Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...
Sebelum kita membingcangkan lebih lanjut tentang tajuk kita hari ini, mari kita ketahui maksud HIV dan AIDS. Sudah kebiasaan bagi setiap dari kita yang ingin mengetahui sesuatu itu perlu mempelajari dan mengetahui makna dan maksudnya terlebih dahulu. Bukannya main 'serbu' tak tentu arah saja tanpa mengetahui maksudnya, itu samalah seperti bermain dengan api. Macam mana kalau anda tersilap fakta dan makna tentang HIV dan AIDS, kan naya namanya tu. Sudah panjang lebar mukadimah aku nie tapi belum lagi kita masuk dengan tajuk perbincangan kita hari nie. Oklah, jom kita skodeng !!!!
AIDS ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai Aquired Immuno Deficiency Syndrome.
HIV ialah singkatan daripada perkataan Human Immunodeficiency Virus.
Virus HIV berkembang baik dan merosakkan sel-sel darah putih yang berfungsi melawan serangan penyakit. Ianya menyebabkan kemusnahan sistem daya tahan tubuh badan melawan penyakit. HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV boleh menyebabkan tubuh badan lemah dan tidak berupaya untuk melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS.
Sistem daya tahan badan ialah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita. Budak yang ambil medik pasti tahu pasal niekan. Lainlah aku yang ambil Akaun nie. Bingung dengan nie semua... Kita sambung lagi...
AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak beruaya melawan penyakit.
HIV hanya boleh berjangkit melalui cara-cara berikut sahaja :
- Melalui perhubungan seks yang tidak selamat (melakukan seks tanpa menggunakan kondom lateks).
- Melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
- melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.
- Melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid.
Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas.
Setelah kita mempelajari bagaimana HIV itu berjangkita kini kita beralih pula kepada bagaimana HIV tidak boleh berjangkit. Pasti banyak di luar sana yang masih tidak mengetahui perkara ini walaupun dah banyak kempen, siaran dan banyak lagi yang dilakukan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Sebenarnya HIV ini tidak berkjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata dan juga HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selesema. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara. Ada beberapa lagi cara HIV tidak boleh berjangkit seperti :
- Penderma darah
- Berjabat tangan atau berpelukan
- Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam
- Berkongsi makanan dan perkakas dapur
- Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur
- Bersin, batuk, air peluh atau air kencing
- Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang
- menjaga seseorang yang positif-HIV
Bagi seseorang yang ingin mengetahui sama ada dirinya dijangkiti virus HIV, anda bolehlah pergi ke klinik-klinik kerajaan dan hospital kerajaan untuk menjalani Ujian Antibodi HIV.
Bagi seseorang yang ingin mengetahui tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV ianya agaklah sukar kerana HIV tidak menunjukkan apa-apa tanda jangkitan pada mulanya. Terdapat juga pesakit yang menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema selama tiga hingga enam minggu selepas jangkitan. Tetapi Simptom-simptom ini berbeza dari seseorang itu dengan seseorang yang lain. Orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit berulang kali. Tanda awal serupa juga berlaku semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai yang tidak mengendahkannya dan menganggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi satu-satunya untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.
Sekian saja untuk kali ini. Jika anda mempunyai maklumat-maklumat tambahan, anda bolehlah berkongsi dengan admin dan rakan-rakan lain. Lagipun ilmu admin nie terbatas dan mungkin banyak kekurangan yang perlu diperbaiki... kenbanyakkan isi-isi yang ada pada entry nie admin dapat dari pelbagai sumber.. Sekian terima kasih....
Sumber :
minta dijauhkan dr segala penyakit...
ReplyDeleteSalam, adakah anda atau sesiapa yang anda kenal berisiko mendapat jangkitan HIV samada melalui pendedahan pekerjaan dan sebagainya? Saya merupakan ejen syarikat pembekal yang membekal HIV rapid test kits kepada klinik/makmal hospital. Saya boleh membekalkan HIV home test kit secara online untuk anda membuat ujian sendiri di rumah. Prosedur mudah dan dapat result dalam 5 minit (99.9% accurate, specific dan sensitive).Test kit yang sama digunakan di klinik-klinik dan test labs. RM68 single kit, RM120 untuk 2 units. Untuk order sila sms/whatsapp TESTKIT ke nombor 013-8573416.
Delete