Bercinta, Apa Kesannya ?

on 21 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Cinta...Cinta... Cinta...! 

Asyik-asyik aku dengar orang cakap pasal cinta. Naik bernanah telinga aku dengar perkataan itu. Apakan tidak, mula-mula bercinta bukan main lagi asyik-asyik berkepit sana, berkepit sini. Mana dia pergi ada saja muka dia sama... Macam belangkas sudah aku tengok... Bukan begitukah budak-budak zaman sekarang bercinta... Upssss, bukan budak-budak saja yang remaja pun sama juga... 

Bercinta tu boleh, tak dilarang pun. Tapi ada batasnya bukan main bercinta saja. Ini tak, baru saja kenal dah nak menggatal minta couple.  Meluat aku dengar perkataan itu. 'Alamak berlagak alim pula aku nie, padahal dalam hati gembira juga kalau ada orang minta couple...hehehe'. Pernah dengar tak perkataan ini "Diantara kamu berdua pasti ada yang ketiga", mesti pernah dengarkan !?. Nak tahu siapa yang ketiga itu ?. 'Dia' nie pasti dan pasti setiap detik ada bersama kita dan tak akan berputus asa sehingga berjaya menyesatkan kita. 'Dia' juga merupakan musuh kekal umat muslim sehingga ke hari akhirat. 'Dia' adalah Syaitan laknatullah. 

Kalau kamu takutkan seksa Allah S.W.T. maka jauhilah semua itu. Tak ada gunanya bercinta masa muda-muda nie, menyusahkan diri kita saja.  Betul tak?. Bagus korang fukos pada pelajaran korang dan gembirakan mak bapa itu lagi baik dan bermanfaat daripada bercinta dan akhirnya menangis dek kerana putus... Bila dah habis belajar korang punya sukalah apa korang nak buat. Eh, silap tu kalau macam tu. Pemikran primitif macam tu sepatutnya dah tak boleh guna dah. Puikkkk, senang saja cakap macam tu, kan mengandung siapa yang nak tanggung. Silap-silap ada lagi satu berita yang terpampang di dada-dada akhbar "Satu mayat bayi ditemui di dalam tong sampah". Berapa banyak manusia yang tak berdosa korang nak bunuh. Kesian kat bayi tu, mereka pun nak hidup juga macam orang lain. Korang tak fikirkah semua tu !?.

Bercintalah mengikut perintah Allah S.W.T. Ada tiga jenis cinta itu, 
  1. Cinta kerana Allah, 
  2. Cinta kerana Nafsu dan 
  3. Cinta kerana Syaitan. 

Maka pilihlah yang pertama, InsyaAllah cinta kamu akan berkekalan sehingga ke dalam Syurga.

Sekian saja dari Lanun.  
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved