berbuat baik, (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri, dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri”. (Qs. al-Israa’ [17] : 7)

Firman Allah S.W.T Bermaksud :

Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berbuat dosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul.(Qs. al-Israa’ 15)

Allah S.W.T sentiasa akan mengampunkan dosa hamba-hambanya. Tapi kita saja yang tidak ingin mengambil kesempatan untuk melakukannya. Kenapa ? tanyalah pada diri sendiri. 

Kesimpulannya, tiada seorang pun insan di dunia ini yang tiada melakukan kesalahan, kerana itu kita mestilah akui secara jujur bahawa setiap diri tentu melakukan dosa. Jangan asyik menyalahkan syaitan sahaja atas apa yang berlaku. Berusahalah membersihkan hati dan jiwa serta mengharapkan keampunan Allah disertai amal takwa. Berdoalah agar kita semua diampunkan Allah atas segala dosa dan maksiat yang dilakukan selama ini.

Wallahualam...

Nilai Sebuah Persahabatan

on 8 March 2012

Assalamualaikum.....






Kawan, persahabatan dan persaudaraan mempunyai makna yang menjunjung prinsip kehidupan. Kita juga kena tahu yang dalam dunia nie kita tidak punya sesiapa kecuali dir sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian kita sebenarnya beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita. Apa yang kita perlukan dalam persahabtan ini adalah keikhlasan dan kejujuran dalam kita menjalinkan sebuah ikatan itu. Dalam erti kata lain persahabatan itu sendiri lebih berharga dari wang ringgit, dollar, dinar dan segala bagai lagi jenis mata wang.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.


Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah apabila kita ditimpa masalah dan cuba sedaya upayanya untuk membantu kita. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita….. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…Kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat seperti mana kita perlukan sebagai kekuatan untuk menempuhi segala cabaran dan dugaan.

Jadilah kita sahabatnya itu…. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan….. Kita tidak tahu….Tetapi…. Jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..

RENUNGILAH…

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)
Kita sering lupa yang dalam Islam juga ada menggalakkan sebuah ikatan dalam persahabatan.  Mungkin banyak yang tidak tahu akan hal ini namun ada juga yang sedia tahu tentang hal ini. Terdapat beberapa Hadith  dan ayat Al-Quran yang menceritakan tentang persahabatan itu sendiri. Cuba kita renungkan betapa Islam itu sendiri mudah dan amat indah. Di antara Hadith dan ayat Al-Quran itu adalah :

(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.."
"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamuberkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya." [Al-Hujurat-13]

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: 

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). 

Bak kata pepatah Arab, 

“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

Akhir sekali, kalau anda seorang sahabat yang baik, jangan lupa doakan sahabat anda selalu walaupun dia tidak tahu yang kamu mendoakan dia.

Wassalam...

Wallpaper | Tema : Sahabat

on 19 February 2012

Assalamualaikum.....

Ini kali kedua aku buat wallpaper...hahha.. Entah cantik atau tak aku pun tak tahu, semua keputusan koranglah yang adili... Macam mana cantik tak ? Kalau tak, tak apa, lagipun aku baru saja belajar buat wallpaper nie jadi mungkin tak seberapa cantik macam yang otai-otai tu buat... hehehhe... 

So, aku malas nak berceloteh panjang-panjang sebab nanti penat saja aku buang air liur ku nie... huahuahua.... 

Jangan lupa sediakan kaca mata korang... hahahaha... mana tahu wallpaper aku nie buat mata korang sakit...huhuhu...

Inilah wallpaper untuk halwa mata korang... jeng...jeng...jeng...




Fakta Atau Auta Cerita Tentang Lelaki

on 14 February 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



Lelaki mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan wanita. Lelaki gagah perkasa dan mampu mempertahankan dirinya berbanding wanita yang memerlukan lelaki untuk mendampinginya. Lelaki mampu melakukan kerja-kerja bert namun wanita hanya mampu melakukan kerja-kerja yang ringan saja. Oleh itu, lelaki sangat diperlukan dalam hal-hal sebegini. Selain itu, korang semua kena ingat yang lelaki juga pandai memasak dan bukannya wanita saja tahu. 

Banyak yang korang tak tahu tentang lelaki apabila berada di dapur. Kenapa, nak tahu tak apa yang jadi apabila lelaki bila berada di dapur ? Jom kita layan cerita nie... Adakah ini fakta atau auta semata-mata ???...

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..


Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef-chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki..

betul x?? hahahhahaha =D

Pantun SMS Sempena Tahun Baru 2012

on 1 January 2012

Assalamualaikumdan salam 1Malaysia...

Lanun nak kongsikan beberapa pantun SMS sempena tahun baru 2012... Rajin pula aku menaip entry nie yer... Entah kenapa tangan nie nak sangat... huhuhu...



Berikut adalah beberapa koleksi Pantun SMS sempena tahun baru 2012 untuk dihantar kepada kenalan :


Jiwa akan sepi tanpa teman
Hati akan mati tanpa iman
Hari ini adalah kenyataan,
Semalam adalah kenangan
Esok adalah impian
Sucikan hati jernihkan fikiran
Semoga 2012 terlaksana impian


Buka tangan dapat persahabatan
Buka mata dapat pemandangan
Buka handphone dapat pesanan
Buka pesanan dapat ucapan
Selamat Tahun Baru 2012!!


Angin menderu di Danau Toba
Terbang gagak hinggap di tebat
Tahun baru menjelang tiba
Apakah tertunggak hutang ibadat?


Buah papaya buah kuini
Buah duku mari diikat
Azam saya pada tahun ini
Hendak meluku murid yang jahat


Ada mertua ada menantu
Sama-sama pakai baju biru
Tahun baru di depan pintu
Datang bersama harapan baru

Pohon gaharu tak boleh dimakan
Pohon cemara tumbuh ditaman
Selamat tahun baru admin ucapakan
Pelawat Lanun yang cukup budiman

Sekian saja.... kalau korang suka dengan pantun di atas boleh saja copy... Kalau boleh jangan lupa komen... hehehe

Wordless Wednesday #6 | Janganlah Cepat Berputus Asa

on 28 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



"Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu (patah semangat) dan tidak pula menyerah (kepada musuh)." (surah Ali-Imran : 146)

Bercinta, Apa Kesannya ?

on 21 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Cinta...Cinta... Cinta...! 

Asyik-asyik aku dengar orang cakap pasal cinta. Naik bernanah telinga aku dengar perkataan itu. Apakan tidak, mula-mula bercinta bukan main lagi asyik-asyik berkepit sana, berkepit sini. Mana dia pergi ada saja muka dia sama... Macam belangkas sudah aku tengok... Bukan begitukah budak-budak zaman sekarang bercinta... Upssss, bukan budak-budak saja yang remaja pun sama juga... 

Bercinta tu boleh, tak dilarang pun. Tapi ada batasnya bukan main bercinta saja. Ini tak, baru saja kenal dah nak menggatal minta couple.  Meluat aku dengar perkataan itu. 'Alamak berlagak alim pula aku nie, padahal dalam hati gembira juga kalau ada orang minta couple...hehehe'. Pernah dengar tak perkataan ini "Diantara kamu berdua pasti ada yang ketiga", mesti pernah dengarkan !?. Nak tahu siapa yang ketiga itu ?. 'Dia' nie pasti dan pasti setiap detik ada bersama kita dan tak akan berputus asa sehingga berjaya menyesatkan kita. 'Dia' juga merupakan musuh kekal umat muslim sehingga ke hari akhirat. 'Dia' adalah Syaitan laknatullah. 

Kalau kamu takutkan seksa Allah S.W.T. maka jauhilah semua itu. Tak ada gunanya bercinta masa muda-muda nie, menyusahkan diri kita saja.  Betul tak?. Bagus korang fukos pada pelajaran korang dan gembirakan mak bapa itu lagi baik dan bermanfaat daripada bercinta dan akhirnya menangis dek kerana putus... Bila dah habis belajar korang punya sukalah apa korang nak buat. Eh, silap tu kalau macam tu. Pemikran primitif macam tu sepatutnya dah tak boleh guna dah. Puikkkk, senang saja cakap macam tu, kan mengandung siapa yang nak tanggung. Silap-silap ada lagi satu berita yang terpampang di dada-dada akhbar "Satu mayat bayi ditemui di dalam tong sampah". Berapa banyak manusia yang tak berdosa korang nak bunuh. Kesian kat bayi tu, mereka pun nak hidup juga macam orang lain. Korang tak fikirkah semua tu !?.

Bercintalah mengikut perintah Allah S.W.T. Ada tiga jenis cinta itu, 
  1. Cinta kerana Allah, 
  2. Cinta kerana Nafsu dan 
  3. Cinta kerana Syaitan. 

Maka pilihlah yang pertama, InsyaAllah cinta kamu akan berkekalan sehingga ke dalam Syurga.

Sekian saja dari Lanun.  

Jom Fikir | Apa Nak Jadi Dengan Bumi Sekarang Nie ?!

on 19 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



Fuhhhh, panas gila hari ini. Sampai-sampai berpeluh satu badan aku dibuatnya. Baju yang aku guna nie pun boleh di peras, mungkin dapat tadah dua hingga tiga baldi nie...

Memang tak tahan cuaca hari nie, entah kenapalah?. Takkanlah lapisan ozon dah takda sampai-sampai terus-terus jer bahang matahari tu ke bumi. Kalau macam tulah keadaannya boleh cepat cair ais di kutub utara dan kutub selatan nie. Pengiun dan beruang pun terpaksa berhijrah dan terpaksa 'independence' dengan keadaan sekeliling yang semakin berubah... Kesian kat haiwan tu.

Inilah kerja manusia... 'ehhh, aku bukan manusia juga kah?'....hehehe... Habis semuanya nak dikaut... Kesian kat bumi, asyik-asyik dah 'Hensem' dengan 'rambut' yang berstyle tu, tetiba jer datang manusia kat bumi nie, habis semuanya 'rambut' dia kena kebas dek kerana pembangunan... Dengan riangnya bahang matahari senang-senang jer terus masuk kat bumikita nie... Dulu bukan main susah lagi bahang matahari nak masuk terus ke bumi coz kena lintas 'pejabat imigresen' dulu baru lah dorang nie boleh pass. Sekarang nie 'dorang' senang  hati sikit nak lalu. Ini semua kerja siapa? Siapa lagi kalau bbukan kerja tangan kita sendiri... hehehe.... 

Tengok sekarang, baru kau tahu bila dah panas macam terbakar kat dalam microwave pandai juga kau mengeluh segala bagai... Panaslah, itulah, inilah.... Dulu masa nak buat tak nak fikir akibatnya dan kesannya kepada kita nie dan kepada bumi.... Apa boleh buat dah terjadi, tak da gunanya kita nak menyesal semuanya tu... Sekarang cuma satu jer jalan penyelesaiannya iaitu jom kita pulihara dan pelihara hutan dan bumi kita agar ianya berseri kembali seperti yang kita inginkan... 

Apa yang penting di sini ialah kerjasama daripada semua pihak dan bukanya hanya satu suara saja. Kalau macam tu macam mana kita nak jayakan kempen kita... Minta lah sokongan daripada setiap negara-negara kat dunia nie... Ceh aku nie over sangat sampai nak berkempen satu dunia tapi tak salahkan..... Ialah dunia nie pun kita pinjam jer dari anak-anak kita. Bila dah sampai masanya kita akan pulangkan kembali dekat mereka. Takan lah kita nak bagi balik dekat mereka dalam keadaan yang tak elok. Tak baiklah tu, macam contoh nie juga, kalaulah barang korang di pinjam oleh orang lain dan orang tu kembalikan barang korang dalam keadaan yang rosak sana, rosak sini lepas tu dia main pergi jer tanpa ucapkan apa-apa. Bukankah korang akan naik angin?!... Begitu juga keadaannya dengan bumi nie.... 

Harapan admin di sini agar sama-samalah kita semua menjaga dan memulihara alam dan bumi kita... 

Wordless Wednesday #4 | Antara Persahabatan Dan Keegoan

on 7 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, persahabatan atau keegoan yang mana satu pilihan anda?


Buatmu Sahabatku

on 26 November 2011





Sahabatku...
Seberat apapun masalahmu
Sekelam apapun beban hidupmu
Jangan pernah berlari darinya ataupun bersembunyi
Agar kau tak akan bertemu dengannya
Atau agar kau bisa menghindari darinya


Sahabat...
Seberapa jauh pun kau berlari
dan sedalam apapun kau bersembunyi
Dia pasti akan menemuimu
dalam sebuah episode kehidupanmu






Sahabat...
Alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang
Persilakan ia masuk kedalam bersihnya rumah hati dan mengkilatnya lantai nurani
Hadapi ia dengan senyum secantik mentari pagi
Ajak ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran


Sahabat...
Dengan begitu
Sepulangnya ia dari rumahmu
Akan kau dapati
Dirimu menjadi seorang yang tegar
Dalam semua keadaan
Dan kau pun akan mampu dan lebih berani
untuk melewati lagi deraan kehidupan


Dan yakinlah sahabat...
Kau pun akan semakin bisa bertahan
Kala badai cubaan itu menghentam dirimu
Aku berharap agar dikau terus tabah
Kerana doaku sentiasa bersamamu.

Ku Cari Redha-Mu Dalam Menuntut Ilmu

on 15 November 2011


Apabila manusia mengetahui akan hati.....
mereka akan cuba mendekati....
kerana nilainya melebihi harga dunia....
hingga mampu menggapai rasa cinta-NYA...

Hai anak muda....
percayalah....
tidak ilmu datang sendiri....
melainkan jika DIA mengkehendaki...

Bangkitlah saudara dan saudariku....
Berjuanglah mencari ilmu-NYA...
Kerana ilmu yang dimiliki...
Hanya setitis dari lautan Kekayaan-NYA...
ENGKAU lah yang ku maksud....
Keredhaan ENGKAU lah yang ku tuntut....
tanpa redah-Mu....
Ilmu yang ku miliki tiada bermakna... 
Kerana Engkau adalah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui...

Selamat 'Berperang' Semua Budak SPM & STPM 2011

on 12 November 2011

Assalamualaikum


Kepada semua pelajar yang akan menduduki 'peperiksaan besar' pada 14/11/2011(SPM) & 21/11/2011(STPM) harap semuanya sudah bersedia. Jangan lupa alatan 'perang' masing-masing nanti naya jadinya kalau lupa bawa pula. Inilah masanya korang semua pulun habis-habis semua kudrat yang korang ada tu setelah berhempas pulus memerah otak, bersengkang mata bangun di tengah malam yang dingin sehingga tak cukup tidur gara-gara nak dapat straigh 'A+' kat tangan tu.  

Ingat pesanan cikgu tahu, jangan di abaikan semuanya apa yang di pesan oleh cikgu...huhuhu...


Jangan hampakan harapan mak bapa korang yang selama nie memang mengharapkan anaknya berjaya dalam exam. So, buat yang terbaik, buktikan dengan semua orang yang korang adalah yang terbaik di antara yang terbaik. 

Di sini pun admin nak tujukan dekat adik-adikku yang juga bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM korang berdua buat yang terbaik. Kalau korang berdua dapat 'A+' semua mata pelajaran nanti abang akan belanja kamo berdua Aiskrim.. hahaha..


Dan buat semua calon-calon SPM dan STPM di seluruh Malaysia umumnya dan SMK Pasir Putih Tawau Sabah khasnya, semoga semuanya dapat "A+"  ya ! Mintalah restu mak da bapa sebelum pergi menduduki peperiksaan tu dan mintalah pertolongan Allah supaya di permudahkan segalanya. Jangan time nak periksa jer baru nak berdoa, ish3, tak baik tau. Tapi Allah itu Maha Pemurah lagi Maha pengasihani terhadap hambanya.


Kata-kata hikmah

"kejayaan bukan satu destinasi tapi ia adalah satu perjalanan, Semakin jauh anda berjalan semakin bagus anda akan jadi, ianya tiada berpenghujung"


Doa


 


Persahabatan Lebih Baik Berbanding Percintaan

on 3 November 2011

 

Persahabatan yang sejati akan membawa kepada rindu yang abadi,
Kerana sahabat adalah orang yang paling berharga dan  sukar dicari,
Orang yang rugi ialah orang yang tidak mempunyai sahabat,
dan yang paling rugi ialah di tinggalkan sahabatnya,

Merekalah yang memberi semangat dikala kitaputus asa,
Memberi kekuatan dikala kita lemah,
Memberi keceriaan dikala kita kesedihan,
Memberi ilham dikala kita kebuntuhan,

Pernahkah kita terfikir yang persahabatan lebih unggul daripada percintaan,
Sesungguhnya persahabatan adalah yang paling agung,
Kerana tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir,
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal,

Oleh itu, Hargailah persahabatan kita itu,
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan,
yang memang sukar dicari,
Walau kita gadai segunung emas sekalipun, 
Sahabat adalah insan yang paling teratas,

Sahabat yang paling baik sekali ialah diri kita sendiri,
Tahu menilai setiap apa yang kita lakukan,
dan hadiah yang paling berharga dalam erti kata sahabat yang sebenar,
Adalah memberi yang terbaik dari diri kita sendiri,

Bergaullah dengan manusia sebaiknya,
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi,
Dan kalau kamu hidup mereka merindui kamu,

Yang indah itu pertemuan,
Yang manis itu kemesraan,
Yang pahit itu perpisahan,
Yang tinggal hanyalah kenangan.

Dicoret oleh
Budax Lanun


 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved