Permohonan Online Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2013

on 10 June 2013

Permohonan Online Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2013

Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Tahun 2013 Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) | Sukacita dimaklumkan, Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Tahun 2013 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) sedang dibuka bermula 10 Jun 2013 (Isnin) sehingga 14 Julai 2013 (Ahad).

Permohonan Online PPG

Bagi memohon sila layari laman url di bawah:



Syarat Kelayakan memohon PPG

PPG ditawarkan kepada PPPLD yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan KPM yang memenuhi syarat dan kelayakan asas seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • PPPLD yang berumur 45 tahun (lahir pada 1968) dan ke bawah
  • PPPLD yang berumur 46 tahun (lahir pada 1967) hingga 47 tahun (lahir pada 1966) dan telah memilih opsyen bersara wajib 58 atau 60 tahun
  • PPPLD yang berumur 48 tahun (lahir pada 1965) hingga 49 tahun (lahir pada 1964) dan telah memilih opsyen bersara wajib 60 tahun
  • Telah disahkan dalam jawatan pada lantikan pertama oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajanran (SPP)
  • Tidak berdaftar atau mengikut sebaran pengajian dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/ separuh masa/sambilan dengan tajaan KPM
  • Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan
  • Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara berterusan lebih daripada tiga tahun
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik
  • Memperoleh purata markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang baik bagi tiga tahun terkini serta disokong oleh Ketua Jabatan
  • Bebas daripada tindakan mahkamah dan tatatertib

Panduan Mengisi Borang Permohonan PPG

Bagi yang tidak tahu bagaimana hendak mengisi borang permohonan, sila layari laman url di bawah:



Tarikh Penting PPG Ambilan 2013

Kalendar Program Pensiswazahan Guru Ambilan 2013
Bil
Keterangan
Tarikh
Tindakan
1.
Permohonan dalam talian
10 Jun 2013 - 14 Julai 2013
Pemohon
2.
Sokongan dalam talian
18 Julai 2013 - 26 Julai 2013
Guru Besar/ Pengetua/ Ketua Jabatan
3.
Pengesahan dalam talian
29 Julai 2013 - 02 Ogos 2013
BPG, BTP, JPN
4.
Semakan Permohonan
19 September 2013
Pemohon
5.
Pendaftaran
28 September 2013 - 29 September 2013
***Tertakluk kepada kalendar akademik IPG/IPTA/IPTS
Pemohon

MAKLUMAN : 
Pemohon dibenarkan menghantar hanya satu permohonan sahaja. Pindaan dibenarkan sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 30 Jun 2013.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved