Assalamualaikum
Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian atau peperiksaan. Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan lebih baik, tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu kebosanan akan muncul jua di dalam hati. Di bawah ini ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri;
1. Rancang dulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.
2. Senyumlah selalu kerana senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.
3. Dapatkan tidur yang cukup dan jangan membahayakan diri anda macam kat bawah nie.
4. Sesekali tu hiburkanlah diri anda juga dengan melakukan apa yang anda suka atau minat.
5. Tonjolkan penampilan yang menarik dan kemas agar ianya kelihatan lebih menarik. Ssekali bergaya apa salahnya, kan?
6. Kawal berat badan anda. jangan asyik nak makan saja nanti obes susah pula, kan?
7. Amalkan gaya hidup yang sihat agar lebih berkeyakinan dalam penampilan.
8. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.
9. Jadilah diri sendiri (bukannya orang lain) dan percaya pada kemampuan diri.
10. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing
11. Berdoalah pada Allah, inilah yang paling penting sekali tapi jangan hanya pada kita susah saja baru kita ingat pada Allah.
Janganlah kita menafikan kelemahan diri kita bila saja kita melakukan satu-satu benda yang salah, usah keji diri kita tapi sedarilah kelemahan kita.
Buat renungan;
Ketika Nabi Ibrahim mahu meninggalka Siti Hajar di tanah gersang dan kontang yang mana tidak ada hidupan pun di situ, Siti Hajar bertanya, "Disinikah kami ditinggalkan? Apakah kamu meninggalkan kami di sini atas pilihanmu atau atas pilihan Tuhan?"Ibrahim menjawab: "Ini adalah perintah Allah SWT."Hajar membalas dengan yakin: "Kalau begitu kami tidak akan ditelantarkanNya."
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment