Novel "Konserto Terakhir" Menggantikan "Interlok"

on 23 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Novel Terbaru Tingkatan Lima


Seperi yang semua tahu, novel 'Interlok' yang pernah menimbulkan satu kontroversi di negara kita kini akan digantikan dengan novel terbaru iaitu novel "Konserto Terakhir" karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain.

KUALA LUMPUR: Novel Konserto Terakhir karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain akan menggantikan novel Interlok sebagai teks Komponen Sastera (KOMSAS) bagi pelajar Tingkatan Lima mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata penggantian teks KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia itu membabitkan pelajar bagi Zon Dua meliputi Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.
“Novel Konserto Terakhir telah melalui proses penyaringan dan pemilihan ditetapkan serta sesuai digunakan sebagai teks KOMSAS berdasarkan nilai dan mutu karya dihasilkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pada 14 Disember lalu, Kabinet memutuskan bahawa penggunaan novel Interlok, yang juga karya Abdullah, sebagai teks KOMSAS Tingkatan Lima tidak akan diteruskan mulai tahun depan.

Keputusan itu dibuat berikutan timbulnya rasa kurang senang sesetengah masyarakat selain bagi mengelak mana-mana pihak daripada terus mempolemikkannya.
Novel Konserto Terakhir, yang pernah dijadikan teks KOMSAS Tingkatan Lima di Zon Dua dari tahun 2000 hingga 2010, berkisar mengenai perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. – BERNAMA 

Sumber : Berita Harian
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved