Senarai Ranking Dan Kedudukan Universiti di Malaysia 2012

on 21 March 2012

Assalamualikum.....



Sebelum kita ingin melanjutkan pelajaran kita ke peringkat seterusnya, kita pasti inginkan IPT yang terbaik. Betul tak ? Bagi lepasan SPM dan STPM pastinya akan memilih IPT yang terbaik untuk mereka melanjutkan lagi pelajaran mereka ke peringkat seterusnya. So, pemilihan IPT adalah yang paling mustahak sekali. Oleh itu, saya telah pun membodek, membelek dan segala lagi mem... kat situ di Google. So, hasil carian saya ini mungkin akan membantu sedikit. 

Berikut merupakan senarai ranking Universiti di Malaysia sehingga Januari 2012 yang telah dikeluarkan oleh Webometrics.info. Di Malaysia nie memang banyak Universiti dan Kolej Universiti yang hebat-hebat belaka. So, pilihan ditangan anda sendiri.

Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengakajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium yang membawa maksud "Masyarakat pakar dan pengkaji".

Di harapkan senarai ranking Universiti ini sedikit sebanyak dapat membantu dan menjadi panduan kepada anda untuk membuat pilihan di mana hala tuju dan destinasi anda selepas ini terutama sekali kepada lepasan SPM dan STPM. Persoalannya sekarang ini adalah di mana ? So, keputusan di tangan anda ?

Senarai ranking Universiti di Malaysia dinilai kepada beberapa aspek yang dilihat agak relevan yang mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di seluruh dunia bagi tahap yang lebih baik. Di antara aspek yang diambil adalah Saiz, Visibility, Research papers dan Scholars.

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia

  1. 428 Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. 437 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  3. 464 Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. 523 Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)
  5. 596 Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)
  6. 626 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  7. 891 Multimedia Universiti (MMU)
  8. 1222 Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  9. 1341 Universiti Malaysia Perlis (Unimap)
  10. 1411 Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  11. 1598 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  12. 1687 Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
  13. 1734 Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14. 1777 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  15. 1838 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  16. 1842 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)
  17. 2127 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  18. 2185 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  19. 2439 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  20. 2726 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  21. 2922 Open University Malaysia (OUM)
  22. 3980 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)
  23. 4083 International Medical University
  24. 4232 Taylor’s University College
  25. 4481 Tunku Abdul Rahman College
  26. 4566 Universiti Pertahanan Malaysia (UPN)
  27. 4644 University of Nottingham Malaysia
  28. 4852 UCSI University
  29. 4977 Monash University Malaysia
  30. 5012 Malaysia Theological Seminary
  31. 5074 Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  32. 5931 Curtin University of Technology Sarawak Campus
  33. 5931 Universiti Industri Selangor
  34. 6045 Selangor International Islamic University College
  35. 6075 Al Madinah International University
  36. 6163 Wawasan Open University
  37. 6343 Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
  38. 6482 KDU College
  39. 6607 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  40. 6642 Asia Pacific Institute of Information Technology
  41. 6978 Help University College
  42. 7018 Sunway University College
  43. 7031 INSANIAH University College
  44. 7320 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia)
  45. 7361 Segi College
  46. 8058 Malaysian Institute of Management
Walau dimanapun kedudukan universiti yang bakal anda pilih, apa yang penting adalah ilmu dan pengalaman yang bakal anda tempuhi selama tempoh anda bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Ranking itu hanya adalah satu faktor saja. Tetapi bagaimana anda mengaplikasi ilmu yang anda pelajari itu adalah yang lebih penting sebenarnya.

P/S: Apa pendapat anda tentang kedudukan ini....


Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved