Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Pantun Pecah Dara (18SX)

on 19 March 2012

Harap pantun nie memberi kesedaran kepada kaum wanita diluar sana. Jangan terlalu asyik dengan alam percintaan tu sehinggakan maruah sendiri sanggup korang gadaikan demi untuk menunjukkan kesetiaan korang terhadap cinta yang belum akan berakhir dengan pernikahan. Setiap jodoh itu dah di tentukan oleh-Nya jadi kita cuma perlu berusaha saja nak mencari jodoh kita tu, bukannya memberi maruah kita kepada orang lain. Tak fikirkah dunia akhirat. Dunia nie cumalah tempat persinggahan kita dan tempat yang kekal abadi adalah akhirat sana. Harap pantun di bawah nie akan memberi kesedaran kepada kaum wanita di luar sana tu. Layannnnnnnnnnnnn !!!!!!!!!!!!...


Bermula dengan sekadar mengurat
Lalu bertemu di satu tempat
Maka tangan pun mula melorat
Lawan peluk tak kurang hebat

Bila peluk sama rapat
Nafas pun tersekat-sekat
Baju sendat turut terangkat
Gunung berluruh turut dipanjat

Tinggi rendah, bacaan disukat
Jarum meter berpusing ligat
Lubang kosong mula tersumbat
Habis longgar dulunya ketat

Ular sakti menikam tepat
Bisa terpancut kononnya ubat
Ubat cinta tak pernah tergugat
9 bulan perut sarat

Dulu kosong sekarang berat
Bila ditanya kata terjerat
Time kangkang kononnya nikmat
Cepat lah abg cepat lah cepat

Pikir dunia tak ingat akhirat
Dapat baby di buang merempat
Masalah selesai kononnya selamat
Buat dulu lepas tu taubat

Tapi sekarang sudah terlambat
Segala amalan di hitung di catat
Tunggu lah masa tunggu lah saat
Di akhirat kelak HANG TAKKAN SELAMATTT.

Oleh: Media Lah

Kepada anak-anak dara sekalian, Share pantun ini jika anda sayangkan dara anda Lah!

Ada betulnya juga pantun di atas. Bila nak buat tu ingat tak ada yang tengokkah ? Allah sentiasa akan melihat kita dan malaikat itu sentiasa ada bersama kita bagi orang-orang yang beriman dan syaitan itu tak akan mudah untuk berputus asa untuk menjerat kita ke lembah hitam bersamanya. Itulah janjinya kepada Allah S.W.T. Beringat sebelum membuat perkara terkutuk itu. Sekian....

Kenapa Wanita Kena Pakai Tudung Dari Segi Medical [FAKTA]

on 17 March 2012

Assalamualaikum......



Wanita akan nampak ayu bila dia memakai tudung dan itu sudah pasti dan amat diakui dan dipersetujui oleh kebanyakkan lelaki. Seperti yang semua sedia maklum yang wanita wajib menutup auratnya dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki kecuali pergelengan tangan dan muka. Jadi rambut adalah sebahagian dari aurat bagi wanita. So, kenapa yang banyak yang masih tak faham tentang perkara nie. Memakai tudung bukannya menjadi suatu kewajiban kepada wanita itu sendiri tapi yang menjadi kewajiban adalah menutup aurat. 

Banyak kelebihan wanita yang memakai tudung nie. Antaranya, wanita akan nampak ayu dan cantik bila memakai tudung. Kedua, wanita itu akan lebih dihoramati oleh golongan lelaki. Ketiga, dapat mengelakkan rambut dari terkena panas terik matahari dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang ada. Salah satu kelebihan wanita itu memakai tudung adalah dapat menjaga tona kulit wanita itu sendiri. Sebab itulah wanita yang memakai tudung nie lebih manis dan cantik bila dipandang berbanding dengan wanita yang tak bertudung atau freehair. Memang terdapat fakta secara medical tentang wanita bertudung. Kalau tak percaya, meh baca fakta kat bawah nie lepas tu baru komen erk...

Tengkorak (human skull) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan (setakat yang dikaji) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS.. 

Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga (cuba rasa, 0.5-1 cm dari belakang telinga) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja.

Allah S.W.T. ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung. Hal ini kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang empat saraf yang penting antaranya ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya.

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, apabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA. 

Oleh hal yang demikian, pemakaian tudung kepada wanita adalah digalakkan demi untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, dan untuk kecantikan dia juga. oleh sebab itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..

"SESUNGGUHNYA ALLAH LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA." 

Tips & Info | 10 Teknik Yang Sure Gagal Untuk Menawan Kembali Cintanya

on 6 January 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...




Biasalah bagi pasangan bercinta pasti ada pasang surut dan ada masa mesra dan ada masanya bergaduh. Bukan namanya pasangan yang bahagia kalau tak ada yang gaduh-gaduh. Kalau korang pernah dengar yang mereka adalah pasangan yang bahagia dan tak pernah gaduh atau berselisih faham, itu maknanya korang dah ditipu 'bulat-bulat' dengan mereka. 

Jangan percaya sangat dengan benda tu.. hehehe... 

Di sini aku nak kongsikan 10 teknik yang biasa dan memang sure 100 peratus pasangan yang bercinta ini buat bila ada masalah seperti gaduh, berselisih faham, merajuk dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan benda ini digunakan semasa berada dalam keadaan terdesak atau desperate untuk memenangi hati pasangan semula.

Perkara pertama ialah Sidia nie berjanji yang dia akan berubah dan tak sanggup ada skandal lagi dan sebagainya. Ini semua tujuannya nak dapatkan simpati dan kepercayaan yang memang dah goyah. Benda nie pasti dan surelah akan gagal !...

Teknik yang kedua pula, dengan terus menerus Sidia mengucapkan "I cinta dengan u setulus hati I (insert: nada anda sendiri)". Yang ini pun dah tentu akan gagal punya, apalagi bila dah gaduh dan merajuk. Tapi tak tahulah kalau yang dipujuk tu memang lembut hati dia.heheheh...

Nak tahu teknik ketiga tak ?. Pasti nak tahu juga, kan...hehehe... Berharap akan mendapat cintanya kembali tanpa ada usaha. Berlainan dengan berdoa, ingat : doa + usaha yang betul = pasti akan dapat hasil yang memuaskan. Inilah yang dikatakan wishful thinking, kata orang putih, hehehehe. Samalah juga dengan prinsip memancing, kalau nak memancing, kita mestilah cari di mana lubuk ikan, bukan. Ikan tidak akan muncul jika anda memancing di kolam hiasan yang tidak mempunyai ikan. Tidak kira seberapa besar harapan anda atau setinggi mana pun harapan anda. Sure pasti akan gagal, bukan. Samalah juga dengan cinta itu sendiri.

Aku rasa yang keempat ini sememangnya pasti akan gagal dengan hanya mendengar saja ayatnya iaitu menggunakan pertengkaran (perdebatan), reasoning dan sebagainya. Perkara ini memang selalu kita lihat dan pasti bagi setiap pasangan bercinta akan mengakuinya juga. Ada saja yang tak puas hati pasti akan menjadi isu perdebatan. Macam perdebatan Bahasa Melayu, pasti ada pihak pembangkang dan ada pihak penyokong, hahaha. Tujuannya untuk mengubah perasaan dan perbuatan pasangan. 

Kelima nie ada juga buat aku tergelak sikit, hehehe. Disebabkan tak puas hati "Dia" merekrut penyokong untuk menyebelahinya. Teknik ini sering juga di lihat dalam drama tv atau di kolej/tempat kerja. Sehinggakan ada yang meluahkan di laman-laman sosial seperti facebook, twitter dan banyak lagilah. Eh, mak bapa pun ada turut serta juga tahu... Yang ini kalau ada memang sure seronok untuk dilihat, hahaha. Jahat pula aku nie. Kalau beginilah pasati akan gagallah nak tambat hati pasangan itu kembali.

Teknik yang keenam ini memang glamour sikit dari yang lain-lain tu iaitu berlagak jadi pelakon terbaik sebagai seorang yang depress. Semuanya jadi tak menentu, makan tak lalu, air mata pula tak putus-putus mengalir macam air terjun (boleh buat mandi lagi). Bila dah bosan tu mulalah post di facebook dan twitter untuk menunjukkan kepada kawan-kawan, "akulah insan yang paling malang sekali di dunia nie". Ingat nak mendapat simpati dan sokongan atau semangat tapi menjauhkan Sidia lagi adalah. Cara ini sememangnya akan gagal.

Teknik yang ke tujuh ini untuk yang dah berkahwin dan yang bercinta sebelum berkahwin tu DOSA ! (siap bagi nasihat lagi tu), hehehe. Ini pula menggunakan 'senjata' semulajadi iaitu anak-anak. Ini samalah seperti teknik yang No.5 tadi. Teknik ini umpama boomerang yang akan menghantuk kepala sendiri. Korang fikir-fikirlah sendir apa akibatnya, hehehe.

Teknik yang kelapan ini memang selalu kita lakukan bila ada yang tak kena iaitu menyalahkan orang lain. Seorang pakar psikologi pernah berkata, "Intipati untuk ketidakpuasan hati boleh disimpulkan oleh satu ayat : menyalahkan orang lain". Seharusnya kita tidak patut menyalahkan orang lain akibat kesalahan diri kita sendiri. Betul tak ?

Teknik yang kesembilan iaitu Pessimism. Kita sering cenderung menjadi pessimist,"Aku tak akan berjaya, kau tak kenal dia, dia tu jenis yang degil dan keras kepala. Dia tak akan mengubah keputusannya". Tak akan berubah ???.. Dulu bukan main manis lagi kata-kata yang dihamburkan yang dia akan sayang kau selamanya tapi sekarang dah lain pula jadinya. Yang ini memang surelah gagal.  

Terakhir sekali, Exaggeration atau melakukan sesuatu dengan terlampau lebih atau terlampau kurang dari keadaan asal. Hal ini boleh dikaitkan dengan strategik menyalahkan orang lain juga. Memang dia saja yang paling malang di dunia ini. Tapi aku rasa ramai lagi yang mengalami situasi yang lebih sukar dari ini, bukan?..

Semua teknik-teknik di atas menunjukkan yang kita ini adalah manusia biasa. Itulah hakikatnya tak sempat memikirkanny dengan mendalam sebelum bertindak. Bak kata pemikir strategik perang zaman dahulu, Sun Tzu, "If ignorant both of your enemy and yourself, you are certain to be in peril".(korang translatelah sendiri ya !, hehehe).


Anda mesti bertanya, jika yang di atas bukan caranya untuk mendapat kembali kasih si dia. Apakah cara yang sebenarnya yang terbukti 100% berkesan?. 

Harap anda bolehlah berkongsi sedikit panduan-panduan yang lebih berguna lagi untuk tatapan semua pembaca. Lagipun ilmu yang aku miliki nie bukanlah banyak sangat lebih-lebih lagi soal yang ini. huhuhu... sekian saja...

Mari Kembali Ke Sekolah

on 3 January 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


Musim percutian ataupun lebih dikenali musim honeymoon hanya tinggal sehari saja lagi sebelum kembali ke alam persekolahan semula. Kepada yang masih lagi belum buat persiapan tu baik korang cepat-cepatlah. Inilah orang sekarang, asyik-asyik nak buat kerja last-last minit. Bila nak guna sudah barulah nak kelam-kabut nak buat persiapan inilah, itulah. Walaupun dalam keadaan kelam-kabut tu rasa tak sabar untuk kembali ke sekolah memang ada dalam setiap diri pelajar itu. Biasalah nak jumpa kawan-kawan kembali setelah dekat dua bulan tak jumpa mereka. 

Bila lama cuti sekolah nie pasti ramai yang tak biasa nak bangun awal-awal pagi nak mandi, streka baju dan seluar, sediakan kasut dan lain-lain lagi. Eh, biasanya kalau awal-awal sekolah nie semua persiapan dah dibuat pada malam sebelum nak pergi sekolah , bukan. hahahaha.. Biasalah tu excited sangatlah dikatakan... Tapi bila dah dua-tiga minggu mulalah tu malas dia datang balik... hahaha... Iyakah ? itu korang boleh fikir sendiri... Tepuk dada tanyalah diri sendiri...  

Aku rasa yang paling excited sangat-sangat nie biasanya budak-budak yang baru nak masuk sekolah menengah tingkatan satu, betulkah ?... Semestinya iya, bukan. Biasalah masuk alam sekolah menengah nie mestilah tunjuk matang sikit, kan... baru nampak macho... hahaha...

Kepada pelajar-pelajar tingkatan tiga dan lima pula, inilah tahun yang paling menyeksakan buat korang...hahaha... Masa inilah kena study hard and smart itupun kalau betul-betul nak target semua 'A' dalam mata pelajaran yang diambil. kepada pelajar-pelajar tingkatan empat janganlah ingat ini masanya korang nak berhoneymoon pula. Di situlah kesilapan kamu sebenarnya. Sepatutnya masa inilah korang belajarbetul-betul supaya nanti nak naik ke tingkatan lima dah tak payah nak penat-penat study balik apa yang kita pernah  belajar masa di tingkatan empat dulu. Kalau kita pandai mengatur masa dan jadual kita insyaAlaah semuanya pasti akan mudah.

Sekian saja untuk hari ini. 

**nota kaki berbau**
-Kepada semua pelajar-pelajar Selamat Kembali Ke Sekolah dan jangan lupa dengar cakap guru displin. Jangan nakal-nakal pula ya !!!! 

Tips & Info | Mengelak Dari Dibuli

on 29 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



Kejadian buli memang sesuatu yang sangat merumitkan. Biasanya buli kerap kali berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa mahupun guru. Kebanyakkan pembuli ini tidak mengaku yang mereka terlibat manakala mangsa buli pula hanya tahu berdiam diri sahaja kerana takut dia akan dipukul mahupun dimalukan. Membuli ialah satu gangguan berulang dan menyerang orang lain. 



Kelakuan membuli boleh jadi sama ada fizikal atau percakapan atau kedua-duanya sekali.

Kes buli di internet pun ada juga. Jangan korang fikir yang membuli nie cuma face to face saja. Itu yang korang silap.

Bagi mengelakkan diri anda dari dibuli, jom kita belajar sikit cara-caranya :

• Kalau dah takut kena buli janganlah dok jalan seorang-seorang nanti senang saja kena buli dengan geng-geng buli nie.


• Lebih baik korang jalan dengan geng-geng korang sendiri jadi peluang untuk dibuli itu kurang sikit.



• Tunjukkan yang korang nie berani dan tidak takut apa-apa walaupun korang nie jenis yang penakut.


• Korang dah tahu yang korang tu senang dibuli jadi belajarlah seni mempertahankan diri jadi bila ada yang nak buli korang tunjukkanlah kebolehan korang dekat pembuli-pembuli tu.

 
• Susah-susah korang upahlah bodyguard jer, kan senang. 


• Buatlah muka tu macam gengster sikit jangan buat muka jambu jadi orang pun takut juga dengan korang.


So, macam mana dah ada jalan penyelesaian tak ?. kalau korang nie asyik kena buli jer sama kawan-kawan atau kawan di tempat kerja baik korang praktikkan cara-cara kat atas tu. Tapi kalau tak 'makan' juga tak tahulah apa nak buat sudah. Korang kena ada keberanian dalam diri jangan asyik nak kena buli jer, berubahlah sikit kalau tak nak diri tu kena buli. Sekian saja....

Bercinta, Apa Kesannya ?

on 21 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Cinta...Cinta... Cinta...! 

Asyik-asyik aku dengar orang cakap pasal cinta. Naik bernanah telinga aku dengar perkataan itu. Apakan tidak, mula-mula bercinta bukan main lagi asyik-asyik berkepit sana, berkepit sini. Mana dia pergi ada saja muka dia sama... Macam belangkas sudah aku tengok... Bukan begitukah budak-budak zaman sekarang bercinta... Upssss, bukan budak-budak saja yang remaja pun sama juga... 

Bercinta tu boleh, tak dilarang pun. Tapi ada batasnya bukan main bercinta saja. Ini tak, baru saja kenal dah nak menggatal minta couple.  Meluat aku dengar perkataan itu. 'Alamak berlagak alim pula aku nie, padahal dalam hati gembira juga kalau ada orang minta couple...hehehe'. Pernah dengar tak perkataan ini "Diantara kamu berdua pasti ada yang ketiga", mesti pernah dengarkan !?. Nak tahu siapa yang ketiga itu ?. 'Dia' nie pasti dan pasti setiap detik ada bersama kita dan tak akan berputus asa sehingga berjaya menyesatkan kita. 'Dia' juga merupakan musuh kekal umat muslim sehingga ke hari akhirat. 'Dia' adalah Syaitan laknatullah. 

Kalau kamu takutkan seksa Allah S.W.T. maka jauhilah semua itu. Tak ada gunanya bercinta masa muda-muda nie, menyusahkan diri kita saja.  Betul tak?. Bagus korang fukos pada pelajaran korang dan gembirakan mak bapa itu lagi baik dan bermanfaat daripada bercinta dan akhirnya menangis dek kerana putus... Bila dah habis belajar korang punya sukalah apa korang nak buat. Eh, silap tu kalau macam tu. Pemikran primitif macam tu sepatutnya dah tak boleh guna dah. Puikkkk, senang saja cakap macam tu, kan mengandung siapa yang nak tanggung. Silap-silap ada lagi satu berita yang terpampang di dada-dada akhbar "Satu mayat bayi ditemui di dalam tong sampah". Berapa banyak manusia yang tak berdosa korang nak bunuh. Kesian kat bayi tu, mereka pun nak hidup juga macam orang lain. Korang tak fikirkah semua tu !?.

Bercintalah mengikut perintah Allah S.W.T. Ada tiga jenis cinta itu, 
  1. Cinta kerana Allah, 
  2. Cinta kerana Nafsu dan 
  3. Cinta kerana Syaitan. 

Maka pilihlah yang pertama, InsyaAllah cinta kamu akan berkekalan sehingga ke dalam Syurga.

Sekian saja dari Lanun.  

Tips & Info | Bagaimana Membina Keyakinan Dalam Diri

on 16 November 2011

Assalamualaikum



Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian atau peperiksaan. Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan  dengan lebih baik, tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap  hari. Tentu kebosanan akan muncul jua di dalam hati. Di bawah ini ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri;

1. Rancang dulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.


2. Senyumlah selalu kerana senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.


3. Dapatkan tidur yang cukup dan jangan membahayakan diri anda macam kat bawah nie. 



4. Sesekali tu hiburkanlah diri anda juga dengan melakukan apa yang anda suka atau minat.



5. Tonjolkan penampilan yang menarik dan kemas agar ianya kelihatan lebih menarik. Ssekali bergaya apa salahnya, kan?



6. Kawal berat badan anda. jangan asyik nak makan saja nanti obes susah pula, kan?

  


7. Amalkan gaya hidup yang sihat agar lebih berkeyakinan dalam penampilan. 





8. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.





9. Jadilah diri sendiri (bukannya orang lain) dan percaya pada kemampuan diri.





10. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing






11. Berdoalah pada Allah, inilah yang paling penting sekali tapi jangan hanya pada kita susah saja baru kita ingat pada Allah.



Janganlah kita menafikan kelemahan diri kita bila saja kita melakukan satu-satu benda yang salah, usah keji diri kita tapi sedarilah kelemahan kita.


Buat renungan;

Ketika Nabi Ibrahim mahu meninggalka Siti Hajar di tanah gersang dan kontang yang mana tidak ada hidupan pun di situ, Siti Hajar bertanya, "Disinikah kami ditinggalkan? Apakah kamu meninggalkan kami di sini atas pilihanmu atau atas pilihan Tuhan?"Ibrahim menjawab: "Ini adalah perintah Allah SWT."Hajar membalas dengan yakin:  "Kalau begitu kami tidak akan ditelantarkanNya."


Jom Teropong | Sifat Pemalu

on 28 October 2011

Assalamualaikum

Hai sahabat-sahabat blogger sekalian, apa khabar, sihat tak?.. korang teropong tak nie, kalau ada mari sama-sama kita teropong apa kelebihan sifat pemalu itu. Dalam kalangan blogger yang singgah di sini ada tak yang ada sifat yang macam ni? Sekarang nie nak cari orang yang mempunyai sifat pemalu ni susah dan memang jarang yang kita jumpa kalau ada pun kita jumpa orang yang muka tak malu jer..hahaha... jangan marah ya kalau ada yang tersinggung...

Sifat pemalu ni memang tidak lari dari perempuan. hal ini kerana perempuan memang diciptakan dengan sifat pemalu, lemah lembut, sopan santun, dan banyak lagi. Tapi korang tahu tak yang lelaki pun ada juga yang mempunyai sifat pemalu ini tapi tak ramai. 

Korang semua tahu tak, yang sifat pemalu nie sangat-sangat dituntut dalam Islam dan ianya membawa banyak kebaikan dari keburukan berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W.;

Maksudnya: “ Perasaan malu itu tidak akan memberi kesan kecuali suatu yang baik”
 (Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Maksudnya: “ Rasulullah S.A.W lalu di hadapan seorang lelaki yang sedang menegur seorang saudaranya mengenai sifat malunya, lalu baginda bersabda: Biarkan dia, kerana sesunggyunya sifat malu itu adalah sebahagian daripada iman.”
(Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)


Malu adalah sifat fitrah manusia. Setiap manusia yang waras akal fikirannya pasti mempunyai sifat malu pada perkara-perkara yang tertentu. Fitrah yang suci pada diri manusia akan melahirkan perasaan malu untuk melakukan suatu yang tidak bersesuaian dengan kehidupan manusia.

Menurut kaca-mata Islam sifat malu ini ada dua jenis:
- Sifat malu yang terpuji ianya pula ada dua bahagian:

 *Perasaan malu untuk melakukan larangan-larangan Allah Ta’ala.
 *Perasaan malu untuk meninggalkan perintah-perintah Allah Ta’ala.
    
- Sifat malu yang terkeji juga ada dua bahagian:

 *Perasan malu untuk malakukan perintah-perintah Allah Ta’ala.
 *Perasaan malu untuk meninggalkan larangan Allah Ta’ala.


Umat Islam hari ini, amat malu untuk menjadi muslim yang taat dan patuh pada perintah Allah Ta’ala, kerana mereka tidak mahu digelar sebagai manusia yang ketinggalan zaman kolot dan sebagainya. Ada di kalangan umat Islam yang menganggap  ketaatan pada perintah Allah Ta’ala akan menyebabkan diri meraka dihina dan menghalang mereka mencapai kemajuan dan kecemerlangan.Kalau manusia seperti ini yang ada entah apa akan jadi dengan sifat malu lagi.

Apakah kita masih boleh dikatakan bangsa yang pemalu, andai pakaian kita tidak dapat menutup tubuh-badan kita, pakaian kita mendedahkan sebahagian besar aurat ?! Kita sanggup berbogel dengan pakaian yang dianggap sesuai dengan kemajuan dan keunggulan dunia koperat, teknologi dan sebagainya!

Apakah kita masih boleh dikatakan bangsa yang pemalu, andai pergaulan kita tanpa batasan, diri kita seorang lelaki bebas menyapa, menyentuh, memegang dan … tubuh-badan dan kehormatan wanita lain yang bukan isteri kita. Diri kita seorang wanita, tubuh-badan kita dan kehormatan kita bebas dilihat, disentuh, dipegang dan …. Oleh lelaki yang bukan suami kita!

Apakah kita boleh dikatakan bangsa yang maju dan unggul, andai arak, perlacuran, perjudian dan dadah sudah menjadi keperluan harian kita, halal atas nama perniagaan,  halal demi memiliki kemajuan dan kejayaan, halal agar dilihat unggul dan  gemilang.

Terlalu banyak yang perlu disoalkan kepada diri sendiri, untuk menilai semula hakikat diri kita.

Akhir kata, buat kali ini, perhatikan maksud sabda Rasulullah S.A.W. berikut:

Maksudnya:  “Apabila kamu tidak merasa malu, maka buatlah apa yang kamu suka ….”   (Riwayat Imam Al-Bukhari)

Bukan nak jadi ustazd tapi nak nasihat-menasihati.. Saya juga seperti kamu semua dan diharap kita dapat memupuk sifat malu kita agar kita menjadi seorang yang disegani dan janganlah kita sombong apabila kita berada di atas. Jadilah seperti padi, semakin tinggi semakin tunduk. Wassalam


 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved