Semak Online dan SMS Keputusan SPM 2012 Pada 21 Mac 2013

on 16 March 2013

Semak Online dan SMS Keputusan SPM 2012 Pada 21 Mac 2013
Semak Online dan SMS Keputusan SPM 2012 Pada 21 Mac 2013 | Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2012 akan diumumkan pada 21 Mac 2013 (Khamis) ini.

Kementerian Pelajaran dalam kenyataan di sini hari ini berkata, calon-calon SPM boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10.00 pagi pada hari tersebut.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran negeri iaitu tempat mereka mendaftar.

Calon SPM juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan melalui mySMS dengan menaip SPM diikuti nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran dengan setiap nombor itu dijarakkan dan dihantar ke 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula pukul 10.00 pagi pada hari tersebut dan akan ditamatkan pukul 12.00 tengah malam 27 Mac ini.

Semak Online dan SMS Keputusan SPM 2012 Pada 21 Mac 2013

Semakan SPM 2012 melalui online:
  • Pergi ke laman web SAPS saps.moe.gov.my
  • Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna Merah.
  • Masukkan No. Kad Pengenalan atau Sijil Surat beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.


Semakan Keputusan SPM 2012 melalui SMS:
  • Taip SPM [No KP] [No Angka Giliran] dan hantar ke 15888
  • Contoh format penghantara: SPM 951229085468 ABC123456 SMS ke 15888
Sebanyak 472,541 calon mendaftar menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun lalu.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved