Semakan Tawaran Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013 Online dan SMS

on 25 April 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat semakan dan tawaran serta penempatan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 bagi calon-calon yang telah memohon pada tahun lepas (1 Julai hingga 10 Oktober 2011) melalui internet boleh disemak di laman sesawang KPM www.moe.gov.my bermula 25 April 2012. 

Semakan Tawaran Ke Matrikulasi

Semakan Kemasukan Matrikulasi Melalui ONLINE


Semakan Kemasukan Matrikulasi Melalui SMS

Taip MOE MAT No.KP dan hantar kepada 15888

Contoh: MOE MAT 920809064456 dan hantar ke 15888

Pemohon yang membuat semakan dan BERJAYA diminta untuk menghubungi Kolej penempatan atau layari laman sesawang kolej penempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan sebagainya.

Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa semasa mendaftar di kolej pada 28 Mei 2012 :

1) Surat tawaran

2) Panduan pendaftaran

3) Dokumen peribadi pelajar

4) Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Bagi calon yang tidak berjaya boleh terus membuat rayuan melalui internet di laman sesawang http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2012 hingga 13 Mei 2012. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (13 Mei 2012) tidak akan dipertimbangkan.

Talian Bantuan Bahagian Matrikulasi 03 - 8884 4036 / 4040 / 4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).



Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved