Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online

on 2 July 2013

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online | Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 mulai 1 Julai 2013. Para pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sujil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh membuat permohonan untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.

Cara Memohon Program Matrikulasi



  • Permohonan ke Program Matrikulasi boleh dibuat melalui permohonan melalui internet (PMI). Sebelum mengisi borang permohonan, pemohon perlu mempunyai Nombor Pengenalan Individu (NPI) yang boleh diperolehi di mana – mana cawangan BSN dengan bayaran RM6.00.

  • Pemohon boleh juga mendapatkan nombor ini melalui guru atau kaunselor sekolah.

  • Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut; 

[KLIK TAJUK PAUTAN DI BAWAH]



Sila rujuk juga pautan berikut untuk maklumat tambahan;

Kelayakan Minimum Akademik PST


Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Aliran Teknikal (M007)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik dan Lukisan Kejuruteraan
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

Kelayakan Minimum Akademik PDT


Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) ialah seperti berikut :
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Tarikh Tutup Permohonan


  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi 2014/2015 pada 10 Oktober 2013
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.


Kemaskini Permohonan Matrikulasi


Pelajar boleh membuat kemaskini permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my/) pada awal atau pertengahan bulan Februari 2014 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.



Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi


Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my/) pada awal atau pertengahan bulan April 2014 untuk mengetahui status permohonan.


Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi


Surat tawaran perlu dicetak sendiri oleh calon yang berjaya dan membawanya bersama semasa mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh yang ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut mengenai surat tawaran dengan menghubungi terus kolej yang ditawarkan.


Penempatan Kolej Matrikulasi


Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila rujuk senarai Kolej Matrikulasi dan pautan ke laman web mereka di Program Matrikulasi KPM.


Rayuan Permohonan Matrikulasi


Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2014 nanti. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).


kredit: eputra.com

Semak Online dan SMS Keputusan SPM 2012 Pada 21 Mac 2013

on 16 March 2013

Semak Online dan SMS Keputusan SPM 2012 Pada 21 Mac 2013
Semak Online dan SMS Keputusan SPM 2012 Pada 21 Mac 2013 | Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2012 akan diumumkan pada 21 Mac 2013 (Khamis) ini.

Kementerian Pelajaran dalam kenyataan di sini hari ini berkata, calon-calon SPM boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10.00 pagi pada hari tersebut.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran negeri iaitu tempat mereka mendaftar.

Calon SPM juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan melalui mySMS dengan menaip SPM diikuti nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran dengan setiap nombor itu dijarakkan dan dihantar ke 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula pukul 10.00 pagi pada hari tersebut dan akan ditamatkan pukul 12.00 tengah malam 27 Mac ini.

Semak Online dan SMS Keputusan SPM 2012 Pada 21 Mac 2013

Semakan SPM 2012 melalui online:
  • Pergi ke laman web SAPS saps.moe.gov.my
  • Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna Merah.
  • Masukkan No. Kad Pengenalan atau Sijil Surat beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.


Semakan Keputusan SPM 2012 melalui SMS:
  • Taip SPM [No KP] [No Angka Giliran] dan hantar ke 15888
  • Contoh format penghantara: SPM 951229085468 ABC123456 SMS ke 15888
Sebanyak 472,541 calon mendaftar menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun lalu.

Semakan Keputusan SPM 2012 Online dan SMS

on 18 February 2013

Semakan Keputusan SPM 2012 Online dan SMS

Semakan Keputusan SPM 2012 Online dan SMS | Berita baik untuk semua calon-calon SPM 2012, di mana calon boleh menyemak keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 di sekolah masing-masing bermula 21 Mac 2013 pada jam 10 pagi. Calon juga boleh menyemak keputusan SPM 2012 melalui dua cara iaitu:

Semakan Keputusan SPM 2012 Online dan SMS

Semakan SPM 2012 melalui online:
  • Pergi ke laman web SAPS saps.moe.gov.my
  • Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna Merah.
  • Masukkan No. Kad Pengenalan atau Sijil Surat beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

Semakan Keputusan SPM 2012 melalui SMS:
  • Taip SPM [No KP] [No Angka Giliran] dan hantar ke 15888
  • Contoh format penghantara: SPM 951229085468 ABC123456 SMS ke 15888

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM 2013

on 3 February 2013

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM 2013

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM 2013 | Berikut adalah tarikh peperiksaan bagi semua calon-calon di seluruh Malaysia bagi tahun 2013. Calon-calon boleh melihat pada jadual di bawah bagi memudahkan para pelajar mengetahui tarikh sebenar peperiksaan awam yang akan berlangsung pada tahun ini. Hal ini semua adalah untuk para calon peperiksaan awam dapat membuat persiapan sebelum menghadapi peperiksaan sebenar.

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM 2013

Peperiksaan
Tarikh
UPSR
11-13 September 2013
PMR
8 -12 Oktober 2013
SPM
12 November – 12 Disember 2013
SPM ( U )
18-19 Jun 2013
STPM
20-23 Mei 20136-18 November 2013
STAM
17-19 Oktober 2013

Mohd Nazmi Faiz Tidak Ambil SPM Pada Hari Pertama

on 6 November 2012

Mohd Nazmi Faiz Tidak Ambil SPM Pada Hari PertamaMohd Nazmi Faiz Tidak Ambil SPM Pada Hari Pertama | Nampaknya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dah bermula sejak kelmarin (5 November) namun Nazmi Faiz atau nama sebenarnya Mohd Nazmi Faiz Mansor, 18, tidak menduduki SPM pada hari pertama peperiksaan itu di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Untuk pengetahuan semua, Sepatutnya Nazmi Faiz menduduki SPM pada November tahun lepas, namun dia menangguhkan hasrat itu bagi membantu skuad Harimau Muda menghadapi Sukan SEA Indonesia 2011. Pengorbanan Nazmi tidak sia-sia apabila Skuad bawah 23 tahun negara berjaya meraih pingat emas. 

Apa-apa pun keputusan di tangan Nazmi sendiri sama ada mahu menduduki peperiksaan SPM atau tidak. Tapi, kalau dia mengambil keputusan untuk menduduki peperiksaan SPM, kami doakan yang terbaik. Tak salah rasanya kalau kita jadi pemain bola sepak yang terkenal disamping itu juga kita mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Ilmu adalah penyuluh hidup. Kami di Malaysia sentiasa menyokong kerjaya anda semua. Majulah sukan untuk negara.

Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR, PMR, SPM

on 27 October 2012

Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR - PMR - SPM | Kini anda boleh membuat semakan secara online keputusan peperiksaan UPSR, PMR ataupun SPM. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan untuk peperiksaan percubaan, peperiksaan akhir, pertengahan atau awal penggal persekolahan. Anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah untuk menyemak keputusan peperiksaan tersebut. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.

Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR, PMR, SPM

  1. Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
  2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.
Untuk semakan SMS UPSR, PMR atau SPM pula, anda hanya perlu ikut langkah ini:-

UPSR

- Semakan SMS: Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

- Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

PMR

- Semakan SMS: Taip PMR [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888

- Contoh: PMR 981021145879 BC001A040 hantar ke 15888

SPM

- Semakan SMS: Taip SPM [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888

- Contoh: SPM 950909125151 BC001A040 hantar ke 15888

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2012

on 26 September 2012

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2012

Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2012 | Tak lama lagi peperiksaan SPM 2012 akan bermula. So, adik-adik semua dah bersediakan nak tempuhi 'peperangan' ini dalam tempoh 40 hari lagi. Peperiksaan SPM  ini dijadualkan bermula pada 5 November 2012 serentak dengan peperiksaan STPM. Pastinya semua calon-calon tak sabar nak menduduki peperiksaan tersebut sehinggakan ada yang dah bersedia dan ada juga yang takut. Apa yang penting kita kena yakin pada diri dan jaga kesihatan terutama sekali bila dah dekat dengan peperiksaan nie. Jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 draft ke-3 telah pun dikeluarkan.


Semoga berjaya kepada semua calon-calon peperiksaan SPM 2012 !!!

Najwa Latif Terkejut Dianggap Persenda Wartawan

on 22 May 2012

Najwa Latif Terkejut Dianggap Persenda Wartawan
Najwa Latif
Penyanyi remaja, Najwa Latif, yang sebelum ini menjelaskan lagu “Kosong” nyanyiannya tidak menyindir sesiapa bertambah terkejut selepas membaca laporan terbaru kononnya karya itu ditujukan kepada wartawan.

Najwa, 17, berkata, dia tidak pernah berniat untuk menyindir wartawan tetapi ia dihasilkan sebagai pemangkin semangat kepada dirinya selain untuk dikongsi kepada orang lain jika menghadapi sebarang masalah.

"Tidak pernah terlintas pun dalam fikiran saya untuk menyakiti mana-mana pihak melalui lagu apatah lagi ia ditulis semata-mata untuk memberi inspirasi kepada diri sendiri dan orang lain," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Tambah Najwa, dia juga tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana wartawan sehingga ingin membalas dendam menerusi lagu dan menganggap mereka sering menyokong kerjaya seninya.

"Walaupun kadang-kadang saya kena kritik tetapi saya mengambil perkara itu sebagai positif dalam memperbaiki diri tetapi setakat ini tidak pula saya mempunyai masalah atau bermusuh dengan mana-mana pihak media," katanya.

Dalam pada itu, kakak kepada Najwa iaitu Syafikah Latif turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia tidak berasas sama sekali.

Syafiqah memberitahu, lirik lagu berkenaan yang dituliskan sejak lima bulan lalu itu tidak pernah bertujuan untuk 'menyerang' mana-mana pihak sebaliknya mahu memberi semangat kepada semua pendengar yang mungkin mempunyai masalah supaya tidak berputus asa.

"Sebelum tulis lirik lagu berkenaan saya terlebih dahulu berbincang dengan Najwa tentang tema, konsep lagu berkenaan dan sebagai remaja kami ingin menghasilkan sesuatu yang dapat memberi inspirasi kepada orang lain terutamanya di kalangan remaja.

"Bagaimanapun saya tidak boleh menghalang penilaian orang lain kerana ia pandangan individu," katanya.

Sementara itu, Syafiqah berkata, dia dan adiknya tidak perlu melenting terhadap cerita terbaru itu sebaliknya mengambil ia sebagai satu perkara positif dan menerimanya untuk memperbaiki kelemahan.

"Bila orang bercakap kita kena sentiasa lihat kembali kepada diri dan perbaiki kelemahan yang ada," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan Najwa terhadap cerita negatif tentang dirinya, Syafiqah berkata dia sangat berbangga dengan adiknya itu kerana tidak cepat melatah apabila ada kontroversi yang dikaitkan dengannya.

Malah kata Syafiqah, tumpuan Najwa terhadap pelajaran juga tidak terganggu dan sentiasa fokus untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini.

mStar Online

10 Peratus Markah Kokurikulum Ditawar Dalam Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia

on 21 May 2012

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2012
Peserta pertandingan menulis surat 1Malaysia anjuran Pos Malaysia akan menerima 10 peratus daripada markah penilaian kokurikulum sekolah, kata Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran, Siti Khadijah Mion. 

Bercakap pada sidang akhbar Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia di sini hari ini, beliau berkata, jawatankuasa pertandingan bersetuju dengan peratusan markah itu bagi menghargai penyertaan pelajar sekolah dalam program itu.

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia terbuka kepada semua pelajar di seluruh negara berusia 9 hingga 17 tahun bermula 1 April hingga 2012.

Hadiah keseluruhan bernilai RM30,000 menanti pemenang dalam bentuk Sijil Simpanan Premium. 

Pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan itu menerusi laman web www.pos.com.my dan www.facebook.com/surat1malaysia atau di talian 03-2267 2206

Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata pertandingan yang dimulakan pada 2010 hingga 2014 itu merupakan sebahagian strategi Pos Malaysia memartabatkan penulisan surat dalam bahasa Melayu. 

Pertandingan tahun ini bertemakan nilai-nilai murni

Tahun ini adalah tahun ketiga ia dianjurkan. Tema pertandingan pada tahun pertama ialah perpaduan dan tema tahun kedua ialah kemerdekaan. - BERNAMA

Semakan Tawaran Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013 Online dan SMS

on 25 April 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat semakan dan tawaran serta penempatan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 bagi calon-calon yang telah memohon pada tahun lepas (1 Julai hingga 10 Oktober 2011) melalui internet boleh disemak di laman sesawang KPM www.moe.gov.my bermula 25 April 2012. 

Semakan Tawaran Ke Matrikulasi

Semakan Kemasukan Matrikulasi Melalui ONLINE


Semakan Kemasukan Matrikulasi Melalui SMS

Taip MOE MAT No.KP dan hantar kepada 15888

Contoh: MOE MAT 920809064456 dan hantar ke 15888

Pemohon yang membuat semakan dan BERJAYA diminta untuk menghubungi Kolej penempatan atau layari laman sesawang kolej penempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan sebagainya.

Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa semasa mendaftar di kolej pada 28 Mei 2012 :

1) Surat tawaran

2) Panduan pendaftaran

3) Dokumen peribadi pelajar

4) Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Bagi calon yang tidak berjaya boleh terus membuat rayuan melalui internet di laman sesawang http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2012 hingga 13 Mei 2012. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (13 Mei 2012) tidak akan dipertimbangkan.

Talian Bantuan Bahagian Matrikulasi 03 - 8884 4036 / 4040 / 4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).



Semakan Dan Pengemaskinian Aplikasi Bursary Pelajar Cemerlang Lepasan SPM Tahun 2011

on 18 April 2012


Pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM 2011 yang memperoleh 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary Kementerian Pelajaran Malaysia secara automatik bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara.

Pelajar yang layak boleh membuat semakan dan pengemaskinian di aplikasi profil Bursary Pelajar Cemerlang Lepasan SPM 2011 mulai 16 April 2012 di:


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian help desk 03-83217086 atau emel pertanyaan kepada bt.bursary@moe.gov.my.


Permohonan Program Khas MARA 2012 Lepasan SPM 2011




MARA menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2011 di bawah Program Ijazah Luar & Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa 2012 yang akan mengikuti pengajian peringkat persediaan terlebih dahulu di pelbagai institusi dan bidang yang ditetapkan MARA.

Bidang Pengajian

Sila rujuk Senarai Kursus Program Pengajian Ijazah Luar & Dalam Negara Dan Cemerlang IPMAs untuk melihat senarai penuh kursus-kursus yang ditawarkan oleh MARA.


Syarat Asas

  1. Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera
  2. Warganegara Malaysia
  3. Salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia
  4. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2011 bagi kali pertama
  5. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama
  6. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya
Syarat Khas

Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan minimum mengikut program berikut:


Permohonan

Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) di Portal ePermohonan MARA.

Permohonan program pinjaman pelajaran MARA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di Halaman Utama ePermohonan.

Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.

Selepas mengisi borang atas talian, pemohon perlu mengisi borang manual yang perlu ditulis kod program yang dipohon di atas ruangan gambar. Muat turun borang di Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA.

Borang permohonan perlu dicetak dan dilengkapkan sebaik sahaja permohonan atas talian (online) dibuat dan dihantar ke alamat:

  • Program Khas Lepasan SPM 2011 Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA 21 Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur

Pemohon digalakkan menggunakan perkhidmatan Pos Express ataupun perkhidmatan courier bagi tujuan penghantaran borang permohonan yang telah dilengkapkan.

Sila rujuk Panduan Memohon untuk mendapatkan langkah-langkah yang perlu diikuti.

Tarikh Tutup

Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu diterima MARA sebelum atau pada 25 April 2012.

Temuduga

Semakan keputusan berjaya panggilan temuduga bagi pemohon yang memilih Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 7 Mei 2012 di laman webMARA.

Keputusan Permohonan

Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa boleh disemak mulai 15 Mei 2012.

Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 1 Jun 2012.

Semua semakan boleh dibuat di laman web MARA.

Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas29 Jun 2012 adalah dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Program Khas MARA 2012 ini boleh menghubungi:

  • Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA 21 Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur (u.p: Unit Penajaan Program Khas) Telefon : 03-2613 2110 / 2075 / 2044 / 2045 / 2050 / 2051 / 2065 (9.00 pagi hingga 4.30 petang) Email : infobpp@mara.gov.my

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2012/2013 PST Dan PDT

on 30 March 2012



Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang ada membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013 akan boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.

Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM

Mulai pengambilan sesi 2011/2012 ini terdapat perubahan di dalam sistem program matrikulasi Jurusan Sains, sila rujuk Program Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Cara Semakan Permohonan Matrikulasi

Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara;

  1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. www.moe.gov.my (dibuka mulai 25 April 2012)
  2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888

Pendaftaran Matrikulasi

Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan:

Tarikh Pendaftaran Bagi Pengambilan Sesi 2012/2013 ialah:
1. 28 Mei 2012 (Semenanjung Malaysia)
2. 21 Mei 2012 (Wilayah Persekutuan Labuan)

Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.

Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
Sila rujuk senarai kolej di Program Matrikulasi KPM.

Rayuan Matrikulasi

Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012. Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas. 

Semakan keputusan rayuan boleh dibuat bermula 7 Jun 2012 melalui
1. Dalam talian: melalui laman sesawang www.moe.gov.my
2. SMS: taip MOE MAT (NO K/P) dan hantar ke 15888

Maklumat
Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 jika terdapat sebarang pertanyaan.

Sila rujuk komen-komen di Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2011 sebagai panduan.

Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Senarai Ranking Dan Kedudukan Universiti di Malaysia 2012

on 21 March 2012

Assalamualikum.....



Sebelum kita ingin melanjutkan pelajaran kita ke peringkat seterusnya, kita pasti inginkan IPT yang terbaik. Betul tak ? Bagi lepasan SPM dan STPM pastinya akan memilih IPT yang terbaik untuk mereka melanjutkan lagi pelajaran mereka ke peringkat seterusnya. So, pemilihan IPT adalah yang paling mustahak sekali. Oleh itu, saya telah pun membodek, membelek dan segala lagi mem... kat situ di Google. So, hasil carian saya ini mungkin akan membantu sedikit. 

Berikut merupakan senarai ranking Universiti di Malaysia sehingga Januari 2012 yang telah dikeluarkan oleh Webometrics.info. Di Malaysia nie memang banyak Universiti dan Kolej Universiti yang hebat-hebat belaka. So, pilihan ditangan anda sendiri.

Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengakajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium yang membawa maksud "Masyarakat pakar dan pengkaji".

Di harapkan senarai ranking Universiti ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menjadi panduan kepada anda untuk membuat pilihan di mana hala tuju dan destinasi anda selepas ini terutama sekali kepada lepasan SPM dan STPM. Persoalannya sekarang ini adalah di mana ? So, keputusan di tangan anda ?

Senarai ranking Universiti di Malaysia dinilai kepada beberapa aspek yang dilihat agak relevan yang mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di seluruh dunia bagi tahap yang lebih baik. Di antara aspek yang diambil adalah Saiz, Visibility, Research papers dan Scholars.

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia

  1. 428 Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. 437 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  3. 464 Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. 523 Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
  5. 596 Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
  6. 626 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7. 891 Multimedia Universiti (MMU)
  8. 1222 Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. 1341 Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
  10. 1411 Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  11. 1598 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  12. 1687 Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
  13. 1734 Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14. 1777 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  15. 1838 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. 1842 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
  17. 2127 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  18. 2185 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  19. 2439 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  20. 2726 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  21. 2922 Open University Malaysia (OUM)
  22. 3980 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)
  23. 4083 International Medical University
  24. 4232 Taylor’s University College
  25. 4481 Tunku Abdul Rahman College
  26. 4566 Universiti Pertahanan Malaysia (UPN)
  27. 4644 University of Nottingham Malaysia
  28. 4852 UCSI University
  29. 4977 Monash University Malaysia
  30. 5012 Malaysia Theological Seminary
  31. 5074 Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  32. 5931 Curtin University of Technology Sarawak Campus
  33. 5931 Universiti Industri Selangor
  34. 6045 Selangor International Islamic University College
  35. 6075 Al Madinah International University
  36. 6163 Wawasan Open University
  37. 6343 Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  38. 6482 KDU College
  39. 6607 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  40. 6642 Asia Pacific Institute of Information Technology
  41. 6978 Help University College
  42. 7018 Sunway University College
  43. 7031 INSANIAH University College
  44. 7320 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia)
  45. 7361 Segi College
  46. 8058 Malaysian Institute of Management
Walau dimanapun kedudukan universiti yang bakal anda pilih, apa yang penting adalah ilmu dan pengalaman yang bakal anda tempuhi selama tempoh anda bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Ranking itu hanya adalah satu faktor saja. Tetapi bagaimana anda mengaplikasi ilmu yang anda pelajari itu adalah yang lebih penting sebenarnya.

P/S: Apa pendapat anda tentang kedudukan ini....


Senarai Biasiswa 2012 Yang Ditawarkan Kepada Lepasan SPM, STPM Dan Matrikulasi

Assalamualaikum......

Kepada semua bekas calon-calon lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi anda boleh memilih untuk memohon mana-mana biasiswa yang anda suka. Tapi kena penuhi semua syarat dulu baru boleh dapat. Berikut merupakan senarai biasiswa 2012 di Malaysia yang ditawarkan kepada anda bagi lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi. Senarai biasiswa 2012 ini amat membantu para pelajar untuk meringankan beban ketika sambung pelajar diperingkat diploma dan ijazah nanti. Dibawah ni sempat disenaraikan biasiswa yang boleh dimohon oleh pelajar.


Senarai Biasiswa 2012 Di Malaysia

Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi
  1. Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia
  2. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia
  3. Biasiswa Petronas, Malaysia
  4. Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Malaysia
  5. Biasiswa FELDA, Malaysia
  6. Biasiswa Yayasan TNB, Malaysia
  7. Biasiswa Yayasan TM, Malaysia
  8. Biasiswa Yayasan Khazanah, Malaysia
  9. Biasiswa Yayasan UEM, Malaysia
  10. Biasiswa Sime Darby, Malaysia
  11. Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysia
  12. Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB), Malaysia
  13. Biasiswa Maybank, Malaysia
  14. Biasiswa Proton, Malaysia
  15. Biasiswa Shell, Malaysia
  16. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional
  17. Biasiswa Tunku Abdul Rahman
  18. Biasiswa New Zealand Commonwealth
  19. Biasiswa Singapura
  20. Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir
  21. The UEM Scholarship Programme
  22. Biasiswa Romania
  23. Biasiswa Taylor’s World Class
  24. Biasiswa Astro
  25. Program Penajaan Pendidikan Petronas
  26. Hong Leong Foundation Scholarship Programme
  27. British Council IELTS Scholarship
  28. The Titijaya Scholarship Fund
  29. Western-Australian Government Scholarship (WA Premier Scholarship)
  30. Biasiswa Yayasan TM
  31. AMCHAM-MACEE Scholarship Program
  32. Limkokwing Scholarship Award
  33. Gamuda Scholarship Award
  34. Program Tajaan Pendidik Malaysia Airports (ESP)
  35. The Star Education Fund
  36. Securities Commission Malaysia Scholarship Award
  37. Program Tajaan Khazanah Global
  38. Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship for Undergraduate Studies
  39. Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  40. Bank Negara Malaysia Scholarship Award Academic Session
  41. Sin Chew Daily Education Fund
  42. ASEAN Scholarships for Malaysia

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved