Assalamualaikum
Fuhhh, menang juga Malaysia lawan si Garuda nie di Stadium Gelora Bung Karno. Penat admin teriak-teriak macam orang gila. Tak sia-sia suara admin.huhuhu... Goalllllll itulah teriakan keramat yang selalu kedengaran jika satu-satu gol terhasil... Admin memang slutlah dengan pemain gantian Syahrul Azwari.... Kaulah kawanku... perasan pula admin nie...
Pasukan Bola Sepak Malaysia menamatkan kemarau 8 tahun tanpa sebarang kemenangan di Stadium Gelora Bung Karno apabila berjaya menewaskan pasukan Indonesia dengan jaringan MAS [1] VS [0] INA.
Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh pemain lincah yang baru berusia 18 tahun iaitu Syahrul Azwari yang bijak menewaskan penjaga gol Indonesia hasil hantaran daripada Mahali Jasuli.
Gol tersebut telah membuat Stadium Gelora Bung Karno senyap seketika.
Tapi yang membuatkan admin nie tak puas hati, adakah patut penyokong Indonesia ketawakan si Apek (Khairul Fahmi) masa menyepak bola tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh. Ish...ish...ish.. tak patutlah... tak ada semangat kesukanan langsung. Tapi apa-apa pun Malaysia tetap menang dan menduduki tempat teratas bagi kumpulam A dan akan bertemu dengan Myammar yang menduduki tempat kedua kumpulan B di pusingan separuh akhir nanti... Nantikan pertembungan seterusnya....
Jadual separuh akhir perlawanan bola sepak Sukan Sea 2011;
Malaysia VS Myammar
Indonesia VS Vietnam
Malaysia Boleh!!!
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment