Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...
Gambar sekadar hiasan |
Musim hujan pula sekarang niekan. Aku tengok dari pagi tadi asyik-asyik hujan saja tapi tak lebat juga, hanya hujan sekejap-sekejap saja. Sejuk pula aku rasa macam nak selesma plak....
Tapi biasanya bila tiba musim hujan nie, musim banjir pun datang menjenguk juga. Macam 'mereka' nie dah buat temu janji saja aku tengok. hehehe... Iayakah ?!... Ialah, cuba korang perhatikan @ fikir-fikirkan...
Dah terbayang tak ??????
Betulkan !!!... So, kalau dah tiba musim hujan tu maka bersiap-siaplah pula dengan kedatangan 'tetamu' yang tak diundang tu. Persiapan tu penting untuk mengelakkan sesuatu perkara yang tak diingini berlaku. Semua barang-barang atau dokumen-dokumen yang penting haruslah diambil kira jangan dah datang banjir barulah korang sibuk. Nah kan susah sudah tu.
Musim banjir nie merupakan 'musim semua sakit kepala'... hahaha.. iyakah ?... ialah bah !.. Apakan tidak, banyak barang-barang yang perlu diganti akibat kerosakan yang dialami semasa banjir berlaku. Jadi, mulalah ada yang garu kepala memikirkan kerugian yang dialami. Tidak kurang juga yang sibuk membersihkan kawasan mereka masing -masing dengan kekotoran yang dibawa bersama banjir.
Ada juga yang seronok bila time musim banjir nie datang ?!... Katanya, boleh mandi-manda dengan percuma dengan rakan-rakan. Lagipun best apa kalau barang free. Free kepala otak kau... Macam mana kalau terjadi sesutu yang tak diingini. Contohnya, kau lemas, bukankah kau dah menyusahkan mak bapa abang akak adik dan orang-orang kampung. Bagus juga kalau kau selamat kalau kau mati lemas, kan naya namanya tu...
Tapi itulah realitinya sekarang nie. Setiap kali saja musim banjir datang pasti ada saja berita-berita tentang orang mati lemas akibat berenang, tangkap ikan, terjatuh dan banyak lagi kejadian yang akan terpampang di kaca televisyen, dada-dada akbhar, media massa, di celah-celah corong radio dan sebagainya.
Kenapa semua itu terjadi ? Bukankah itu semua boleh dielakkan ? Apakah rakyat kita ini tiada kesedaran tentang bahayanya banjir atau ianya sesuatu ketentuan Illahi ? dan banyak lagi persoalan yang boleh kita utarakan.
Sebenarnya semua itu boleh kita cegah jika ada kesedaran sivik dalam diri setiap warga kita. Lagipun dah banyak kempen yang kerajaan dan pihak swasta telah anjurkan tidak kiralah melalui program tv, media massa, iklan-iklan dan banyak lagi tak silap aku. Tidak kurang juga dengan amaran-amaran yang ditunjukkan @ pampang di televisyen dan radio.
Oklah, sampai sini sajalah yang dapat aku kongsikan apa yang aku dapat utarakan tentang pendapat aku dengan musim hujan dan banjir nie. Harap-harap tiada lagilah kejadian yang tak diingini semasa musim hujan dan banjir nie. Bukannya susah pun kalau kita nak ikut arahan yang telah diberikan oleh pasukan-pasukan yang bertugas pada musim banjir nie. So, pesanan aku jaga diri, keluarga dan kesihatan anda pada musim banjir ini. Assalamualaikum...
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment