Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM PST & PDT Semester 2 Sesi 2013 | Kepada calon Matrikulasi sesi 2012/2013, anda boleh membuat semakan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) pada 6 Jun 2013 bermula jam 12 tengah hari melalui kaedah di bawah.
Semakan Keputusan PSPM Secara Online
- Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), Semester II, Sesi 2012/2013
- Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT), Semester IV, Sesi 2012/2013
Calon boleh menyemak dengan melayari laman pautan berikut:
Contoh cara semakan melalui online:
Isikan USERID anda:
Nota: Format USERID: NO.MATRIK + 6 DIGIT terakhir dalam No.k/p
Contoh: MA0455527085026295
Semakan Keputusan PSPM Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
- SMS dengan menaip MOE [jarak]
MAK [jarak] NO.K.P dan hantar kepada 15888
- Contoh: MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888
Semakan Melalui Talian Telefon
- Kolej masing-masing
- Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-88844022
Calon-calon yang ingin membuat rayuan semak semula keputusan boleh merujuk syarat/ peraturan semak semula keputusan peperiksaan di laman rasmi bahagian Matrikulasi di pautan url http://www.moe.gov.my/bmkpm.
Bagi calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT), Semester II, Sesi 2012/2013, keputusan peperiksaan boleh diperolehi di kolej masing-masing pada 6 Jun 2013 (Khamis) bermula jam 10.00 pagi.
Tarikh Rayuan Semakan Semula Keputusan Peperiksaan
Tarikh akhir Permohonan Rayuan Semak Semula keputusan PSPM Semester 2 sesi 2012/2013 adalah sebelum 20 Jun 2013.
Keputusan Rayuan Semakan Semula Keputusan Peperiksaan
Keputusan Rayuan Semak Semula keputusan PSPM 2 sesi 2012/2013 akan diumumkan pada 5 Julai 2013.
Cara Permohonan Rayuan Semakan semula Keputusan PSPM
Maklumat kepada calon yang ingin memohon semak semula keputusan peperiksaan hendaklah melengkapkan borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan BMKPM/SS/PSPM yang boleh diperolehi di kolej, di pejabat Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya atau muat-turut (download) dokumen semakan semula dengan melayari laman web rasmi Matrikulasi klik pada pautan url www.moe.gov.my/bmkpm.
Proses semakan semula akan dilaksanakan selepas pengumuman rasmi keputusan dan kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti dalam syarat/peraturan.
PST dan PDT
- Hanya untuk Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)
- Semester 1, borang permohonan dihantar melalui kolej
- Semester 2, borang permohonan dihantar terus ke Bahagian Matrikulasi KPM
Untuk Semak Semula PSPM 1, Sila berurusan dengan Penolong Pengarah Peperiksaan/Pegawai di Kaunter Pentadbiran
Sumber: www.mysumber.com
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment