Tips & Info | Mengelak Dari Dibuli

on 29 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



Kejadian buli memang sesuatu yang sangat merumitkan. Biasanya buli kerap kali berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa mahupun guru. Kebanyakkan pembuli ini tidak mengaku yang mereka terlibat manakala mangsa buli pula hanya tahu berdiam diri sahaja kerana takut dia akan dipukul mahupun dimalukan. Membuli ialah satu gangguan berulang dan menyerang orang lain. 



Kelakuan membuli boleh jadi sama ada fizikal atau percakapan atau kedua-duanya sekali.

Kes buli di internet pun ada juga. Jangan korang fikir yang membuli nie cuma face to face saja. Itu yang korang silap.

Bagi mengelakkan diri anda dari dibuli, jom kita belajar sikit cara-caranya :

• Kalau dah takut kena buli janganlah dok jalan seorang-seorang nanti senang saja kena buli dengan geng-geng buli nie.


• Lebih baik korang jalan dengan geng-geng korang sendiri jadi peluang untuk dibuli itu kurang sikit.



• Tunjukkan yang korang nie berani dan tidak takut apa-apa walaupun korang nie jenis yang penakut.


• Korang dah tahu yang korang tu senang dibuli jadi belajarlah seni mempertahankan diri jadi bila ada yang nak buli korang tunjukkanlah kebolehan korang dekat pembuli-pembuli tu.

 
• Susah-susah korang upahlah bodyguard jer, kan senang. 


• Buatlah muka tu macam gengster sikit jangan buat muka jambu jadi orang pun takut juga dengan korang.


So, macam mana dah ada jalan penyelesaian tak ?. kalau korang nie asyik kena buli jer sama kawan-kawan atau kawan di tempat kerja baik korang praktikkan cara-cara kat atas tu. Tapi kalau tak 'makan' juga tak tahulah apa nak buat sudah. Korang kena ada keberanian dalam diri jangan asyik nak kena buli jer, berubahlah sikit kalau tak nak diri tu kena buli. Sekian saja....

Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. Jika orng yg sering dibuli tu takder teman langsung... Camner tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakah org mcm tu... kena berusaha cari teman dan cuba tingkatkan keyakinan diri... takkn terus menyendiri saja tanpa mencari seorang teman...

      Delete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved