Persahabatan Lebih Baik Berbanding Percintaan

on 3 November 2011

 

Persahabatan yang sejati akan membawa kepada rindu yang abadi,
Kerana sahabat adalah orang yang paling berharga dan  sukar dicari,
Orang yang rugi ialah orang yang tidak mempunyai sahabat,
dan yang paling rugi ialah di tinggalkan sahabatnya,

Merekalah yang memberi semangat dikala kitaputus asa,
Memberi kekuatan dikala kita lemah,
Memberi keceriaan dikala kita kesedihan,
Memberi ilham dikala kita kebuntuhan,

Pernahkah kita terfikir yang persahabatan lebih unggul daripada percintaan,
Sesungguhnya persahabatan adalah yang paling agung,
Kerana tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir,
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal,

Oleh itu, Hargailah persahabatan kita itu,
Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan,
yang memang sukar dicari,
Walau kita gadai segunung emas sekalipun, 
Sahabat adalah insan yang paling teratas,

Sahabat yang paling baik sekali ialah diri kita sendiri,
Tahu menilai setiap apa yang kita lakukan,
dan hadiah yang paling berharga dalam erti kata sahabat yang sebenar,
Adalah memberi yang terbaik dari diri kita sendiri,

Bergaullah dengan manusia sebaiknya,
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi,
Dan kalau kamu hidup mereka merindui kamu,

Yang indah itu pertemuan,
Yang manis itu kemesraan,
Yang pahit itu perpisahan,
Yang tinggal hanyalah kenangan.

Dicoret oleh
Budax Lanun


Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved