Biasalah bagi pasangan bercinta pasti ada pasang surut dan ada masa mesra dan ada masanya bergaduh. Bukan namanya pasangan yang bahagia kalau tak ada yang gaduh-gaduh. Kalau korang pernah dengar yang mereka adalah pasangan yang bahagia dan tak pernah gaduh atau berselisih faham, itu maknanya korang dah ditipu 'bulat-bulat' dengan mereka.
Jangan percaya sangat dengan benda tu.. hehehe...
Di sini aku nak kongsikan 10 teknik yang biasa dan memang sure 100 peratus pasangan yang bercinta ini buat bila ada masalah seperti gaduh, berselisih faham, merajuk dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan benda ini digunakan semasa berada dalam keadaan terdesak atau desperate untuk memenangi hati pasangan semula.
Perkara pertama ialah Sidia nie berjanji yang dia akan berubah dan tak sanggup ada skandal lagi dan sebagainya. Ini semua tujuannya nak dapatkan simpati dan kepercayaan yang memang dah goyah. Benda nie pasti dan surelah akan gagal !...
Teknik yang kedua pula, dengan terus menerus Sidia mengucapkan "I cinta dengan u setulus hati I (insert: nada anda sendiri)". Yang ini pun dah tentu akan gagal punya, apalagi bila dah gaduh dan merajuk. Tapi tak tahulah kalau yang dipujuk tu memang lembut hati dia.heheheh...
Nak tahu teknik ketiga tak ?. Pasti nak tahu juga, kan...hehehe... Berharap akan mendapat cintanya kembali tanpa ada usaha. Berlainan dengan berdoa, ingat : doa + usaha yang betul = pasti akan dapat hasil yang memuaskan. Inilah yang dikatakan wishful thinking, kata orang putih, hehehehe. Samalah juga dengan prinsip memancing, kalau nak memancing, kita mestilah cari di mana lubuk ikan, bukan. Ikan tidak akan muncul jika anda memancing di kolam hiasan yang tidak mempunyai ikan. Tidak kira seberapa besar harapan anda atau setinggi mana pun harapan anda. Sure pasti akan gagal, bukan. Samalah juga dengan cinta itu sendiri.
Aku rasa yang keempat ini sememangnya pasti akan gagal dengan hanya mendengar saja ayatnya iaitu menggunakan pertengkaran (perdebatan), reasoning dan sebagainya. Perkara ini memang selalu kita lihat dan pasti bagi setiap pasangan bercinta akan mengakuinya juga. Ada saja yang tak puas hati pasti akan menjadi isu perdebatan. Macam perdebatan Bahasa Melayu, pasti ada pihak pembangkang dan ada pihak penyokong, hahaha. Tujuannya untuk mengubah perasaan dan perbuatan pasangan.
Kelima nie ada juga buat aku tergelak sikit, hehehe. Disebabkan tak puas hati "Dia" merekrut penyokong untuk menyebelahinya. Teknik ini sering juga di lihat dalam drama tv atau di kolej/tempat kerja. Sehinggakan ada yang meluahkan di laman-laman sosial seperti facebook, twitter dan banyak lagilah. Eh, mak bapa pun ada turut serta juga tahu... Yang ini kalau ada memang sure seronok untuk dilihat, hahaha. Jahat pula aku nie. Kalau beginilah pasati akan gagallah nak tambat hati pasangan itu kembali.
Teknik yang keenam ini memang glamour sikit dari yang lain-lain tu iaitu berlagak jadi pelakon terbaik sebagai seorang yang depress. Semuanya jadi tak menentu, makan tak lalu, air mata pula tak putus-putus mengalir macam air terjun (boleh buat mandi lagi). Bila dah bosan tu mulalah post di facebook dan twitter untuk menunjukkan kepada kawan-kawan, "akulah insan yang paling malang sekali di dunia nie". Ingat nak mendapat simpati dan sokongan atau semangat tapi menjauhkan Sidia lagi adalah. Cara ini sememangnya akan gagal.
Teknik yang ke tujuh ini untuk yang dah berkahwin dan yang bercinta sebelum berkahwin tu DOSA ! (siap bagi nasihat lagi tu), hehehe. Ini pula menggunakan 'senjata' semulajadi iaitu anak-anak. Ini samalah seperti teknik yang No.5 tadi. Teknik ini umpama boomerang yang akan menghantuk kepala sendiri. Korang fikir-fikirlah sendir apa akibatnya, hehehe.
Teknik yang kelapan ini memang selalu kita lakukan bila ada yang tak kena iaitu menyalahkan orang lain. Seorang pakar psikologi pernah berkata, "Intipati untuk ketidakpuasan hati boleh disimpulkan oleh satu ayat : menyalahkan orang lain". Seharusnya kita tidak patut menyalahkan orang lain akibat kesalahan diri kita sendiri. Betul tak ?
Teknik yang kesembilan iaitu Pessimism. Kita sering cenderung menjadi pessimist,"Aku tak akan berjaya, kau tak kenal dia, dia tu jenis yang degil dan keras kepala. Dia tak akan mengubah keputusannya". Tak akan berubah ???.. Dulu bukan main manis lagi kata-kata yang dihamburkan yang dia akan sayang kau selamanya tapi sekarang dah lain pula jadinya. Yang ini memang surelah gagal.
Terakhir sekali, Exaggeration atau melakukan sesuatu dengan terlampau lebih atau terlampau kurang dari keadaan asal. Hal ini boleh dikaitkan dengan strategik menyalahkan orang lain juga. Memang dia saja yang paling malang di dunia ini. Tapi aku rasa ramai lagi yang mengalami situasi yang lebih sukar dari ini, bukan?..
Semua teknik-teknik di atas menunjukkan yang kita ini adalah manusia biasa. Itulah hakikatnya tak sempat memikirkanny dengan mendalam sebelum bertindak. Bak kata pemikir strategik perang zaman dahulu, Sun Tzu, "If ignorant both of your enemy and yourself, you are certain to be in peril".(korang translatelah sendiri ya !, hehehe).
Anda mesti bertanya, jika yang di atas bukan caranya untuk mendapat kembali kasih si dia. Apakah cara yang sebenarnya yang terbukti 100% berkesan?.
Harap anda bolehlah berkongsi sedikit panduan-panduan yang lebih berguna lagi untuk tatapan semua pembaca. Lagipun ilmu yang aku miliki nie bukanlah banyak sangat lebih-lebih lagi soal yang ini. huhuhu... sekian saja...
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment