Fakta Atau Auta Cerita Tentang Lelaki

on 14 February 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...



Lelaki mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan wanita. Lelaki gagah perkasa dan mampu mempertahankan dirinya berbanding wanita yang memerlukan lelaki untuk mendampinginya. Lelaki mampu melakukan kerja-kerja bert namun wanita hanya mampu melakukan kerja-kerja yang ringan saja. Oleh itu, lelaki sangat diperlukan dalam hal-hal sebegini. Selain itu, korang semua kena ingat yang lelaki juga pandai memasak dan bukannya wanita saja tahu. 

Banyak yang korang tak tahu tentang lelaki apabila berada di dapur. Kenapa, nak tahu tak apa yang jadi apabila lelaki bila berada di dapur ? Jom kita layan cerita nie... Adakah ini fakta atau auta semata-mata ???...

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..


Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef-chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki..

betul x?? hahahhahaha =D
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved