Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...
Dimaklumkan bahawa, permohonan kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier bagi pemohon Lepasan SPM/Setaraf (Fasa 1) Sesi Akademik 2012/2013 telah dibuka mulai 16 November 2011 dan akan ditutup pada 31 Disember 2011. Pemohon hanya perlu mengisi maklumat asas sahaja semasa mengemukakan permohonan bagi Fasa 1. Penggunaan Nombor Unik ID adalah tidak diperlukan semasa Fasa 1 ini.
Permohonan bagi Fasa 2 pula akan dibuka mulai jam 12 tengah hari pada 09 Januari 2012 dan akan ditutup pada 02 April 2012. Nombor Unik ID adalah wajib bagi permohonan Fasa 2 ini. Justeru, pemohon Lepasan SPM/Setaraf boleh mendapatkan Nombor Unik ID di kaunter-kaunter atau melalui mesin ATM BSN pada harga RM 10.60 mulai 09 Januari 2012.
Di sini admin nak kongsikan beberapa tarikh-tarikh penting yang patut pelajar yang terlibat alert ataupun ambil perhatian tentang apa yang bakal berlaku. Biasalah manusia tak boleh ingat semua perkara sekaligus. So, bila dah ada yang ini mungkin memberi sedikit kemudahan buat korang. Jangan pula korang buat endah tak endah saja. Nanti tak buat permohonan kemasukan ke IPTA / POLITEKNIK / ILKA ada yang menggigit kuku sampai-sampai jari hilang pun tak sedar baru tahu. Kalau nak lagi senang printkan saja, biar tampal di dinding bilik.
Kalau gambar tak seberapa jelas, klik saja gambar tu untuk paparan yang lebih jelas.
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan kemasukan ke IPTA / Politeknik Premier boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-88706755/03-88706766/03-88706777 atau melayari Laman Web Rasmi Kemasukan di http://upu.mohe.gov.my/
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment