Showing posts with label Kementerian Pelajaran Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kementerian Pelajaran Malaysia. Show all posts

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online

on 2 July 2013

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online | Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 mulai 1 Julai 2013. Para pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sujil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh membuat permohonan untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.

Cara Memohon Program Matrikulasi



  • Permohonan ke Program Matrikulasi boleh dibuat melalui permohonan melalui internet (PMI). Sebelum mengisi borang permohonan, pemohon perlu mempunyai Nombor Pengenalan Individu (NPI) yang boleh diperolehi di mana – mana cawangan BSN dengan bayaran RM6.00.

  • Pemohon boleh juga mendapatkan nombor ini melalui guru atau kaunselor sekolah.

  • Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut; 

[KLIK TAJUK PAUTAN DI BAWAH]



Sila rujuk juga pautan berikut untuk maklumat tambahan;

Kelayakan Minimum Akademik PST


Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Aliran Teknikal (M007)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik dan Lukisan Kejuruteraan
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

Kelayakan Minimum Akademik PDT


Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) ialah seperti berikut :
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Tarikh Tutup Permohonan


  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi 2014/2015 pada 10 Oktober 2013
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.


Kemaskini Permohonan Matrikulasi


Pelajar boleh membuat kemaskini permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my/) pada awal atau pertengahan bulan Februari 2014 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.



Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi


Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my/) pada awal atau pertengahan bulan April 2014 untuk mengetahui status permohonan.


Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi


Surat tawaran perlu dicetak sendiri oleh calon yang berjaya dan membawanya bersama semasa mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh yang ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut mengenai surat tawaran dengan menghubungi terus kolej yang ditawarkan.


Penempatan Kolej Matrikulasi


Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila rujuk senarai Kolej Matrikulasi dan pautan ke laman web mereka di Program Matrikulasi KPM.


Rayuan Permohonan Matrikulasi


Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2014 nanti. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).


kredit: eputra.com

Semakan Tawaran Ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) 2013

on 18 June 2013

Semakan Tawaran Ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) 2013

Semakan Tawaran Ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) 2013 | Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Tawaran ke Institut Latihan Perindustrian (ILP), Kementerian Pendidikan Malaysia, boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia secara online bermula 18 Jun 2013 (Selasa) sehingga 31 Julai 2013 (Rabu).

Semakan Online Tawaran Ke ILP 2013


Semakan boleh dibuat dengan melayari laman url di bawah:



Sila Masukkan No. Kad Pengenalan Atau Angka Giliran PMR 2012 dan Klik Butang Semakan 
Pastikan maklumat No. Kad Pengenalan atau Angka Giliran calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran PMR 2012 calon

Semakan Keputusan e-GTukar Sesi Jun 2013

Semakan Keputusan e-GTukar Sesi Jun 2013

Semakan Keputusan e-GTukar Sesi Jun 2013 | Bagi para guru membuat permohonan pertukaran guru bagi sesi Jun 2013, dukacita dimaklumkan bahawa keputusan permohonan guru sesi Jun 2013 (e-GTukar Sesi Jun 2013) adalah DITANGGUHKAN sehingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sila klik link di bawah untuk terus ke sistem E-GTukar Sesi Jun 2013



Pemberitahuan!!!


Status Terkini:

Pengumuman Dari KPM

Semakan Keputusan Pertukaran EGTukar sesi Jun 2013 sudah boleh disemak mulai 25 Jun 2013. Harap maklum dan semoga berjaya.

Sekian dimaklumkan.

Semakan Keputusan e-GTukar Sesi Jun 2013

Kepada semua guru-guru yang membuat permohonan pertukaran e-GTukar sesi Jun 2013 diharap bersabar....

Permohonan Online Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2013

on 10 June 2013

Permohonan Online Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2013

Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Tahun 2013 Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) | Sukacita dimaklumkan, Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Tahun 2013 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) sedang dibuka bermula 10 Jun 2013 (Isnin) sehingga 14 Julai 2013 (Ahad).

Permohonan Online PPG

Bagi memohon sila layari laman url di bawah:



Syarat Kelayakan memohon PPG

PPG ditawarkan kepada PPPLD yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan KPM yang memenuhi syarat dan kelayakan asas seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • PPPLD yang berumur 45 tahun (lahir pada 1968) dan ke bawah
  • PPPLD yang berumur 46 tahun (lahir pada 1967) hingga 47 tahun (lahir pada 1966) dan telah memilih opsyen bersara wajib 58 atau 60 tahun
  • PPPLD yang berumur 48 tahun (lahir pada 1965) hingga 49 tahun (lahir pada 1964) dan telah memilih opsyen bersara wajib 60 tahun
  • Telah disahkan dalam jawatan pada lantikan pertama oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajanran (SPP)
  • Tidak berdaftar atau mengikut sebaran pengajian dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/ separuh masa/sambilan dengan tajaan KPM
  • Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan
  • Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara berterusan lebih daripada tiga tahun
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik
  • Memperoleh purata markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang baik bagi tiga tahun terkini serta disokong oleh Ketua Jabatan
  • Bebas daripada tindakan mahkamah dan tatatertib

Panduan Mengisi Borang Permohonan PPG

Bagi yang tidak tahu bagaimana hendak mengisi borang permohonan, sila layari laman url di bawah:



Tarikh Penting PPG Ambilan 2013

Kalendar Program Pensiswazahan Guru Ambilan 2013
Bil
Keterangan
Tarikh
Tindakan
1.
Permohonan dalam talian
10 Jun 2013 - 14 Julai 2013
Pemohon
2.
Sokongan dalam talian
18 Julai 2013 - 26 Julai 2013
Guru Besar/ Pengetua/ Ketua Jabatan
3.
Pengesahan dalam talian
29 Julai 2013 - 02 Ogos 2013
BPG, BTP, JPN
4.
Semakan Permohonan
19 September 2013
Pemohon
5.
Pendaftaran
28 September 2013 - 29 September 2013
***Tertakluk kepada kalendar akademik IPG/IPTA/IPTS
Pemohon

MAKLUMAN : 
Pemohon dibenarkan menghantar hanya satu permohonan sahaja. Pindaan dibenarkan sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 Jun 2013.

Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM PST & PDT Semester 2 Sesi 2013

on 6 June 2013

Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi Online PSPM PST & PDT Semester 2 Sesi 2013

Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM PST & PDT Semester 2 Sesi 2013 | Kepada calon Matrikulasi sesi 2012/2013, anda boleh membuat semakan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) pada 6 Jun 2013 bermula jam 12 tengah hari melalui kaedah di bawah.

Semakan Keputusan PSPM Secara Online

  • Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), Semester II, Sesi 2012/2013
  • Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT), Semester IV, Sesi 2012/2013
Calon boleh menyemak dengan melayari laman pautan berikut:


Contoh cara semakan melalui online:

Isikan USERID anda:

Nota: Format USERID: NO.MATRIK + 6 DIGIT terakhir dalam No.k/p

Contoh: MA0455527085026295


Semakan Keputusan PSPM Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

  • SMS dengan menaip MOE [jarak] MAK [jarak] NO.K.P dan hantar kepada 15888
  • Contoh: MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888

Semakan Melalui Talian Telefon

  • Kolej masing-masing
  • Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-88844022

Calon-calon yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan boleh merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan peperiksaan di laman rasmi bahagian Matrikulasi di pautan url http://www.moe.gov.my/bmkpm.

Bagi calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT), Semester II, Sesi 2012/2013, keputusan peperiksaan boleh diperolehi di kolej masing-masing pada 6 Jun 2013 (Khamis) bermula jam 10.00 pagi.

Tarikh Rayuan Semakan Semula Keputusan Peperiksaan

Tarikh akhir Permohonan Rayuan Semak Semula keputusan PSPM Semester 2 sesi 2012/2013 adalah sebelum 20 Jun 2013.

Keputusan Rayuan Semakan Semula Keputusan Peperiksaan

Keputusan Rayuan Semak Semula keputusan PSPM 2 sesi 2012/2013 akan diumumkan pada 5 Julai 2013.


Cara Permohonan Rayuan Semakan semula Keputusan PSPM

Maklumat kepada calon yang ingin memohon semak semula keputusan peperiksaan hendaklah melengkapkan borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan BMKPM/SS/PSPM yang boleh diperolehi di kolej, di pejabat Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya atau muat-turut (download) dokumen semakan semula dengan melayari laman web rasmi Matrikulasi klik pada pautan url www.moe.gov.my/bmkpm.

Proses semakan semula akan dilaksanakan selepas pengumuman rasmi keputusan dan kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti dalam syarat/peraturan.

PST dan PDT
  • Hanya untuk Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)
  • Semester 1, borang permohonan dihantar melalui kolej
  • Semester 2, borang permohonan dihantar terus ke Bahagian Matrikulasi KPM

Untuk Semak Semula PSPM 1, Sila berurusan dengan Penolong Pengarah Peperiksaan/Pegawai di Kaunter Pentadbiran


Sumber: www.mysumber.com

Semakan Keputusan Tawaran Maktab Perguruan KPLSPM 2013 PISMP

on 3 June 2013

Semakan Keputusan Tawaran Maktab Perguruan KPLSPM 2013 PISMP

Semakan Keputusan Tawaran Maktab Perguruan KPLSPM 2013 PISMP | Calon yang telah menjalani sesi temuduga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), UEC/SMA@SMU lalu untuk memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) dijangka boleh membuat semakan keputusan pada 17 Jun 2013. Selain itu, calon juga dikehendaki mencetak surat tawaran pada tarikh yang sama (17 Jun 2013).

Semakan Keputusan Tawaran Maktab Perguruan KPLSPM 2013 PISMP

Walaubagaimanapun tarikh tersebut masih tertakluk kepada perubahan semasa, ekoran sebelum ini turut berlaku penangguhan tarikh semakan panggilan temuduga

Semakan Keputusan Tawaran Maktab Perguruan KPLSPM 2013 PISMP


Semakan tawaran ke IPG boleh dibuat melalui laman aplikasi permohonan perguruan, dengan klik pada pautan url:


Sebagai makluman, tarikh rasmi semakan tawaran akan diumumkan menerusi Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia di url http://www.moe.gov.my.

Nota dan Ruangan kemaskini

Adalah dimaklumkan Semakan Tawaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 boleh dibuat melalui laman web KPM mulai 17hb Jun 2013 pada jam 10 pagi.


PENGAMBILAN CALON GURU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2013


Segala urusan berkaitan
Pengambilan Calon Guru Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Ambilan Jun 2013 telah berpindah ke


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Aras 1, Enterprise Building 3,

Blok 2200 Persiaran APEC, Cyber 6,

63000 Cyberjaya

(Sektor Hal Ehwal Pelajar & Hubungan Luar)



No Telefon:



03-8312 6766

03-8312 6720

03-8312 6734

Sumber: www.mysumber.com

Permohonan Diploma Vokasional Malaysia Di Institut Latihan Perindustrian (ILP) 2013 - Online

on 13 May 2013

Permohonan Diploma Vokasional Malaysia Di Institut Latihan Perindustrian (ILP) 2013 - Online

Permohonan Program Diploma Vokasional Malaysia Di Institut Latihan Perindustrian (ILP) 2013 Online | Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan ke Program Diploma Vokasional Malaysia di Institut Latihan Perindustrian boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 13 Mei 2013 (Isnin) sehingga 29 Mei 2013 (Rabu).

Permohonan Online Diploma Vokasional Malaysia ILP


Permohonan boleh dibuat dengan melayari sistem aplikasi secara atas talian (ONLINE) di bawah:-



Tarikh Tutup Permohonan ILP


Permohonan dibuka bermula pada 13 Mei 2013 (Isnin) sehingga 29 Mei 2013 (Rabu).


Maklumat Lanjut


Sebarang maklumat mengenai permohonan di atas, anda boleh menghubungi pihak terbabit di alamat berikut:-

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya 
03-88845154

Semakan Tawaran Ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) 2013

Semakan boleh dibuat dengan melayari laman url di bawah:

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2013/2014

on 25 April 2013

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2013/2014

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2013/2014 | Kepada semua pelajar lepasan SPM 2012 yang memohon kemasukan ke Matrikulasi sesi 2013/2014 anda boleh menyemak keputusan pada hari ini (25 April 2013) di laman KPM.



Semakan boleh dibuat :
  • Aplikasi Semakan Tawaran ke Kolej Matrikulasi boleh dibuat pada 25 April 2013 pada jam 4.00 petang

Cara Semakan Online Matrikulasi 2013/ 2014 :
  • Untuk maklumat lanjut sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my
  • Semakan Program ke Kolej Matrikulasi boleh dibuat pada 26 April 2013 bermula jam 4.00 petang. Harap maklum!!!
  • Aplikasi Semakan Online:



Semakan Melalui SMS :
  • SMS dengan menaip MOE [jarak] MAT [jarak] NO.K.P dan hantar kepada 15888
  • Contoh : MOE MAT 951223125431 dan hantar ke 15888
  • Semakan Program ke Matrikulasi boleh dibuat pada 25 April 2013 mulai jam 4.00 petang.

Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej :
  • Surat tawaran
  • Panduan pendaftaran
  • Dokumen peribadi pelajar
  • Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Tarikh pendaftaran:
  • Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
  • Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
  • Kolej-kolej Matrikulasi seluruh semenanjung - 27 Mei 2013

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) 2013 KPM Online

on 22 April 2013

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) 2013 KPM Online
Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) 2013 KPM Online | Bagi murid-murid yang ingin memohon Biasiswa BKP dan BKPU untuk tahun 2013 akan dibuka kepada semua sekolah bermula pada 29 April 2013 ini. 

Bagi murid-murid tingkatan satu (1) hingga tingkatan lima (5) boleh memohon Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP). Manakala, pelajar tingkatan enam (6) pula boleh memohon Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU).

Semua sekolah perlu mengakses Aplikasi Pengurusan Bantuan KPM dengan melayari laman pautan http://biasiswa.sekolahmalaysia.com/ untuk tujuan kemaskini maklumat akademik dan ko-kurikulum murid yang layak memohon.

Pembahagian zon untuk sekolah-sekolah mengakses APB adalah seperti berikut :-
  • Zon A: 29 April - 5 Mei [Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan dan Terengganu]
  • Zon B: 6 Mei - 12 Mei [Selangor, Johor, Pahang, Melaka, WP Kuala Lumpur dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)]
  • Zon C: 13 Mei - 19 Mei [Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan]
Sehubungan itu, sila pastikan maklumat murid di dalam Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM) telah dikemaskini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi JPN yang menyelia sekolah masing-masing (kecuali SBP terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan).

Sumber: melvister.com

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 Sesi 2013/2014

on 13 April 2013

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan 6 Sesi 2013/2014

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam (6) Sesi 2013/2014 | Kepada calon SPM 2012 yang ingin menyemak keputusan tawaran kemasukan ke tingkatan enam (6) sesi 2013/2014 boleh menyemak bermula pada 24 April 2013 bersamaan dengan hari Rabu.

Calon boleh membuat semakan secara atas talian (online) melalui sistem aplikasi semakan di laman sesawang KPM di http://www.moe.gov.my.

Selain itu, penulis juga akan mengemaskini link pautan di laman ini jika aplikasi untuk semakan keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam (6) Sesi 2013/2014 dibuka pada tarikh yang dinyatakan.

Semakan Secara Online




Semakan Secara SMS 

Taip T6 [jarak] KP [jarak] NOKP hantar ke 15888
Contoh : T6 KP 951223125641

atau

Taip T6 [jarak] AG [jarak] AGILIRAN hantar ke 15888
Contoh : T6 AG JD017A146

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2013 - E-GTukar Jun 2013

on 2 April 2013

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2013 - E-GTukar Jun 2013

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2013 - E-GTukar Jun 2013 | Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DGA 34 (KUP time based), DG 41, DG 44 (KUP time based), DG 48 (KUP time based) dan DG 52 (KUP time based) melalui aplikasi eGTukar telah dibuka mulai 01 hingga 30 April 2013

Sila klik link di bawah untuk terus ke sistem E-GTukar Sesi Jun 2013


Perhatian!!!

Anda dinasihatkan menggunakan Internet Explorer sahaja dan bukannya menggunakan Mozilla ataupun Google Chrome. Harap maklum!!!

Syarat-syarat Permohonan Pertukaran


Syarat-syarat Permohonan Pertukaran

Panduan Permohonan eGTukar


Bagi yang ingin mengetahui panduan permohonan eGTukar boleh klik pautan http://apps.moe.gov.my/epgo/menu/maklumat_perlu.cfm. (sila gunakan Internet Explorer)


Guru Yang Tidak layak Memohon eGTukar


Senarai guru-guru yang tidak dibenarkan membuat pertukaran memlaui eGTukar ialah dengan klik link pautan http://apps.moe.gov.my/epgo/menu/guru_tidak_dibenar.cfm.



Tarikh tutup Permohonan eGTukar


Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2013.



Semakan Keputusan e-GTukar Sesi Jun 2013


Pengumuman Dari KPM

Semakan Keputusan Pertukaran EGTukar sesi Jun 2013 sudah boleh disemak mulai 25 Jun 2013. Harap maklum dan semoga berjaya.

Sekian dimaklumkan.


Semakan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013 PISMP

on 31 March 2013

Semakan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013 PISMP

Semakan Keputusan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013 PISMP | Keputusan nama calon yang berjaya untuk panggilan temuduga boleh diperolehi pada 6 Mei 2013. Selain itu, anda juga boleh menyemak melalui aplikasi online pada tarikh yang telah ditetapkan.

Terdahulu, calon lepasan SPM 2012 yang berminat dalam bidang perguruan telah membuat permohonan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia sesi ambilan Jun 2013 pada 22 Mac dan tarikh tutup permohanan pada 31 Mac.

Dokumen Penting Yang Perlu Dibawa

Bagi calon yang berjaya dipanggil untuk proses temuduga perlu membawa dokumen penting seperti;
  • Mencetak surat tawaran panggilan temuduga
  • Borang butiran diri (Resume) dan helaian pernyataan hasrat
Dokumen yang diminta akan ada pada laman aplikasi semakan nanti, apabila calon disahkan berjaya untuk panggilan temuduga setelah membuat semakan tersebut.

Maklumat Penting dan Proses Pemilhan Temuduga
  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

Semakan Keputusan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013

Calon boleh menyemak panggilan temuduga pada tarikh yang akan diumumkan secara rasmi menerusi Portal Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Anda boleh menyemak dengan klik pada pautan:




Tarikh Penting KPLSPM 2013

Kalendar aktiviti bagi permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2013 adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan semasa. Calon dinasihatkan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan.


Tarikh Penting KPLSPM 2013




Kemaskini Terkini: 26 April 2013 (10.43 pagi)


Laman Portal KPM sudah boleh dilayari...

Adalah dimaklumkan semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ditangguhkan kepada 6hb Mei 2013 (Isnin).

Sila layari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my dari semasa ke semasa untuk maklumat lanjut.

Sekian, harap maklum.



kredit: www.enciknakal.com
 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved