Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Sesi 2012/2013 PST Dan PDT

on 30 March 2012



Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang ada membuat permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2012/2013 akan boleh menyemak keputusan pengambilan kemasukan ke Kolej Matrikulasi bagi PST dan PDT mulai 25 April 2012.

Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM

Mulai pengambilan sesi 2011/2012 ini terdapat perubahan di dalam sistem program matrikulasi Jurusan Sains, sila rujuk Program Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Cara Semakan Permohonan Matrikulasi

Keputusan permohonan ke Matrikulasi 2012 boleh disemak dengan dua cara;

  1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi. www.moe.gov.my (dibuka mulai 25 April 2012)
  2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888

Pendaftaran Matrikulasi

Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan:

Tarikh Pendaftaran Bagi Pengambilan Sesi 2012/2013 ialah:
1. 28 Mei 2012 (Semenanjung Malaysia)
2. 21 Mei 2012 (Wilayah Persekutuan Labuan)

Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.

Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
Sila rujuk senarai kolej di Program Matrikulasi KPM.

Rayuan Matrikulasi

Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012. Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas. 

Semakan keputusan rayuan boleh dibuat bermula 7 Jun 2012 melalui
1. Dalam talian: melalui laman sesawang www.moe.gov.my
2. SMS: taip MOE MAT (NO K/P) dan hantar ke 15888

Maklumat
Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 jika terdapat sebarang pertanyaan.

Sila rujuk komen-komen di Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi KPM 2011 sebagai panduan.

Sila rujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved