Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) 2013 KPM Online

on 22 April 2013

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) 2013 KPM Online
Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) 2013 KPM Online | Bagi murid-murid yang ingin memohon Biasiswa BKP dan BKPU untuk tahun 2013 akan dibuka kepada semua sekolah bermula pada 29 April 2013 ini. 

Bagi murid-murid tingkatan satu (1) hingga tingkatan lima (5) boleh memohon Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP). Manakala, pelajar tingkatan enam (6) pula boleh memohon Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU).

Semua sekolah perlu mengakses Aplikasi Pengurusan Bantuan KPM dengan melayari laman pautan http://biasiswa.sekolahmalaysia.com/ untuk tujuan kemaskini maklumat akademik dan ko-kurikulum murid yang layak memohon.

Pembahagian zon untuk sekolah-sekolah mengakses APB adalah seperti berikut :-
  • Zon A: 29 April - 5 Mei [Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan dan Terengganu]
  • Zon B: 6 Mei - 12 Mei [Selangor, Johor, Pahang, Melaka, WP Kuala Lumpur dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)]
  • Zon C: 13 Mei - 19 Mei [Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan]
Sehubungan itu, sila pastikan maklumat murid di dalam Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM) telah dikemaskini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi JPN yang menyelia sekolah masing-masing (kecuali SBP terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan).

Sumber: melvister.com
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved